Tak perlu lama pun, lima ke sepuluh minit setiap hari, luangkan masa bersama pasangan anda. Tiada gangguan luar, nikmati masa bersama. Biarpun kesannya mungkin tidak nampak hari ini, jika ia diamalkan secarakonsisten dapat memberi kebahagiaan kepada hubungan suami isteri.

Lima ke 10 minit itu, solatlah bersama pasangan. Kemudian berdoalah supaya perkahwinan sentiasa dilindungi. Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya.

Ambillah waktu solat Maghrib dan Isyak untuk solat dengan suami atau isteri. Pasangan berkahwin yang mengamalkan solat berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni. Banyak manfaat yang boleh dirasai apabila anda mengamalkan solat berjemaah.

Artikel Menarik: [Ciuman Untuk Isteri & Anak-Anak, ‘Tabung’ Pahala Buat Suami. Amalkan!]

Ads
Solat Maghrib & Isyak Bersama Pasangan, Besar Manfaatnya. Jom, Amalkan!
Kredit foto: Facebook Munirah W A Rahman
Semakin Mesra, Semakin Sayang

Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri. Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.

‘Short Cut’ Ke Syurga

Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.

Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, jadi Yakin Diri & Berani!]

Ads
Awak Hormat Saya, Saya Hormat Awak…

Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.

Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-

“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”

Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Ads
Solat Maghrib & Isyak Bersama Pasangan, Besar Manfaatnya. Jom, Amalkan!
Kredit foto: Facebook Munirah W A Rahman

Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]

Sebelum berdoa, tetapkan dalam hati bahawa niatnya untuk tujuan yang baik. Jangan salah gunakan doa ini untuk mengorat pasangan orang lain pula ya!

Sumber: Wanista.Com

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI