Kata orang sokongan suami membantu memberi kekuatan kepada si isteri yang sedang menahan sakit bersalin. Bagi yang belum ada pengalaman melahirkan bayi tentu tidak dapat membayangkan bagaimana ia membantu anda.

Percayalah peranan suami membantu melegakan kesakitan yang sedang dirasakan. Oleh itu, suami hendaklah mencari info dan ilmu bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada isteri ketika hendak melahirkan anak.

Sebagai panduan, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami bagi membantu meringankan bebanan isteri yang sedang melalui sakit kontraksi.

Sokongan Suami Bantu Legakan Isteri Sakit Bersalin. Urut Belakang Badan Pun Kira Ok!

IKLAN

*Semasa kontraksi, berilah banyak pujian, keselesaan dan sokongan kepada isteri. Jangan ‘naik angin’ sekiranya isteri menjadi marah kepada anda kerana ketika itu dia sedang menahan kesakitan yang maksimum dan menajdi keliru dengan perasaan sendiri membuatkan dia mudah marah.

*Ingatkan isteri tentang teknik merehatkan diri dan bernafas yang telah dipelajari sebelum ini.

IKLAN

*Bantu lap dahinya yang berpeluh, beri air untuk diminum, pegang tangannya (percayalah ia mengalirkan kekuatan dalam badan isteri), cadangkan perubahan kedudukan yang lebih selesa atau lakukan perkara lain yang dapat melegakannya.

IKLAN

*Urut belakang badannya tetapi terlebih dahulu, pastikan anda tahu jenis sentuhan dan urutan yang digemari isteri.

*Bertindak sebagai orang tengah antara isteri dengan doktor atau jururawat. Hormati keinginannya. Misalnya yang berkaitan dengan kelegaan daripada sakit.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI