Mak-mak yang ada anak kecil atau yang tak berapa sihat dan tak dapat nak ke surau atau masjid, bolehlah ikut cara solat tarawih yang mudah ni.
Tak semestinya ibu yang ada anak kecil tak boleh melakukan ibadah sunat ini sendirian di rumah.
Berikut perkongsian dari Puan Yatie Eimra cara solat tarawih yang mudah dan boleh dilakukan di rumah tanpa perlu tunggu ke masjid.
Saya ambil ni dari buku solat-solat sunat kepunyaan mak saya. Cara solat tarawih ni memang ringkas & sangat mudah nak buat (tasbih & selawat hanyalah sunat).
Seingat saya, sejak dari zaman sekolah lagi mak saya suruh ikut cara tarawih dalam buku ni bila tak ke surau. Almaklum lah, arwah ayah dah takde sejak kecil, adik-beradik yang ade kat rumah pun perempuan je. Bila 2-3 orang datang bulan serentak, dah tak dapat nak pergi surau. So belajarlah buat solat tarawih sendiri kat rumah masa tu.. Even masa mengandungkan Fydh dulu pun, alhamdulillah saya dapat buat solat tarawih setiap hari. Tertinggal sehari jer sebab dah bersalin?
Bukan setakat mak², anak² remaja yang baru nak belajar² solat tarawih pun boleh buat cara ni kalau tak berkesempatan ke surau/masjid. Mak² jangan jadikan alasan tak dapat pergi surau/masjid tak boleh buat tarawih.. Ramadan setahun sekali jer, jomlah kita tambahkan amalan?
?NIAT SOLAT TARAWIH (SENDIRIAN)
================================
اُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَي
Usolli sunnatat tarawihi rak‘ataini lillahi ta’ala
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala
================================
Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
?SAMBUNG SOLAT TARAWIH 2 RAKAAT LAGI ( rakaat ke-3 & 4)
==================================
a) Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
b) Bacaan doa pendek setelah salam* (m/s 26: gambar iii-b)
?SAMBUNG SOLAT TARAWIH 2 RAKAAT LAGI (rakaat ke-5 & 6)
=================================
Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
?SAMBUNG SOLAT TARAWIH 2 RAKAAT LAGI (rakaat ke-7 & 8 )
=================================
a) Rakaat pertama – Alfatihah & surah pilihan
Rakaat kedua – Alfatihah & surah pilihan
b) Bacaan doa pendek setelah salam* (m/s 27: gambar v-b)
?disebabkan solat tarawih ini dilakukan secara sendirian, lebih mudah jika baca surah Al-Ikhlas pada setiap rakaat ke-2 supaya tak mudah keliru/lupa bilangan rakaat.
?doa pendek juga merupakan amalan sunnah sahaja sebagai waktu berhenti/selingan (maksud tarawih adalah beristirehat — berhenti seketika supaya solat tarawih dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang & bukannya tergesa²)
?sangat disarankan baca doa pendek ini kerana mengandungi doa ‘afuw di dalamnya. Sebaik²nya doa ‘afuw di dalam doa diulang sebanyak 3x.
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Allahuma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni
?DIRIKAN SOLAT WITIR
=====================
a) Niat solat witir 2 rakaat:
اُصَلِّيْ سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَي
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi ta’ala
Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala
b) Niat solat witir 1 rakaat:
اُصَلِّيْ سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَي
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi ta’ala
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta’ala
⭐Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut ketika i’tidal (bangun dari ruku’) semasa rakaat terakhir witir.
Sumber: Yatie Eimra