Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim mengakui keputusannya membawa anaknya, Emery yang menghidap autisme untuk menerima pendidikan terbaik di Eropah adalah tindakan yang tepat.
Menurut Edry, 41, keputusan itu diambil selepas pihak sekolah anaknya dikatakan tidak mampu untuk mengajarnya lagi akibat masalah yang dihadapi.
“Ini soal anak saya, jadi tiada apa yang keterlaluan.
“Pihak sekolah Emery sekarang sudah bertanya kepada isteri saya, Milia Mohammed bila mahu keluarkan anak saya dari situ kerana mereka sudah tidak mampu mengajarnya.
“Perkara itu membuatkan saya tersentak dan tersedar betapa kesibukan kerjaya membuat saya kurang prihatin terhadap keadaan Emery.
“Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap,” katanya.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Sumber: ig edryabdhalim & astro gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perhatikan, Kalau Anak Bawah 1 Tahun Baling Barang Sebenarnya Untuk Kuatkan Motor Skill
Kanak-kanak adalah golongan yang sukar untuk kita fahami, lebih-lebih lagi jika ini pertama kali anda bergelar ibu bapa. Banyak perkembangan anak-anak yang bakal anda lihat dan kadang-kala diluar jangkaan kita sebagai orang dewasa.
Dibawah usia satu tahun, anak akan mula menunjukkan minat pada objek yang bergerak. Dia juga mula sedar bahawa objek tersebut boleh dibaling, dicampak, ditendang. Bagi sesetengah ibu bapa, membaling barang adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan. Tetapi apa kaitan membaling barang dengan perkembangan motor skill anak-anak? Sehingga umur dan perlu ditegur? Ikuti perkongsian daripada pakar keibubapaan dan kekeluargaan, Ibu Rose.
Jika anak itu adalah DIBAWAH USIA SATU TAHUN, maka itu adalah lebih kerana dia di dalam tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skill motor nya.
Skill motor ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.
Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.
Tindak-tanduk begini adalah kerana ibu bapa tidak peka kepada proses pembesaran yang setiap anak-anak perlu lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa menempah untuk anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rendah hormat diri dan tiada keyakinan diri.
Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat sentiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah dan berintegriti.
Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup anak-anak itu.
Anda dapat sesuatu?
Salam Kasih
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Bapa Yang Cepat Je Rasa Nak Marah Anak, Cuba Tip Yang Dikongsikan Pakar Ini
Cepat je rasa nak marah anak.. Tak kena sikit anak-anak terus jadi mangsa. Ini antara situasi ibu hari ini kerana terlalu stres dengan kerja dan dalam masa sama menguruskan anak.
Perlu diketahui, emosi yang bercelaru, badan penat, kepala serabut antara punca ibu bapa anggap anak suka cari pasal sehingga anak buat salah sikit pun terus berapi kemarahannya.
Jika difikirkan semula, ibu bapa yang ada anak dan mampu melihat perkembangannya setiap hari dikira sangat beruntung berbanding yang terpaksa berjumpa anak seminggu atau sebulan sekali.
Jadi ambillah peluang ini sebaiknya dan manfaatkan masa dengan anak sebaik mungkin kerana waktu kecilnya tidak dapat diputar kembali selepas ini.
Melalui perkongsian Dr Siti Ujila, beliau menyarankan supaya ibu menghargai anak ketika mereka ada di depan mata. Walau mereka menguji kesabaran, walau kita penat dan ada banyak masalah dan karenah anak-anak itu menambahkan lagi pening kita.
Takpe. Itulah nikmat menjadi seorang ibu. Seorang ayah.
Memang, kalau mereka salah..tegur dan ajarkan mereka. Tapi ambillah juga masa untuk bergurau bersama tentang apa yang kelakar yang mungkin berlaku sebelumnya.
Petang-petang bawa anak keluar, main lumba lari dan kejar-kejar.
Gelak-gelak bersama. Makan bersama sambil borak-borak apa yang jadi di sekolah tadi. Nyanyikan lagu kegemaran mereka bersama-sama sambil meniru gaya mereka dan akhirnya sama-sama pecah perut sebab tak tahan gelak.
Allahu, seronoknya punya anak-anak di sisi. Anak-anak bukan hanya amanah dan tanggungjawab. Tapi sebetulnya cara Allah agar hidup kita terisi dengan pelbagai warna kegembiraan dan kebahagiaan.
Kerana sebenarnya tanpa mereka, percayalah kehidupan seperti bumi kosong yang tiada apa. Anda akan lebih rela berdepan pelbagai karenah mereka, dari menghadapi hidup yang terasa kosong tanpa apa.
Hargai anak-anak. Berbahagialah hidup bersama mereka.
Hargai Masa Dengan Anak
Ya jika anda juga seperti saya yang selalu cepat marah dengan karenah anak-anak, cepat melenting cepat menghukum, saya ingin katakan bahawa anak-anak itu tak selamanya di hadapan mata kita.
Satu masa nanti, mungkin mereka duduk di asrama dan hanya pulang ketika cuti sekolah.
Satu masa nanti, mereka sibuk dengan urusan kerja sampaikan nak jumpa sebulan sekali pun susah.
Satu masa nanti, mungkin saja mereka ada di rumah tapi hanya ingin terperap di dalam bilik bahkan tidak mahu berborak-borak dengan kita walau duduk serumah. Kerana mungkin kita yang tidak mahu melayan ceritanya saat mereka kecil yang mahu bercerita itu dan ini.
Bahkan satu masa nanti, entah kita entah mereka yang akan pergi dahulu meninggalkan semua yang ada di dunia ini.
Ya Tuhan, ku tak tahu bagaimana menghadapi perpisahan itu. Seminggu mereka tiada di sisi saja buat aku bingung. Sunyi. Sepi.
Terima kasih kerana mengajarkan aku untuk lebih menghargai mereka saat mereka ada.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risaukan Anak Anda Tidak Cukup Zat? Ikuti Tips Ibu Hebat Ini!
Tahukah anda pemakanan kanak-kanak di Malaysia masih jauh ke belakang dalam mendapatkan zat yang diperlukan menerusi pemakanan seharian? Adalah penting untuk memastikan mereka mendapat cukup nutrien selaras dengan perkembangan pesat mereka dari segi mental dan fizikal.
Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS) dalam laporannya yang mengkaji status nutrisi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah di Asia Tenggara mendapati kira-kira 50% kanak-kanak di Malaysia tidak memenuhi keperluan2 kalsium dan vitamin D harian mereka. Fakta ini wajib dibimbangi semua ibu bapa!
Hasil kajian tersebut mendapati secara puratanya, kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu yang disyorkan setiap hari. Hanya 5% kanak-kanak di Malaysia memenuhi hidangan susu yang disyorkan, dan ini teramat penting untuk membekalkan sumber nutrisi seperti kalsium dan vitamin D yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.
Sememangnya dengan realiti ekonomi di negara yang turut memberi kesan terhadap perbelanjaan kehidupan dan pendapatan isi rumah, tidak dapat dinafikan bahawa para ibu perlu berhati-hati membuat perbelanjaan serta bijak berjimat cermat termasuk bab membekalkan pemakanan terbaik untuk anak-anak. Ia bukan tugas yang mudah tapi perlu dipikul oleh para ibu di Malaysia.
Fadzi Razak, seorang ibu dari Shah Alam berkongsi bagaimana usaha yang dilakukan untuk memastikan anak tersayang Aneeq, 3, tetap mendapat khasiat pemakanan yang terbaik untuk tumbesarannya.
“Sebagai ibu yang menguruskan rumah tangga, sangat penting untuk saya memastikan Aneeq sentiasa mendapat nutrisi terbaik setiap hari untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan otaknya. Susu yang kaya DHA menjadi pilihan saya kerana ia penting untuk menyokong perkembangan otak,” kata Fadzi.
Manakala Ayu, seorang ibu kepada anak berusia setahun memastikan anaknya mendapatkan nutrisi yang mencukupi dengan cara berbelanja dengan lebih bijak. “Saya sentiasa prihatin dalam memilih nutrisi terbaik untuk anak. Anak saya kini berusia 1 tahun lebih dan saya tahu ini adalah fasa penting dalam perkembangannya. Oleh itu, saya sentiasa mencari sesuatu yang boleh memberikan nutrisi yang lebih baik dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.”
Menyedari hakikat yang dihadapi oleh para ibu di Malaysia berkenaan isu untuk memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dalam kekangan perbelanjaan kehidupan, maka Dutch Lady Malaysia tetap komited untuk memberikan nutrisi yang berkhasiat kepada anak-anak mereka.
Dutch Lady merupakan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No.14 di Malaysia, dan kebelakangan ini telah pun memperkenalkan rangkaian produknya dalam pek baharu dengan formulasi DHA tertinggi1 dalam Dutch Lady 123 untuk membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Dutch Lady 123 juga mengandungi nilai-nilai nutrien yang lebih tinggi5 yang memberikan lebih banyak nilai kepada para ibu dengan setiap ringgit yang dibelanjakannya, seperti 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, dan 150% lebih vitamin C berbanding dengan produk jenama lain yang dalam lingkungan harga yang sama.
DHA, atau asid docosahexaenoic6 adalah salah satu lemak yang membentuk otak kita. Ia penting untuk menyokong perkembangan otak kanak-kanak, terutamanya apabila otak si manja akan berkembang sehinggi 90% dari usia 1 hingga 5 tahun!
7Protein adalah penting sebagai salah satu nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita. ia berfungsi untuk membina dan memperbaiki tisu badan, yang penting untuk kanak-kanak kerana mereka sedang membesar dan berkembang. Protein membantu menguatkan tisu, otot dan kulit, dan Vitamin D3 membantu badan menyerap kalsium8 manakala asid lemak Omega 39 penting untuk fungsi otak yang normal.
Pastikan perkembangan anak yang bijak dan sihat hari ini dengan memberikan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady dengan 5X DHA10! Dutch Lady 123 sesuai untuk si manja berumur 1 hingga 3 tahun, Dutch Lady 456 sesuai untuk si manja berumur 4 hingga 6 tahun dan Dutch Lady 6+ sesuai untuk si manja berumur 6 ke atas, boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady atau untuk dapatkan sampel percuma, layari https://www.smartmoments.com.my/ms/get-a-free-sample.
Rujukan:
- Tahap DHA untuk setiap hidangan bagi DL 123 Biasa & Madu berbanding susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang lain (1-3 tahun) dalam lingkungan harga yang sama (Mass category; GUM1+).
- Status nutrisi dan pemakanan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun: hasil kajian Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.
- Koo HC, Poh BK, Lee ST, Chong KH, Bragt MC, Abd Talib R, SEANUTS Malaysia Study Group. Are Malaysian Children Achieving Dietary Guideline Recommendations, Asia Pacific Journal of Public Health, 2016 Jul; 28(5_suppl):8S-20S.
- Berdasarkan Audit Runcit untuk 12 bulan berakhir Mac 2018 di Semenanjung Malaysia (Hak Cipta Terpelihara © 2018, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd) bagi kategori produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
- Perbandingan Dutch Lady 123 Biasa dengan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak (1-3 tahun) yang lain dalam lingkungan harga yang sama.
- Chang C.Y, Ke D.S, & Chen J.Y. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec; 18(4):231-41. Retrieved September 5, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20329590.
- Peranan protein tenusu untuk negara-negara membangun, 2017. Jan Steijns.
- National Institute of Health, Office of Dietary Supplement, Vitamin D, Factsheet for Healthcare Professionals – https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminD-HealthProfessional/
- The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review – https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/
- Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI