Memandangkan esok adalah penghulu segala hari, maka kaum lelaki akan berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ramai bertanya sama ada ia perlu dilakukan atas tidak ekoran penularan COVID-19.

Solat Jumaat Tetap Diteruskan Walau COVID-19, Tapi Tak Perlu Bawa Anak Kecil

Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Artikel Berkaitan: [Koronavirus Mampu Bertahan Pada Permukaan Yang Kerap Disentuh Sehingga 9 Hari, Hati-Hati!]

Zulkifli bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.

Ads

“Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini… ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.

“Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.

Sebelum itu, Dr Zulkifli turut mengimamkan solat sunat dhuha dan hajat bersama kakitangan agensi terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, mereka yang disahkan positif COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Artikel Berkaitan: [Kena Lebih Peka & Berjaga-Jaga, Kini COVID-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik]

Ads

Solat Jumaat Tetap Diteruskan Walau COVID-19, Tapi Tak Perlu Bawa Anak Kecil

Beliau juga menjelaskan, sekiranya wabak COVID-19 menjadi tidak terkawal, maka solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor di rumah.

Untuk para bapa yang selalu ke masjid dengan anak-anak kecil, sebaiknya tidak perlulah bawa mereka sekali sehingga isu COVID-19 ini dapat ditangani sepenuhnya. Kenyataan media dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menyenaraikan beberapa syarat yang perlu diikuti semasa menunaikan solat Jumaat.

Ads

Solat Jumaat Tetap Diteruskan Walau COVID-19, Tapi Tak Perlu Bawa Anak Kecil

Sidang Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Wednesday, 11 March 2020

 

Sumber: Astro Awani & Datuk Dr Zulkifli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI