Sofea Jane tak sabar timang cucu, anak sulung dijangka bersalin akhir bulan ini. Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, 53, meluahkan keterujaannya bakal menimang cucu apabila anak sulungnya, Arissa yang kini berusia 29 tahun, dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada penghujung bulan ini.

Sofea Jane Tak Sabar Timang Cucu, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini

Menurut Sofia, fasa kehidupan ini sangat bermakna – dari zaman bujang, kemudian jadi ibu, dan sekarang bakal bergelar nenek. Katanya, “Insya-Allah, doakan semuanya berjalan lancar dan selamat untuk Arissa dan bayi nanti.”

Sofea Jane Tak Sabar Timang Cucu, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini

Menariknya, Sofia sekeluarga akan sambut Hari Raya tahun ini di Eropah. Bukan saja untuk beraya, tapi juga menanti kelahiran cucu sulung mereka di sana.

“Kami beraya di sana sebab Arissa dan suaminya, Maximilian Lotz, tinggal dan bekerja di Jerman,” kongsi Sofia.

Apa yang lebih istimewa, Sofia sendiri akan uruskan tempoh berpantang anaknya. Katanya, walaupun zaman sekarang serba moden, dia tetap suka gabungkan elemen tradisional dengan moden untuk penjagaan selepas bersalin.

“Sekarang ni lebih mudah sebab banyak produk tempatan yang bantu ibu baru. Saya akan jadi macam ‘mak bidan’  tolong jagakan cucu, pakaikan bengkung dan macam-macam lagi,” katanya sambil tersenyum.

Sofea Jane Tak Sabar Timang Cucu, Anak Sulung Dijangka Bersalin Akhir Bulan Ini

Ads

Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995, dan mereka dikurniakan empat orang anak: Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

Sumber: Berita Harian Online

Kredit foto: Instagram Sofea Jane

BACA: Sampai Hati Buat Tabung Tipu, Nenek Terkilan Scammer Kutip Derma 

 

Ads

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Ads

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI