Kata orang sokongan suami membantu memberi kekuatan kepada si isteri yang sedang menahan sakit bersalin. Bagi yang belum ada pengalaman melahirkan bayi tentu tidak dapat membayangkan bagaimana ia membantu anda.
Percayalah peranan suami membantu melegakan kesakitan yang sedang dirasakan. Oleh itu, suami hendaklah mencari info dan ilmu bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada isteri ketika hendak melahirkan anak.
Sebagai panduan, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami bagi membantu meringankan bebanan isteri yang sedang melalui sakit kontraksi.
*Semasa kontraksi, berilah banyak pujian, keselesaan dan sokongan kepada isteri. Jangan ‘naik angin’ sekiranya isteri menjadi marah kepada anda kerana ketika itu dia sedang menahan kesakitan yang maksimum dan menajdi keliru dengan perasaan sendiri membuatkan dia mudah marah.
*Ingatkan isteri tentang teknik merehatkan diri dan bernafas yang telah dipelajari sebelum ini.
*Bantu lap dahinya yang berpeluh, beri air untuk diminum, pegang tangannya (percayalah ia mengalirkan kekuatan dalam badan isteri), cadangkan perubahan kedudukan yang lebih selesa atau lakukan perkara lain yang dapat melegakannya.
*Urut belakang badannya tetapi terlebih dahulu, pastikan anda tahu jenis sentuhan dan urutan yang digemari isteri.
*Bertindak sebagai orang tengah antara isteri dengan doktor atau jururawat. Hormati keinginannya. Misalnya yang berkaitan dengan kelegaan daripada sakit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kombinasi Puasa, Eat Clean & Senaman, Ibu Turun 23kg. Kongsi Sajian Menarik, Confirm Diet Tak Terseksa!
Melakukan rutin kombinasi puasa, pemakanan secara eat clean dan senaman, ibu ini membuktikan menurunkan berat badan tidak mustahil. Perkongsian sajian-sajian yang diambil sepanjang proses berdiet sangat menarik & kelihatan sedap.
Perkongsian ibu ini, Puan ummijep memang memang memotivasikan. Dia sebelum ini seberat 75kg kini turun kepada 52.2kg! Satu pencapaian yang memberangsangkan.
Tidak ada yang mustahil, ibu kepada 3 anak berusia 8, 7 dan 1 tahun ini telah membuktikan gabungan beberapa cara pemakanan dan senaman memang boleh menurunkan berat badan dan ukuran tubuh.
Amalkan gabungan intermittent fasting, makan suku-suku separuh, rendah kalori, eat clean.
View this post on InstagramA post shared by ummijep (@ummijep) on
Selain mengawal pemakanan, ibu ini turut melakukan senaman seperti kardio atau mendaki.
Cabaran terbesar ialah diri sendiri.
Nak handle nafsu, hanya kita dan Allah je yang boleh. Perlu usaha dan doa mintak Allah kiatkan diir apabila berdepan dengan makanan.
View this post on InstagramA post shared by ummijep (@ummijep) on
SAJIAN DIAMBIL RENDAH KALORI, CLEAN EATING & SUKU-SUKU SEPARUH
Sepanjang mengamalkan intermittent fasting selama 16 jam, beliau akan mengambil 3 sajian yang dinamakan first meal, second meal & last meal. Selain sajian-sajian ini, beliat turut mengambil air sebanyak 2 liter dan teh hijau.
First meal
Second meal
Last meal
TURUT MELAKUKAN PUASA GANTI (DRYFASTING)
Menu sahur
Menu berbuka
PERKONGSIAN YANG BOLEH MEMOTIVASIKAN
Tidak sekadar berkongsi sajian dan perjalanan penurunan berat badan, ibu ini turut berkongsi kata-kata perangsang yang boleh memberikan semangat dan motivasi untuk meneruskan perjalanan menurunkan berat badan dengan cara sihat.
Turun 21kg
Motivasikan diri sendiri, jangan hanyut.
Dulu menggunakan pakaian saiz XL kini sudah mengecil kepada saiz S!
“If you want to lose weight, you have to be obessed with it.”
Dulu tak larat berdiri lama, cari tempat nak duduk. Sekarang ummi boleh sama-sama berlari dengan anak
Sumber: ummijep
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Misi Labour Room Ni Garang, Sebijik Singa Betina! Sebelum Sindir Tu Baca Perkongsian Doktor Ni
Ada yang cakap mereka kasarlah, kurang ajarlah. Tak reti cakap lemah lembut lah. Ramai orang cakap jururawat tak ada hati perut, orang tengah sakit nak bersalin dia siap sindir-sindir, marah-marah. Tak ada belas kasihan. Tak sekolah lah.
