Pelawak Ali Puteh telah berkongsi luahan hatinya pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial.
Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang.
Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
“Walid tahu kamu kuat…Soal duit walid usahakan…biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yang penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu.
Ainul yang kini dah berusia 2 bulan lebih berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.
Sekarang Ainul sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan buat sementara waktu ditempatkan di tempatkan di Hospital Ampang untuk menjalani rawatan.
Sumber: ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam banyak-banyak petua rawat batuk dan selesema tak pernah pula tahu resipi susu kunyit yang dikatakan mujarab merawat penyakit berangkai ini. Tetapi kita sedia maklum kebaikan tumbuhan bernama kunyit ini. Antaranya khasiat kunyit
+ anti virus, anti bakteria, anti kulat, anti jangkitan
+ membantu mencegah kanser dan tumor
+ melancarkan sistem pencernaan
+ anti radang – jika selesema, batuk, demam, amalkan minum sup yang dimasukkan kunyit serta lada hitam
+ membantu menyembuhkan luka
+ membantu menyembuhkan penyakit kulit dan gatal-gatal
Perkongsian petua tradisional oleh Sue Bertley yang mengamalkan minuman susu kunyit setiap kali batuk dan selesema boleh juga dicuba untuk merawat serangan virus ini pada anak atau diri sendiri.
Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula.
Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia.
Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit.
Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa/ringan melibatkan saluran pernafasan.
Susu kunyit juga membantu pencernaan.
Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.
Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga.
Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.
Susu kunyit, resepi susu kunyit, petua susu kunyit, susu kunyit untuk batuk, susu kunyit untuk selesema, petua rawat batuk dan selesema
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)
Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.
Cara buat:
2. Kecilkan api dan masukkan susu.
3. Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
4. Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
5. Tutup api dan buat ala susu tarik.
6. Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
Moga sihat walafiat semua, tak mahu demam ye.
Tambahan: kami minum 1-2 kali saja seminggu.
Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut. Normally hari ke-3 dah sihat semula.
Sumber: Sue Bertley
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berapa ramai ibu ayah yang dapat bayi perempuan tahu bila masa sesuai untuk khatankan anak masing-masing? Bagi yang baru bergelar ibu ayah tentu keliru dan mungkin ada yang risau untuk khatankan anak kerana bimbang si kecil akan sakit.
Kalau anda baru menimang cahaya mata perempuan, boleh baca penjelasan lengkap yang ditulis oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak dalam facebook beliau.
“Bila nak bawak Hannan Khaira bersunat? Lagi awal lebih bagus ke atau lebeh elok tunggu dia besar sikit? Tapi…. macam seriau plak dengar sunat baby girl ni. Sakit tak kalau sunat baby girl ni ya?”
Bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata bayi perempuan – ini salah satu persoalan yang semestinya akan bermain dalam kepala. Kalau anak laki sunat biasa la kan mendengarnya. Tapi, kalau sunat anak perempuan ni masih ada segelintir yang was-was tentang prosedurnya.
Berkhitan / berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya ‘melukakan’ sebahagian kulit pada bahagian atas clitoris. Bahagian yang dilukakan itu sangatlah kecil sebenarnya dan jauh sekali berbeza dgn proses bersunat lelaki. Jangan ingat sama pulak
HUKUM BERKHATAN ANAK PEREMPUAN DALAM ISLAM
Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus.
Walaubagaimanapun, islam ini mudah – ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.
Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis Khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat.
Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha:
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج
“Apabila Engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, kerana itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami.”
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafie dan Hambali hukumnya WAJIB bagi lelaki dan perempuan.
Bila nak sunatkan baby girl?
Umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Tiada had umur, tapi saya personally prefer bayi perempuan yang kurang setahun umurnya – senang untuk handle, dan recovery cepat.
Macam mana sunat baby girl ni? Kena jahit ke mcm sunat laki?
Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan melukakan sebahagian kecil selaput kulit pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.
Para ulama juga menegaskan bahawa khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.
Kalau diikutkan, prosedurnya tak sampai 5 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden yg bebas kuman – saya gunakan jarum halus yg steril/bebas kuman dan bayi tidak perlu suntikan bius
Sebelum bawak baby girl anda bersunat –
Ibu bapa perlu memastikan keadaan kesihatan bayi adalah baik. Maksudnya, tangguhkan dahulu sekiranya anak demam, batuk, atau mempunyai masalah kesihatan lain.
Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan kesesuaian umur anak dan keadaan kesihatan . Sebaiknya, carilah doktor yang berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.
Ada penjagaan khusus ke lepas sunat?
Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang sgt cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.
Lazimnya selepas ditekup dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.
Takda pantang apa-apa ye
Akhir kata berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan dan sgt dituntut.
Khitan juga dapat membawa kesempurnaan agama, keindahan, dan meluruskan syahwat.
“Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.”
(Direkodkan oleh Al-Baihaqi)
Dr. Muhammad Izzat Bin Abdul Razak Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.Anak-anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapati lebih kreatif dan berimaginasi.
Pengetahuan amnya juga lebih meluas dan mereka selalu yakin ketika berbicara. Biarpun cerita Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura atau Sang Kancil Menipu Sang Buaya kelihatan remeh, sebenarnya jika dikongsikan dengan anak-anak boleh merangsang otak mereka.
Kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
Bertanya kepada anak-anak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru.
Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila anak-anak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!