Pelawak Ali Puteh telah berkongsi luahan hatinya pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial.
Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang.
Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
“Walid tahu kamu kuat…Soal duit walid usahakan…biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yang penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu.
Ainul yang kini dah berusia 2 bulan lebih berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.
Sekarang Ainul sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan buat sementara waktu ditempatkan di tempatkan di Hospital Ampang untuk menjalani rawatan.
Sumber: ig Ali Puteh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru. Tanggapan ini salah sama sekali. Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengelakkan masalah pendarahan yang serius pada bayi. Ianya bukan vaksin.
#Apa fungsi vitamin K?
Vitamin K diperlukan oleh badan untuk fungsi pembekuan darah. Tanpa vitamin K, kecederaan yang kecil pada salur darah tidak dapat dihentikan seterusnya akan menyebabkan pendarahan serius. Walaupun seorang bayi itu dijaga dengan baik, risiko pendarahan di perut dan otak adalah tinggi jika vitamin K nya tidak mencukupi.
#Dari mana kita dapat vitamin K?
Vitamin K diperolehi dari diet terutamanya dari sayuran hijau dan juga dihasilkan oleh bakteria baik dalam usus. Susu ibu juga tidak mengandungi vitamin K yang mencukupi untuk keperluan bayi terutamanya bagi ibu yang sedia ada kurang vitamin K.
#Kenapa bayi memerlukan memerlukan suntikan vitamin K?
Bagi bayi yang baru lahir, kandungan vitamin K mereka rendah kerana:
1. Vitamin K tidak dipindahkan melalui placenta dengan baik
2. Kandungan vitamin K dalam susu ibu tidak mencukupi
3. Kurangnya kehadiran bakteria baik dalam perut bayi bagi penghasilan vitamin K
Namun ini tidak boleh dijadikan alasan untuk memberi bayi makan lebih awal dari usia 4-6 bulan kerana kesan sampingan memulakan pemakanan selain susu ibu terlalu awal adalah lebih serius.
#Apa akan terjadi kalau bayi tak dapat suntikan vitamin K?
Seperti dijelaskan, vitamin K penting untuk pembekuan darah. Pendarahan yang serius boleh berlaku pada usus dan otak. Malangnya kedua-dua pendarahan ini biasanya lambat dikesan kerana ianya tersembunyi. Kebiasaannya bayi sudah kritikal atau mempunyai kerosakan otak baru pendarahan itu disedari. Dan risiko ini berterusan hingga usia 4-6 bulan sehinggalah bayi boleh menghasilkan vitamin K mereka sendiri.
#Kenapa dos suntikan vitamin K bayi terlalu tinggi?
Tidak dinafikan suntikan vitamin K pada bayi adalah lebih tinggi dari keperluan harian orang dewasa. Namun perlu difahami, suntikan ini dilakukan ke dalam otot yang mana vitamin K tersebut akan membentuk depot dan diuraikan ke dalam salur darah secara perlahan-lahan. Dos yang tinggi diberi ke dalam otot tidak sama seperti dos yang diberi terus ke dalam salur darah. Malahan, dos yang tinggi ini diperlukan bagi mengawal pendarahan sampai usia bayi 4-6 bulan.
#Tak bahaya ke suntikan vitamin K ini?
Ramai ibu bapa khuatir suntikan ini menyebabkan kuning pada bayi. Namun, kajian menunjukkan pada dos 0.5-1.0mg diberi secara intramuscular (ke dalam otot), ia tidak meningkatkan risiko kuning sedia ada. Setakat ini, tiada kajian yang membuktikan risiko kesan sampingan serius berpunca dari suntikan vitamin K. Suka saya ingatkan, ini bukan suntikan baru, dah lebih 50 tahun diperkenalkan dari 1961.
#Dalam suntikan vitamin K ini ada sumber haram ke?
Tidak, berikut adalah kandungan suntikan vitamin K:
1. Vitamin K1 – didapati dari unsur tumbuhan
2. Polysorbate 80 – bagi melarutkan vitamin K itu, juga dari unsur tumbuhan
3. Propylene glycol – sebatian sintetik yang digunakan bagi mengawal kelembapan ubat, sudah lama diluluskan FDA sebagai sebatian selamat
4. Sodium acetate anhydrous – garam dan soda bikarbonat bagi mengawal pH ubat
5. Glacial acetic acid – cuka, juga untuk mengawal pH
Tiada unsur binatang khususnya khinzir dalam vitamin K. Bahan di dalamnya adalah bahan yang sama dalam kebanyakan ubat mahupun makanan/minuman diproses
#Boleh tak saya nak lewatkan suntikan ini, tengok kalau ada pendarahan baru suntik?
Tidak boleh. Suntikan vitamin K perlu diberi dalam 6 jam selepas kelahiran bagi mengurangkan risiko pendarahan pada bayi. Kalau ditunggu hingga pendarahan berlaku, suntikan vitamin K tidak lagi berkesan untuk memberhentikan pendarahan yang serius itu.
#Jadi, kalau saya tolak suntikan vitamin K, apa risikonya?
Risiko menolak suntikan yang selamat ini adalah pendarahan yang serius pada bayi anda hingga menyebabkan kematian.
Dan risiko ini adalah 81 kali ganda lebih tinggi berbanding bayi yang menerima suntikan!
Kesimpulan saya, jika anda antivaksin sekalipun, tolonglah benarkan suntikan vitamin K ini. Suntikan ini selamat, dan melindungi anak anda dari berdarah hingga mati. Jangan jadikan diri anda punca kematian kejam anak anda.
P/s – dengar cerita ada kes kematian bayi akibat ibu bapa menolak vitamin K baru-baru ini.
Gambar hiasan diedit dari ihsan Google
Bila anak demam memang macam-macam ragam. Tambah lagi bila anak ramai memang senang betul demam tu berjangkit dan buat mak-mak jadi penat sebab setiap minggu si anak akan ‘take turn’ demam.
Sama seperti isteri angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina yang berkongsi pengalaman menjaga anak-anak yang sakit.
“Adam demam ni.. Maknya tak bagi pakai baju, soh pakai shorts je kat rumah.. tapi dia rasa seram sejuk.. so dia ambik blanket baby yang ada lubang so heat can still escape”
Menurutnya, minggu lepas anak kembarnya yang keempat demam dan minggu ini demam beralih kepada anak kembarnya yang ketiga.
“Last week Noah demam, now Adam pulak. Nampak gaya macam viral fever.. Viral fever ni tak perlu antibiotik. It is self-limiting, inshaAllah dalam 3-5 days nanti baik.. bagi ubat demam bila demam. Ubat flu kalau ada flu.. symptomatic treatment je. Bagi minum air banyak-banyak.. ubat demam tu makan every 6hr, kalau temperature naik balik within less than 6 hrs, tuam dengan air nak turunkan temperature tu”
Dia turut berkongsi bukan mudah untuk menguruskan anak yang ramai dan sukar untuk mengasingkan anak yang sakit. Jadi mental kena sentiasa bersedia dan kuat.
“Fever ni bila temperature lebih daripada 37.5degC… tu dah kira low grade fever. High grade fever pulak bila temp 38.5degC ke atas… selalunya bila dah sampai high grade fever, saya akan bagi suppository PCM.. ni ubat demam yang masuk kat punggung. Tu pun kena standby kat rumah..”
“Tu je nak cerita.. bila anak ramai ni.. paling susah bab nak quarantine. i redha je lah, buat yg terbaik. Mentally kena prepared nak jaga anak2 tak sihat.. diri sendiri pun kena jaga.. Pernah sekali tu Adam, Noah, Eusoff Emelia demam serentak. timing makan ubat semua kena tulis sbb takut salah bg, lepas tu bila I nak pegi keja, i kena handover kat husband pulak.. macam tu lah kitorg bila anak2 tak sihat. Team work!!
“Doakan Adam cepat baik.. ni Eusoff pulak dah macam ada conjunctivitis.. cobaannnn…”
Rata-rata warga net mendoakan kesihatan buat Adam dan Eusoff.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Nad Zainal yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pada Selasa lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Nad menerusi Instagramnya dengan memuat naik video yang kini sedang berpantang.
“10/10/23. Terima kasih atas doa-doa kalian.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Menerusi video yang dikongsikannya, Nad turut berkongsi sedang berpantang bersama sebuah pusat berpantang pilihannya.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, tercapai impian nak merasa duduk di confinement centre,” tulisnya berkongsi.
Pun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak berkongsi mengenai bayi ketiganya itu yang dilahirkan pada Selasa lalu.
Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Nad turut mengucapkan tahniah kepadanya.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Haris pada 23 Januari lalu. Hasil perkahwinan terdahulu, Nad dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.