Pelawak Ali Puteh telah berkongsi luahan hatinya pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial.
Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang.
Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
“Walid tahu kamu kuat…Soal duit walid usahakan…biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yang penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu.
Ainul yang kini dah berusia 2 bulan lebih berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.
Sekarang Ainul sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan buat sementara waktu ditempatkan di tempatkan di Hospital Ampang untuk menjalani rawatan.
Sumber: ig Ali Puteh