BETUL KE?
Misi di labour room semua memang orang yang otai-otai. Besar-besar badannya. Sangat senior. Mereka ni memang terer lah dalam bidang memberanakkan orang ni. Kebanyakan mereka adalah bidan-bidan terlatih, tangan mereka ialah tangan rahmat yang menyambut sudah ratusan malah ribuan khalifah kecil yang lahir ke dunia. Tangan-tangan mereka adalah tangan tangan suci yang terpilih untuk menyentuh bayi anda buat kali pertamanya sebelum anda sendiri menyentuh anak anda sendiri.
Tuan tuan dan puan-puan sekalian,
Tugas kat labour room bukan tugas yang mudah. Labour room adalah sebuah tempat yang seperti roller coaster, tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Kejap aman dan tenteram, tetiba boleh jadi medan perang tunggang terbalik sana-sini.
They are working under stress. Adalah perlu faham bahawa labour room hospital kerajaan sentiasa sibuk dengan pesakit yang tak henti-henti. Sebaik seorang ibu yang sudah hendak melahirkan masuk ke labour room, maka bermulalah debaran dan tekanannya. Yang pastinya, hasrat dan impian setiap staf yang bekerja di labour room itu ialah, setiap ibu yang masuk, akan keluar berdua bersama anak mereka yang selamat dilahirkan.
Untuk sesiapa yang pernah melahirkan anak, proses kelahiran adalah proses yang penuh mencabar, menyakitkan, dan memerlukan semangat kuat dan kental, baik dari pihak ibu dan ayah, dan juga kerjasama mereka dengan staf yang terlibat.
Di dalam kesakitan melampau ini ada yang menjerit sekuat hati mereka, ada yang menangis, ada yang bagus berselawat dan berdoa supaya proses kelahiran berjalan lancar, ada juga ya yang mengeluarkan kata-kata kesat belum lagi menyebut mereka yang menendang staf labour room.
Boleh saya katakan pesakit berada dalam keadaan yang sangat vulnerable ketika mereka hendak melahirkan. Keluarlah segala kerenah, segala perangai, segala ragam, segala attitude – tanpa mereka sedari.
Tahukah anda semasa melahirkan anak, misi yang anda kecam dan hina inilah yang bersusah payah membuang air kencing di atas tilam, setlekan najis yang pelbagai warna, bentuk dan bau – bukan baby punya tau, bermandi air mentuban.
Sabar je dorang, tak pernah komplen pun layan karenah pesakit. Belum lagi yang macam mak-mak bagi kata semangat urut-urut belakang, urut-urut kaki yang cramp.
Misi ‘singa’ ni tak mintak pun apa-apa. Tapi saya nak anda semua sekurang-kurangnya jangan la herdik mereka, bagilah ucapan terima kasih – sejuk sikit hati, ilang penat. Ye tak?
Saya bekerja dalam perkhidmatan kesihatan wanita ni bukannye setahun dua, dan saya tahu misi-misi ‘singa’ ni lah yg sentiasa jaga kebajikan pesakit, mahupun kebajikan Doktor sendiri. Pendek kata, saya sendiri tak pernah la berlapar bila bertugas oncall. Ada je makanan!
Terima kasih bidan terlatih, kerana jaga semua pesakit saya tanpa jemu.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlampau Penat Uruskan Anak & Rumahtangga, Mama Jangan Lupa Amalkan Zikir Ni Selalu!
Tugas menguruskan rumah tangga dan membesarkan anak tidak pernah berhenti. Satu kepenatan yang tak termampu dizahirkan dengan kata-kata.
Bila terasa penat melampau, selain merehatkan diri atau me time bersama kawan-kawan, jangan lupa amalkan Zikir Fatimah untuk menghilangkan rasa kepenatan ini.
Mudah sahaja untuk dihafal, berikut merupakan perkongsian zikir yang boleh diamalkan serta kisah dari Rasulullah SAW dan puterinya.
Dalam Islam sendiri telah tersedia penawar kepenatan untuk ibu-ibu melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah s.a.w kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah SAW, Saidatina Fatimah RA mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib RA tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu baginda bersabda; “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?
Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Jadi amalkanlah zikir ini jika rasa terlampau penat melakukan tugas-tugas harian. Lakukan setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Jom sama-sama amalkannya!
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI