Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya hasrat pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki untuk menimang cahaya mata sudah termakbul.
Anzalna mengumumkan berita gembira beliau sudah hamil empat bulan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sempena majlis doa selamat sempena sambutan hari lahirnya, 9 Januari.
Sekian lama menunggu detik untuk hamil, Anzalna meluahkan rasa syukur atas kurniaan tersebut. Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Ads
Anzalna dalam perkongsiannya jelas terharu dan bersyukur kerana momen ini adalah yang sangat dinantikannya bersama suami. Allah lebih tahu apa yang terbaik dan masa sesuai untuk anugerah ini.
Ads
“Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” tulis Anzalna.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Anzalna dan suami serta tidak sabar mahu menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Sumber: instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam usia kandungan pelakon Mawar Rashid sudah pun berusia enam bulan. Mawar yang baru berhijab beberapa bulan lalu kelihatan cantik dan berseri-seri sejak kehamilan keduanya ini.
Terbaru menerusi instagram, suami kesayangan Mawar, Raf Yaakob memaklumkan kandungan isterinya, kini sudah pun mencecah enam bulan.
Malah menerusi entri itu juga, Raf turut memaklumkan kandungan isterinya dan anak di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Bukan itu sahaja, malah bapa penyayang ini juga memberitahu mereka kini sedang memikirkan nama anak.
“@mawarafjunior dah masuk enam bulan usia dalam kandungan Mekwa. Alhamdulillah so far semua okay, baby dan Mommy sihat je. Nama je masih duduk fikir-fikir lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Raf turut menambah malah mencadangkan warga maya berkongsi nama dengan pangkal huruf R buat bayi mereka kelak.
“Sekarang dah ada RAYYAN, RAYSAA & RAFAEL. Cuba korang cadangkan nama yang bermula dari huruf “R” for baby boy or girl,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac 2019. Raf turut mempunyai dua orang anak, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan bersama bekas isteri.
Semoga kehamilan Mawar dipermudahkan hingga proses bersalin kelak. Apa agaknya nama R yang paling sesuai untuk Mawar dan Raf?
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kaki membengkak dan kontraksi palsu kerap terjadi kepada ibu hamil pad trimester ke-3. Pelakon & pengacara Cik Puan Juliana Evans kongsi pengalaman hadapi trimester mencabar ini.
Sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, Juliana berkongsi tentang apa yang dilalui semasa semester terakhir kehamilannya.
Katanya, trimester kedua keadaan dirinya berada di tahap optimum. Selepas memasuki trimester ketiga, segalanya berubah dan ia mula merasakan kesakitan dan tidak selesa.
Juliana juga mengalami bengkak pada bahagian kaki menyebabkan kesukaran untuk berjalan. Paling menyakitkan ialah Carpal Tunnel Syndrome iaitu kesakitan berpunca daripada saraf median yang membekalkan rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan berpanjangan. Malah dalam situasi pelakon ini, ia lebih menyakitkan dan dikenali sebagai De Quervains Syndrome.
Menginjak ke trimester ketiga, kontraksi palsu juga turut dialami Juliana.
Walau pun melalui cabaran kehamilan, bakal ibu ini teruja dan tidak sabar untuk menatap anak sulung. Juliana juga meminta mendoakan agar proses kelahiran selamat dan lancar.
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan, ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil. Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik.
Ini yang disyorkan oleh pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat badan ibu hamil secara sihat.
Yang dah ada family mesti pernah dengar kan doktor selalu cakap dekat bakal ibu untuk naikkan berat badan semasa mengandung.
Kalau tak naik mesti kena bebel. Betul tak?
Kenapa ya macam tu, kenapa ibu mengandung ni kena pastikan berat badan mereka naik selari dengan perkembangan janin?
Secara fisiologinya, ibu mengandung perlu gain weight agar dapat menampung keperluan tenaga dan nutrien untuk perkembangan janin. Ia juga sebagai persediaan penyusuan susu ibu selepas selamat bersalin.
Sudah semestinya ibu hamil ni ada makanan yang digalakkan untuk makan sebab kita mahu peningkatan berat badan yang sihat.
Hari ini, saya nak share 3 tips peningkatan berat badan yang sihat ketika hamil.
1- Kurangkan pengambilan makanan berproses dan minuman tinggi gula serta kafein. Untuk ibu mengandung ni memang akan ada momen nak makan macam-macam. Mengidam orang cakap.
Selalunya pada 3 bulan pertama tu, selera makan berkurang disebabkan alahan seperti muntah ataupun tak boleh bau makanan tertentu.
Sampai pada satu tahap, terpaksa ambil masa lama untuk jamah makanan. Namun, masuk bulan ke-4 dan seterusnya nafsu makan naik membuak-buak dan ibu hamil akan sentiasa lapar.
Fasa pertama (trimester pertama) ni paling penting untuk ibu makan sihat sebab time ni proses pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku sangat cepat.
Time ni, janganlah dilayan sangat ‘craving’ nak makan jajan segera, nak minum air manis, nak minum kopi.
Seeloknya makan makanan yang sihat dan cukup nutrisi serta mengenyangkan. Kalau nak makan snek pun cari snek versi sihat dan tidak mengandungi terlalu banyak perasa tiruan dan MSG. Ingat!
Cara pemakanan akan mempengaruhi pembentukan janin jadi kena ambil tahu pasal ni untuk elak berlakunya kecacatan fizikal mahupun mental pada bayi.
Ibu hamil kena jaga peningkatan berat badan sebab kalau tak, akan berisiko untuk lahirkan bayi obese.
Makanan untuk otak bayi
Pemakanan tidak dinafikan sangat-sangat membantu untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Disebabkan itulah ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil jumlah makanan yang mencukupi malah makanan yang berkhasiat untuk membantu otak anak berkembangan dengan baik.
Menurut Dr Rizal, ketika awal kandungan lagi, iaitu sebaik tulang belakang terbentuk, pemakanan yang tepat sangat disyorkan untuk ibu hamil.
Pemakanan yang paling tepat pastinya pemilihan makanan yang mengandungi folid asid dan juga vitamin B12 yang sangat membantu pembentukan darah merah. Antara yang dikongsikan oleh Dr Rizal adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.
“Antara makanan yang kaya dengan folate adalah seperti sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, avokado, kekacang seperti badam, kuaci dan sebagainya.