
Sementara menanti waktu makan malam, anak memerlukan snek atau kudapan ringkas. Biarpun nampak remeh namun bayi yang sedang membesar memerlukan jumlah makanan yang kerap supaya mereka lebih cepat membesar. Bukan itu sahaja malah kudapan juga membantu melatih anak untuk makin sendiri. Jadi jangan lepaskan waktu kudapan atau snack time!
Snack time ringkas berupa biskut bayi cair di mulut ini sesuai dijadikan kudapan di petang hari. Paling penting tidak ada garam dan gula. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Shazney Rahman.
Biskut melt in mouth ni sedap rupanya. Tak manis rasa dia just nice for babies dan dia punya rasa more to berlemak. Untuk kakak taste biskut ni sangat sedap dan much better dari biskut baby segera dekat luar sana. So mak-mak yang nak cuba boleh try resipi ni.

BISKUT BABY
Bahan-bahan:
Unsalted butter
Tepung jagung
Unbleaced flour
Puri kurma
Putarkan unsalted butter dengan puree kurma sampai kembang.
Boleh juga guna puree carot/labu/sweet potato/epal atau pisang.
Dah sebati masukkan unbleached flour (saya guna tepung faiza) anggaran 2 cawan atau sehingga doh tak melekat di tangan dan boleh dibentukkan.
Tambahkan juga 2 atau 3 sudu tepung jagung.
Dah sebati bentukkan dan bakar dalam suhu 170 dalam masa 20 minit atau sehingga biskut masak.
Siap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Jadi Favourite Anak, Ini Kompilasi Resipi Mama Boleh Cuba!

Mama masih mencari-cari idea masakan untuk menu bayi. Tak tahu apa yang boleh membuka selera si kecil, jangan risau. Selagi mama ada kesungguhan nak berikan makanan yang berkhasiat untuk anak, pasti anak akan berselera makan.
Kali ini Pa&Ma ingin kongsikan pada anda 3 kompilasi menu berasaskan susu yang mama boleh cuba untuk anak. Mana tahu dengan menu ni dapat membuka selera anak dan dalam masa sama dapat juga khasiat susu.
Resipi 1: Smoothie Susu Kambing Bersama Pisang & Buah Naga
Bahan-bahan:
1 cawan susu kambing Karihome
1/4 cawan madu
2 biji pisang ranum } dipotong kecil
1/4 biji buah naga } dipotong kecil
1/2 cawan ais
3/4 sudu teh ekstrak vanila
Cara membuat:
1. Potong kecil pisang dan buah naga. Ketepikan.
2. Masukkan susu kambing Karihome, madu, pisang, ais dan ekstrak vanila ke dalam mesin pengisar.
3. Kisar bahan sehingga halus.
4. Sedia diminum.
Resipi 2: Panna Cotta Susu Kambing
Bahan-bahan:
1/4 cawan susu kambing Karihome
2 1/4 sudu teh serbuk agar-agar (tanpa perisa)
2 cawan ‘heavy cream’
1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh ekstrak vanila
Cara membuat:
1. Masukkan susu kambing Karihome dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Biarkan lebih kurang lima minit.
2. Panaskan susu dan larutkan serbuk agar-agar dengan api perlahan. Jangan biarkan susu sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan pula gula pasir dan biarkan larut.
4. Selepas itu masukkan ‘heavy cream’ dan ekstrak vanila. Pukul perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan pilihan dan sejukkan lebih kurang dua ke tiga jam sebelum dinikmati.
Resipi 3: Pancake Susu Kambing
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan ‘unbleached flour’
3 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula putih
1 1/4 cawan susu kambing Karihome
1 biji telur
3 sudu makan mentega } dicairkan
Cara membuat:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung, serbuk penaik, garam dan gula putih.
2. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk dan masukkan susu kambing Karihome, telur dan mentega cair. Pukul sebati.
2. Gunakan kuali anti lekat dan sapukan sedikit mentega cair. Ambil satu senduk kecil adunan dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masak sehingga kedua-dua belah bertukar warna keperang-perangan.
4. Sedia dihidang.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Red Velvet Cheese Brownies Ni, Nak Buat Pun Senang Sangat!

Bosan dengan brownies biasa, jom cabar diri sendiri untuk hasilkan Red Velvet Cheese Brownies ni pula. Sedapnya tak terkata. Paling menarik nak buatnya pun amatlah mudah. Malah tidak memerlukan proses yang sukar. Hujung minggu ini apa kata kita sediakan sendiri untuk anak-anak dan keluarga.
Resipi yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah ini memang awesome. Rasanya cukup hebat, ditambah pula dengan keju yang tebal dan padu. Jom cuba!
Bahan-bahan (Loyang 7 inci x 7 inci):
Lapisan Brownies
1/2 ketul (125g) mentega
1/4 cawan minyak jagung
1 cawan tepung kek
1 sdb serbuk koko
6 sdb (+-100ml) yogurt asli
1 sdt pewarna merah
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur (A)
1/2 sdt pes vanila
1/2 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Lapisan Keju:
350g krim keju
1 cawan gula aising
1 biji telur (A)
1 sudu besar jus lemon
Cairkan mentega & campurkan bersama dengan minyak jagung. Ayak tepung kek & serbuk koko.
Campurkan yogurt & pewarna merah. Kacau sehingga sekata. Masukkan gula kastor & telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati selama +-1 minit dengan menggunakan mixer.
Masukkan campuran mentega cair & minyak jagung. Pukul seketika sehingga sebati. Masukkan yogurt & pewarna merah yang telah dibancuh. Pukul lagi selama +- 30 saat.
Masukkan tepung & serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sekadar sebati sahaja.
Masukkan pes vanila. Pada masa yang sama, satukan jus lemon & soda bikarbonat ke dalam bekas kecil. Kacau rata & masukkan terus ke dalam adunan brownies. Pukul seketika selama +-30 saat.
Ketepikan 2 sdb adunan yang akan digunakan untuk membuat corak pada lapisan atas. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci x 7 inci yang telah digris dengan mentega & dialas dengan kertas pembakar yang dilebihkan sedikit supaya mudah untuk dikeluarkan nanti. Ratakan.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C/ api atas bawah/ rak tengah selama 40-50 minit.
Semasa brownies sedang dibakar, boleh sediakan untuk lapisan keju. Pukul krim keju dengan mixer sehingga berkrim.
Masukkan gula aising & pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur. Pukul seketika sehingga sebati.
Masukkan pula jus lemon. Kaup balik sehingga rata. Setelah brownies masak & masih panas, tuangkan adunan keju & ratakan.
Letakkan adunan brownies & corakkan mengikut kreativiti masing-masing. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C/ api atas bawah/ rak tengah selama 30 minit.
Setelah 30 minit, biarkan brownies seketika di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan & disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
Nota:
* Resipi lapisan krim keju sesuai untuk brownies berukukuran 10 inci x 10 inci. Gandakan resipi lapisan brownies & gunakan loyang 10 inci x 10 inci supaya lebih seimbang. Saya sukakan lapisan keju yang tebal. Jadi, saya gunakan terus 350g krim keju dalam resipi ini.
* Resipi asal menggunakan suhu 175C untuk membakar lapisan keju.
* Boleh abaikan langkah terakhir dalam resipi ini.
* Sukatan pewarna merah yang digunakan bergantung kepada jenis & jenama pewarna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Pita Homemade Style Versi Mudah. Sedap Macam Beli Di Pasar Malam!

Biasanya selain menu utama, sesekali suami atau anak ada juga teringin nak makan menu sampingan kan. Apa kata mama cuba pula buat roti pita homemade versi mudah dan rasanya sama seperti yang kita beli.
Malah bagi yang tak lalu makan nasi, hidangan ini pun dah cukup mengenyangkan kerana dah lengkap semuanya.
ARTIKEL RESIPI MENARIK [Guna Kulit Popia Je Buat Wantan, Paling Cepat & Sedap. Ranggup Bila Makan!]
Nak tahu cara buat macam mana, berikut disertakan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Masz.
ROTI PITA Homemade Style Versi Mudah
Bahan doh :
3 cawan tepung gandum
1 ½ sudu kecil yis mauripan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
1 cawan (lebih kurang) air suam
*Satukan tepung, yis, gula, garam dan minyak dalam satu bekas. Gaul sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
*Adunan macam buat roti puri je. Uli beberapa minit kemudian rehatkan doh selama 1 jam. Selepas tu, tumbuk doh dan uli semula dan boleh bulat bulatkan doh sebesar penumbuk.
*Kemudian leperkan doh dan roll sedikit nipis. Sedia untuk digoreng atas non-stick pan tanpa minyak guna api sederhana, atau boleh dibakar guna oven. Roti akan nampak naik sedikit. Satu adunan tu saya dapat buat 6 keping.
Untuk makluman, roti ni tiada rongga ye 😅 Potong 2 terlebih dahulu, kemudian belahkan bahagian tengah roti supaya dapat “poket” pada roti tadi 😆 Sedia untuk sumbatkan inti kebab.
Bahan Untuk Inti Kebab Daging:
1 paket daging burger Ramly
1 biji bawang Holland (potong dadu)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit lada sulah
Timun (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Mayonis
*Panaskan kuali, masukkan daging burger dan hancurkan. Biar daging keluarkan minyak dan sedikit kecut, baru masukkan bawang holland. Tambahkan sos-sos yang ada, lada sulah, seasoning dan kacau hingga daging masak. Tambahkan timun dan tomato, kacau sebati dan tutup api.
RESIPI WAJIB CUBA [Sedapnya Kuih Telaga Emas Ni, Nak Buat Pun Mudah, Guna Sukatan Cawan Je!]
Ambil roti yang telah dihiris, sapukan mayonis pada bahagian dalam roti, kemudian sumbatkan inti daging burger yang sudah dimasak. Tambah sos jika perlu. Sedia dihidangkan. Insha’Allah, rasa macam kat pasar malam 😅 Selamat mencuba.
Kredit: cikPuanMasz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI