Pelawak terkenal Abam Bocey sudah mempunyai jawapan sekiranya ada pihak yang ingin bertanya soal zuriat.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata setiap hari dia merancang (mahu anak) namun hanya Allah yang boleh menentukan.
“Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.
“Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak?
Abam dan isterinya sentiasa mencuba untuk dapatkan cahaya mata.
Ads
“Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha,” katanya.
Abam dan isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Ads
Tambah Abam, dia akan menjawab persoalan mengenai anak dengan serius biarpun orang menganggap seorang pelawak itu hanya tahu berjenaka sahaja.
Menurutnya, perasaan orang perlu dijaga tambahan pula pasangan yang sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Abam berharap orang memahami dan tidak bertanya soal anak.
Ads
“Orang akan jangka kita jawab dalam keadaan berjenaka sebab mereka ingat pelawak boleh buat main-main. Tapi soal ini, saya akan cakap dalam keadaan serius.
“Bagi saya soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Perasaan orang pun perlu dijaga.
“Letak diri kita di tempat orang yang ditanya. Kita yang baru setahun kahwin pun ada rasa sedih. Macam mana pula pasangan yang dah berpuluh tahun kahwin,” katanya.
Sumber: mstar online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memegang tanggung jawab sebagai ibu tunggal tidak mudah. Tetapi itu tidak menjadi penghalang buat aktres berbakat, Rita Rudaini untuk memberikan yang terbaik buat kedua orang anak lelakinya. Tidak lokek, Rita berkongsi cara didikannya itu melalui laman Instagram peribadinya.
Kata Rita, dia selesa mengajar anak-anaknya agar merasa sedikit kesusahan agar mereka dapat membesar menjadi anak yang matang dan boleh berdikari. Tidak mahu terlalu memanjakan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, ibu cantik ini mengajar mereka untuk menguruskan keperluan sendiri.
Juga tidak betah untuk mengajar anak-anaknya itu untuk hidup dalam kemewahan. Menurutnya lagi, lebih baik jika mereka belajar hidup susah dan buat semua benda sendiri, seperti mana dia dahulu dibesarkan.
Tambahnya lagi, memanjakan biar bertempat. Kerana sayang, dia tegas kerana mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Pa&Ma bersetuju dengan cara didikan begini, bertegas kerana sayang. Tidak terlalu memanjakan, tetapi tidak juga terlalu strict sehingga membuatkan anak-anak rasa terbeban. Lagi pula anak lelaki, perlulah dididik dari awal agar membesar menjadi anak lelaki yang bertanggung jawab.
Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kita sibuk, tiba-tiba anak nak macam-macam. Apa nak buat? Selalunya kita akan cakap nantilah, ibu ada kerja nak buat. Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak.
Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu, anak terus bawa diri dan memendam perasaan mereka. Masa dengan anak berlalu begitu saja hinggalah kita tak sedar kesilapan kita.
Perkongsian dari Team Ibu Rose yang membincangkan mengenai ilmu keibubapaan dan kekeluargaan ini ada benarnya dan banyak berlaku pada kalangan ibu bapa hari ini.
‘Ibu..tadi kan masa kat sekolah, Damiya kata Aqilah comel.’
Sambil mata si ibu masih di smartphone, mulut mengiyakan perkhabaran anaknya. ‘ Betullah tu Aqilah.’
‘Ibu..dengarlah sini, Aqilah kata, tadi masa kat sekolah, Damiya kata Aqilah comel.’..dah semacam suara anak tu.
Dari asalnya happy, nampak macam dah berubah kepada marah..ala ala nak merajuk..
‘Malaslah cakap ngan Ibu ni. Asyik sibuk je.’..
Alamak..anak aku dah merajuklah.
Emm…lantaklah..kejap je tu. Nanti cari aku jugak. Getus hati si ibu ni.
Cam biasa je lalui situasi cam ni kan? Haha…ala..anda tak kesorangan..saya pun macam tu dulu.
Anak kita ni, macam yang biasa kita tahu dan faham, sebenarnya perlukan perhatian kita je. Ala…pernah tak masa kita punyalah sibuk, berkecah kat dapur..tetiba anak kita datang, tanya macam-macam benda, mintak macam-macam benda…
Dulu-dulu saya selalu bagi ayat gini, “Eh, ibu sibuk ni. Gi main kat depan.” “Ish…budak ni..kita dahla sibuk. Time nilah nak macam-macam. Dah la gi main dengan abang. Jangan kacau ibu.” “Cubit kang. Tak nampak ke ibu sibuk ni?”
Alamak aih..siannya anak den.
Tapi, itu dulu.
Lepas dah belajar ilmu parenting, menuntut ilmu dengan Ibu Rose, oh..barulah tau. Mudah je sebenarnya nak handle situasi ni.
Tulah, pentingnya belajo.. Tak gitu?
Meh, saya share sikit apa yang saya buat, ikut Ilmu yang Ibu Rose ajarkan.
Let say, anak datang kat kita masa kita sibuk..Apa nak buat? Klu : 5 love languages..penuhi bahasa cinta semaksimum mungkin
Ingat tak yang Ibu Rose selalu sebut-sebut pasal bahasa cinta ni. Ala..yang ada 5 tu. 1. Sentuhan 2. Perkataan yang mengesahkan 3. Khidmat 4. Hadiah 5. Masa berkualiti
Guna konsep 5 bahasa cinta
Melutut, Sentuh bahu anak Pandang ke dalam anak matanya dengan penuh kasih Senyum Lapkan peluh yang mengalir di wajahnya Tanyakan lembut, apa yang dia mahu. Cuba penuhi segera sebaiknya kalau mampu. Kalau tak mampu penuhi permintaannya, berkatalah dengan lembut, “Sayang, Ibu nakkk sangat penuhi permintaan sayang. Tapi, sekarang Ibu sangat sibuk. Ibu sayangkn sayang. Boleh tak bagi ibu masa dalam 20minit lagi. Ibu siapkan kerja-kerja ibu ni dulu, lepas tu ibu tolong sayang. Bolehkan.” Kemudian, peluk n cium sikit dahi anak tu. Nak best lagi, to up dengan Doa yang Rasulullah bacakan ketika Ibnu Abbas masih kecil.
Percayalah, anak akan sangat bertimbang rasa, bila kita nyatakan dengan penuh berhemah dan kasih.
Siapa pernah praktik cara begini atau lebih kurang begini? Apa feedback anak? Cer kongsi.
Lahawlawaquwwataillabillah..kita hanya mampu usahakan, hasil? Biar Maha Pemegang Hati yang lakukannya. Jangan buat kerja Dia. Boleh kan..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!