Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita bersedia pun, memang itu adalah waktu yang terbaik. Jika lambat dan kita ternanti-nanti, mengharap dan sedih. Memang itulah waktu yang terrbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi Mengetahui untuk kehidupan kita.
Bila-bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berada di dalam perut, ‘itulah waktu yang terbaik untuk kita.’ Yakinlah.
Ads
Usah marah, sedih, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiap langkah kita disusun sesuai dengan perancangan kita.
Ada pengalaman kawan saya, sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga, tapi belum ada rezeki. Tanpa disangka-sangka, Alhamdulillah baru-baru ini beliau selamat melahirkan seorang anak.
Ads
Sedih dia, cemburu, tidak putus asa berdoa, SABAR, lalu Allah ‘mengurniakan’ anugerah yang terindah di atas kesabaran dan sifat mengharapnya yang tinggi HANYA pada Allah.
Ads
Masing-masing ada cerita dia. Doa saya sentiasa untuk mereka yang terus meminta pada Allah.
Setiap anak yang lahir sudah mempunyai rezeki masing-masing. Malah setiap ibu bapa juga sanggup lakukan apa saja demi kegembiraan anak-anak.
Biarpun hidup secara sederhana, usah risau kerana disaat diri rasa tak mampu penuhi permintaan anak, akan ada suatu hari hajat anak dapat juga ditunaikan. Cuma lambat atau cepat bergantung pada rezeki.
Sebab itu, kita sebagai ibu bapa jika ada rezeki lebih, cubalah gembirakan hati anak dulu. Mana tahu, dalam kita mengembirakan hati mereka, anak-anak mendoakan kita. Seperti perkongsian Influencer Parenting, Encik Mohd Fhais Salim jangan pernah risau pasal rezeki dengan anak kita.
Hari tu dengar ceramah UAI dekat youtube. Ustaz kata jangan PERNAH risau pasal rezeki. Setiap anak-anak ni lahir dah ada rezeki dia orang.
Tiup je roh dia ke rahim, dah tertulis rezeki dia sekian sekian. Anak ramai ke, Anak seorang ke, Jangan RISAU !! Rezeki dia orang pasti ada.
Sebab tu la saya yakin kita ni tak akan jadi papa kedana pun jika tak berkira dengan anak-anak.
Dia nak mainan, belikan. Dia nak jajan, belikan. Dia nak basikal, belikan.
Jika mampu bagi je sebab itu rezeki dia. Andai kata bukan rezeki dia, ibu ayah ada duit banyak sekalipun belum tentu anak dapat semua ni.
Kita tak berkira dengan anak, rezeki pun tak berkira dengan kita. InsyaAllah..
Pernah tak anda dan pasangan tertanya-tanya semasa awal kehamilan, nanti anak keluar ikut muka siapa ya? Jika soalan ini yang ditanya biasanya akan ada sedikit perbezaan pendapat.
Bukan apa masing-masing mestilah nak juga anak ikut muka suami atau isteri. Ada tu yang cakap, ibu dah bawa 9 bulan dalam perut mestilah muka kena ikut ibu.
Sebenarnya anda dan pasangan tak perlu pun nak tentukan anak kita tu ikut genetik siapa. Sebab kedua-dua kromosom anda dan pasangan dah bercantum semasa proses persenyawaan. Jadi adillah jika muka ikut ibu, perangai pula ikut ayah.
Apa yang penting anak yang dilahirkan itu sihat dan membesar menjadi anak yang bijak pandai. Asalkan didikan yang kita berikan pada mereka sempurna, maka itulah anak kebanggaan kedua-dua ibu bapa.
Ok nak tahu antara ibu dan ayah, siapakah yang menentukan genetik bayi ini yang perlu anda tengok. Lepas ni semua boleh faham.Ada beberapa bahagian anggota badan yang bayi kita akan mengikut genetik ibu dan ayah. Antaranya di bahagian mata, telinga,hidung, ketinggian, kecerdasan dan perangai.
Jadi kiralah adil la kan anak-anak kita ambil serba sikit genetik ibu ayah.Namun demikian ibu sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembawakan genetik kepada anak dan perkara itu dapat dilihat melalui perkembangan hubungan antara anak dan ibu itu sendiri.
Jangan risau setiap anak-anak kita memang dah ada keistimewaan dan kepandaian masing-masing. Peranan ibu ayah yang akan menentukan kejayaan anak di masa hadapan.
Perkara baik yang kita ajar, maka membesarlah anak menjadi anak penyejuk mata hati orang tua.
Kadang-kala sikap nakal si kecil buat anda hilang sabar dan tentu ada cara untuk atasinya. Macam-macam perangai, akan pun panjang. Ada saja perkara yang ingin dibuatnya. Dalam usia 2-4 tahun, kanak-kanak dalam tempoh belajar.
Mereka sedang cuba mengenali setiap apa yang ada di persekitaran mereka. Ibu ayah harus lebih peka dengan perkembangan mereka kerana ketika inilah waktu belajar terbaik. Anda boleh ajarkan perkara-perkara yang baik dan sebaliknya kepada mereka pada ketika ini.
Kanak-kanak pada usia ini sudah mula menunjukkan sikap membuat keputusan untuk dirinya. Oleh itu, dia akan menanggalkan pakaian sesuka hatinya apabila merasakan pakaian itu merimaskannya. Dia berasa seronok untuk memgambil baju di dalam almari dan memakai baju pilihannya.
Cara atasi:
Jelaskan kepadanya jika bajunya kotor sahaja perlu menukar baju. Baju bukan ‘alat permaian’ untuknya dijadikan permainan. Anda juga boleh membelikan permainan anak patung yang boleh dipakaikan dan ditukarkan baju.
Dinding rumah yang telah diconteng oleh si kecil memang mencabar kesabaran anda. Ia berlaku apabila dia sudah boleh memegang pen atau pencil. Ketika ini dia mula melukis garisan tidak tentu arah. Kemudian semakin pandai untuk melukis secara bebas mengikut gerak hatinya. Dia menconteng apa sahaja permukaan yang berdekatan dengannya termasuk dinding rumah anda!
Cara atasi:
Pastikan pen, pencil, pencil warna dan karyon di simpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda. Keluarkan ia apabila anda telah menyediakan ruang untuknya melakukan aktiviti ‘menconteng pada kertas yang disediakan. Lebih baik jika kertas itu bersaiz besar. Pastinya anak anda seronok untuk menujukkan hasil ‘karyanya’ yang hebat itu.
Ada sesetengah kanak-kanak yang sudah mencecah usia 24 bulan, sudah tidak selesa memakai lampin. Dia dengan mudah akan menanggalkan pelekat lampin itu sendiri. Terkadang terbuang air kecil atau besar di ruang tamu semasa tidak memakai lampin.
Cara atasi:
Inilah masa untuk latihan potty training! Ajar dia untuk mengenali tandas. Beritahu setiap kali hendak membuang air kecil atau besar mesti pergi ke tandas. Namun, latihan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu sehingga si kecil betul-betul memahaminya. Anda perlu bersabar dalam tempoh ini untuk lap lantai jika si manja masih tidak dapat mengawal dan mengetahui waktu yang betul untuk dia membuang air kecil atau besar.
Si manja suka melakukan penerokaan di persekitarannya. Termasuk mengetuk apa sahaja objek yang menarik minatnya termasuk periuk, mangkuk dan cawan plastik. Ia menjadi alat ‘muzik’ kegemarannya. Habis rak pinggan anda bersepah ‘dikerjakannya’.
Cara atasi:
Secara umumnya, tingkah laku ini meningkatkan koordinasi mata dan tangannya. Usia 18 bulan sehingga 24 bulan adalah usia aktif buat si manja. Dalam hal ini, anda boleh melibatkan si kecil dalam kumpulan muzik khas untuk kanak-kanak atau dikenali sebagai playgroup. Kelas itu mengajar pelbagai aktiviti termasuk bermain muzik, menyanyi dan bermain.
Bermain adalah pembelajaran buat si kecil. Namun ketika usia ini si kecil suka sepahkan apa sahaja permainan yang ada. Mereka juga cenderung untuk membaling permainan mereka. Ini bukanlah tanda mereka seoorang yang kasar tetapi anak-anak mengganggap yang mereka sedang bermain.
Cara atasi:
Ajak si kecil untuk menyusu blok menjadi tinggi sambil anda membantunya. Kemudian runtuhkan blok itu. Tunjukkan kepadanya bagaimana untuk menyusun kembali blok itu menjadi tinggi. Ajar si kecil untuk menyusun pelbagai reka bentuk blok.
Kanak-kanak memang sukakan sesuatu yang berwarna. Jika anda berikan dia pewarna air, pasti satu badannya dipenuhi warna. Habis tangan dan bajunya dikotori oleh warna-warna itu.
Cara atasi.
Pakaikan dia baju khas untuk melukis, berus dan kertas lukisan untuk menulakukan aktiviti kreativiti itu. Juga sediakan ruang yang luas untuk dia bebas melukis. Pastikan ruang itu mudah untuk anda lap dan bersihkannnya setelah selesai si manja ‘berkarya’.
Ia mula berlaku apabila mula menujukkan rasa kasih sayang dan kepunyaan terhadap sesuatu. Dia mungkin marah jika anda mencium kanak-kanak lain atau bayi baru anda.
Cara atasi:
Ia sesuatu yang normal apabila seorang kanak-kanak mempunyai perasaan cemburu dalam dirinya. Beri perhatian kepadanya. Peluk dan berikan ciuman serta katakan anda sayang dan bangga kepadanya.
Dengan tiba-tiba dia menangis apabila barangnya kesayangannya tidak dijumpai. Dia mula menolak kerusi dan membuang permainan lain yang berdekatan dengannya.
Cara atasi:
Ajak dia bersama-sama untuk mencari barang permainannya itu supaya dia tahu barang itu tidak hilang. Cara ini memperkenalkan sikap sabar kepadanya. Nasihatinya supaya menyimpan barang permainan di tempat yang betul untuk mengelak berlaku lagi keadaan yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi bihun goreng lembut yang tak melekat, tak hancur dan tahan lama tanpa cepat basi. Ikuti petua lengkap peniaga ini untuk hasil bihun goreng yang sempurna waktu berbuka.