Bukan mudah mendidik anak kecil, apa lagi untuk sentiasa istiqomah ke jalan Allah diketika usia muda. Namun seorang bapa ini sudah membuktikan jika kita memilih jalan tepat, Allah melorongkan jalan yang terbaik buat kita.
Seorang bapa muda dipuji kerana hampir setiap hari berada di masjid bersama dua anak lelakinya untuk menunaikan solat subuh.
Jika ada diantara anak kita yang masih lena di atas tilam empuk, namun bapa dan dua anak ini memilih untuk ke masjid. Bukan mudah. Satu pujian harus diberikan.
Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, di apit oleh dua anak lelaki kecilnya bersolat suboh di Masjid ni.
Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat suboh di masjid amalan rutinnya.
Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya.
Menambah hormat saya padanya, melihat bagaimana dia mendidik kedua-dua mereka yang duduk baik-baik di kiri dan kanan beliau setiap masa tanpa pernah bertukar gaya atau berlari ke sini sana.
Mengikut kata En. Suami yang juga sering memerhati, setiap kali se usai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yg Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.
Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkupiah setiap kali tanpa lupa.
Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah.
Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga.
Menarik: Syukur Alhamdulillah, Pilih Nama Cantik Buat Puteri Ke-2, Mawar Rashid Selamat Bersalin!
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Sumber : Facebook Mona
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Romantik Tak Semestinya Bagi Hadiah Mahal. Peluk 10 Saat, Cium Isteri Dah Cukup!
Suami isteri saling melengkapi dan sentiasa ingin yang menjadi yang terbaik buat pasangan. Tak perlu mengukur keikhlasan dengan material semata-mata, cukuplah perhatian dan pelukan membuatkan isteri rasa dihargai.
Perkongsian Yatt Hamzah ini menarik sekali. Aktres dan pengacara ini menerusi Instagram berkongsi tip yang boleh para suami lakukan. Kata Yatt, untuk menjadi suami yang romantik tidak semestinya memberikan hadiah mahal, bunga dan coklat, memadailah 5 perkara mudah ini. Nilainya melebihi hadiah yang mahal!
Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni..
Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat?), buat romantic dinner atau suprise utk kita.. ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2.
NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK. Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.❤️
11 Perbuatan yg membahagiakan ISTERI, tanda SUAMI ROMANTIK ;
- PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI
Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin.
- RAJIN2 WHATSAPP & TEKS ISTERI
Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I ❤️ U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul..☺️
- PANGGILAN MANJA
Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA’ (Kemerah2an). ?
- RAJIN2 BANTU ISTERI
Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.
- SUAP ISTERI
Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat. ?
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Sumber: Yatt Hamzah
Artikel berkaitan: Perut Buncit Ingatkan ‘Gemuk’, Yatt Tak Sedar Diri Hamil Lagi. Harap Kali Ini Baby Boy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Banyak Sabar, Tak Boleh Marah-Marah” Title Ibu Ubah Hidup Tasha Shilla, Syukur Suami Bantu!
Kemunculan Tasha Shilla selepas melahirkan anak pertamanya sama seperti sebelum berkahwin. Masih kekal cantik dan langsing biarpun sudah punya anak.
Rupanya kecantikan penerima Anugerah Best Mama Mellinial kali ini, Tasha Shilla disokong kuat oleh suaminya dalam segala hal.
Biarpun menjadi ibu banyak merubah hidupnya secara total namun kata Tasha, kunci kecantikan dalam diri adalah rasa keyakinan sambil disokong penuh oleh suami setiap masa.
Akui Tasha, selepas bersalin dia kembali fokus kepada menjadi kesihatan diri namun kini terpaksa memberi ruang untuk bayi keduanya lahir tidak berapa lama.
“Saya sekarang memang tengok fokus untuk melahirkan anak kedua sebab sekarang ni pun dah trimester ketiga. Jadi memang nak buat preparation. Macam mana nak manage macam-macam hal untuk jadi ibu yang lebih baik lagi.
“Banyak yang saya belajar sejak ada anak ni dari segi pengorbanan masa, kerjaya, kesabaran kena banyak bersabar, tak boleh marah-marah.
“Emosi kena kawal dan paling Tasha bersyukur Allah dah bagi kehidupan yang cukup baik untuk saya sekarang,”kata Tasha berkongsi.
Menjadikan Dr Sheikh Muszaphar sebagai idola keibubapaannya, Tasha sentiasa cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi yang lebih baik buat anak dan suaminya.
“Buat masa sekarang saya just go with the flow dan saya selalu jadikan Dr Sheikh Mudzaphar Shukor sebagai idola dalam mendidik anak.
“Banyak juga yang saya belajar dari kawan-kawan, saudara mara yang dah ada banyak pengalaman dan buku-buku keibubapaan.
“Buat masa sekarang saya suka dedahkan Raes macam-macam aktiviti dan kalau boleh saya nak dedahkan dia dengan macam-macam aktiviti lebih-lebih lagi bersukan dan sebagainya.
“Kalau boleh nak tengok macam mana dia bersukan dan kemudian barulah kami nak tengok arah mana yang dia lagi suka.
“Sejak kecil lagi waktu dia tiga bulan kami selalu bawa dia jalan-jalan, tiap-tiap hari. Semuanya untuk pastikan dia dalam perkembangannya yang tepat,”kongsinya lagi.
Paling syukur suami banyak bantu
Ditanya mengenai sisi kecantikan dirinya walaupun sudah bergelar anak, kata Tasha suamilah orang yang paling banyak memberinya sokongan dalam segala segi.
“Memamg suami Tasha seorang yang paling ringan tulang dan bertanggungjawab.
“Malah suami juga paling banyak tolong Tasha maintain badan jadi cantik, jaga badan dan amalkan cara hidup sihat dan suami paling banyak bantu terutama sekali dalam bab jaga anak.
“Sebelum kawin lagi memang Tasha jaga penampilan sebab ini self love, sebab kalau kita tak rasa feel good, macam mana nak jaga orang lain.
“Kalau kita messy, tak feel good macam mana nak jaga anak dengan baik. Tapi semua ini takkan jadi tanpa sokongan suami.
“Suami kat luar sana kena banyak bantu isteri sebab tanpa suami memang isteri selalu akan rasa down. Insyallah semua ini akan buat kita rasa sama macam waktu kita sebelum berkahwin dulu,” kongsi Tasha berkongsi tip.
Tasha yang kini sarat hamil sudah pun memasuki trimester ketiga dan bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata keduanya tidak lama lagi.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Jauh, Terkenang Salah Silap Dengan Anak” Ustazah Asma’ Pesan, Hargai Masa Dengan Anak-Anak
Tugas menjadi ibu bapa antara tugas yang mencabar kerana tiada ibu bapa yang tak pernah melakukan kesalahan dalam mendidik anak-anak. Ada masanya kita terlalu keras dalam mendidik dan ada masanya kita mengabaikan kehadiran mereka. Mungkin tiada niat untuk berlaku seperti itu kepada anak-anak.
Berpandulah kepada agama ketika mendidik anak-anak dan semoga kata-kata nasihat daripada Ustazah Asma’ Harun dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Kami dalam perjalanan pulang ke rumah, rindu kali ni lebih dalam pula rasanya, mungkin ketika tinggalkan anak-anak tempoh hari kurang bersedia. Agak kelam kabut kerana kesuntukan waktu.
Teringat Atikah, cahaya hati pertama kami, hari lahirnya pada hari sabtu baru ni ketika kami di terengganu. Umi Abi dah ucap dan doakan melalui mesej dan mohon maaf tak meraikan pada waktunya. Anak-anak dah biasa dengan ucapan doa sahaja, ada rezeki adalah hadiah dan sedikit jamuan kecil bersama keluarga kecil kami. Jika tiada, tidaklah terlalu kecewa, ia bukanlah satu kewajipan.
Bila en. suami tanya nak berhenti makan tak, memang dah agak lapar sebenarnya, saya mohon teruskan sahaja perjalanan, rasa tak sabar nak jumpa anak-anak tu lebih kuat, 3 jam lagi paling kurang perjalanan ini. Bila jauh begini, mulalah rasa dan terkenang salah silap pada anak, terasa banyak kesempatan ketika bersama tidak dihargai dan dimanfaatkan dengan kasih mesra, pendidikan dan pengisian membentuk jiwa dan peribadi. Berdoa agar Allah beri kesempatan waktu, hayat dan tenaga untuk menunaikannya.
Anak-anak perlu dan rindukan kita sebenarnya, walaupun kita depan mata, tapi mereka tak pandai meluah dan menzahirkannya. Janganlah kita terlalu mengukur kasih sayang anak pada kita melalui zahir perbuatan mereka sahaja, mereka belum cukup matang untuk memberi lebih.
Saya bimbang, jika kita terlalu banyak impian dan target dengan cara terlebih tegas (garang) diletakkan pada anak akan menjarakkan hubungan kasih sayang sejati yang perlu ditanam dan disuburkan, sehingga remuk hati dan mereka mula bina impian sendiri yang tiada kita di dalamnya.
Saya pernah berjumpa beberapa orang anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana mahu menjaga orang tua, bukan jodoh tak datang, tapi ditolak atau tidak meneruskan. Bila ditanya, dengan tenang menjawab, bimbang pasangan tak boleh menerima dan makin jauh hubungan dengan ibu ayah, bimbang terhalang untuk berbakti kerana banyak komitmen dan lain-lain sebab.
Allahu Akbar, kadang kelu saya bila jumpa orang sebegini, Allah kurniakan mereka melalui jalan utama ke Syurga, Allah rezekikan mereka mempunyai hati dan nekad setulus itu. Bagi saya itu pilihan yang harus dihormati dan usah buat andaian lain lagi.
Rasulullah SAW bersabda:
الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ
Maksudnya: “Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, Jika kamu mahu letakkanlah pintu itu atau jagalah ia”. [Riwayat al-Tirmizi (1900)]
Lalu terus saya muhasabah, ibu bapa bagaimanakah mereka, hingga si anak sanggup berkorban setara itu, melihat besarnya bakti si anak melambangkan tingginya kasih ikhlas si Ibu Ayah. Dan kita, ibu ayah bagaimana kita ?
Jangan kerana kita, anak-anak terhalang untuk menjadi anak yang soleh solehah. Kita perlu bantu anak-anak untuk menyayangi, menghormati dan berbakti kepada ibu ayahnya iaitu kita, melalui jalan mendidik dan memberikan mereka kasih mesra dan perhatian yang seimbang.
🌹
Asma’ dan Fazli
Ummi Abi kepada 7 Amanah Allah
Kredit:Ustazah Asma’ Harun
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI