Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan kebimbangan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini dalam tempoh hampir seminggu ini.

SOP PKPP Diperketatkan Semula. SOP Hari Raya Aidiladha Akan Diumumkan Isnin Ini

“Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini (25 Julai).

“Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PKPP di Pusat Dagangan Dunia Putra.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN [Setuju Atau Tak, Wajib Pakai ‘Mask’ Di Tempat Awam Mulai 1 Ogos Ini!]

SOP Hari Raya Aidiladha Akan Dimuktamadkan

Beliau berkata, SOP untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini juga akan dimuktamadkan dan diumumkan Isnin ini.

IKLAN

SOP PKPP Diperketatkan Semula. SOP Hari Raya Aidiladha Akan Diumumkan Isnin Ini

Ismail Sabri berkata, susulan beberapa kluster baharu dikesan membabitkan kru kapal, SOP berkaitan kumpulan terbabit akan turut diteliti.

“Polis akan memantau pematuhan SOP ketika sambutan Aidiladha sama seperti pada Aidilfitri lepas. Jika berlaku pelanggaran SOP, tangkapan dan tindakan dibuat terus di lapangan,” katanya.

SOP PKPP Diperketatkan Semula. SOP Hari Raya Aidiladha Akan Diumumkan Isnin Ini

IKLAN

Mengenai keperluan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri akan membincangkan perkara tersebut dalam sehari dua ini.

“Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, insya-Allah akan umum Isnin nanti,” katanya. – Bernama

Kredit Gambar: Sinar Harian & Selangorkini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI