Seminggu selepas kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, pasangan ini telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka di media sosial.
Anak kedua ini juga adik kepada kanak-kanak yang pernah diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Kecomelan Dhuhaa Sophea dengan matanya yang bulat, sama seperti anak patung!
Melalui posting terbaru dimuat turun oleh Siti Safuraa dia telah memperkenalkan adik Sophea yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Amiraa yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat pada waktu Subuh dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Menurut Safuraa, sebagai ibu dia harapkan yang baik-baik sahaja untuk bayinya ini dan dapat membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekertinya serta sentiasa dalam jagaan Allah.
Ads
Selepas mendedahkan gambar Amiraa, pengikut ibu dan kakaknya memberikan ucapan tahniah. Ramai yang tertunggu-tunggu adakah Amiraa juga akan menjadi viral seperti kakaknya.
Ads
Sebelum ini kelahiran Sophea menjadi viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia kerana ibunya berasal dari Terengganu dan bapanya warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sophea sering menjadi perhatian kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis.
Sumber: Ig ctsafuraa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila seseorang wanita selamat melahirkan, antara masalah yang biasa dialami ialah kenaikan berat badan. Hal yang sama turut dialami oleh pelakon terkenal Lisa Surihani.
Terkini, dia tampil lebih ramping daripada sebelumnya selepas selamat melahirkan anak keduanya, Yusof Leonne. Lisa kelihatan seperti anak dara, sedangkan tubuhnya berisi selepas bersalin tujuh bulan yang lalu.
Ekoran daripada muat naik gambar-gambar terkini di dalam Instagram miliknya, ramai pengikut memohon Lisa berkongsi rahsia kelihatan langsing yang telah diamalkannya itu. Lisa pula tidak lokek dan memberi tip-tip yang menurutnya memberi kesan buat dirinya tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Walau bagaimanapun, tidak salah jika yang lain mencuba tip yang sama.
Terdapat empat tip yang diamalkan oleh Lisa untuk mengurangkan berat badannya.
Kebiasaannya umum menggunakan beras biasa. Namun dalam berusaha untuk mengurangkan berat badan, Lisa memilih untuk menggunakan beras herba ponni yang lebih tinggi kandungan serat. Walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit, ia mampu membuatkan anda berasa kenyang.
Seperti yang diketahui ramai, gula adalah salah satu bahan yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan jika diambil secara berlebihan. Untuk itu, Lisa seboleh mungkin mengurangkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman hariannya.
Kaedah ini merupakan cara berdiet yang paling mudah dan tidak menyeksakan. Apa yang perlu dilakukan ialah membahagikan masa selama 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk makan. Cara amalan ini bergantung kepada individu.
Anda boleh menggunakan waktu malam untuk mula berpuasa. Contohnya bermula daripada jam 8 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya. Manakala 8 jam selebihnya anda boleh makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit dan terkawal. Dalam masa yang sama, anda perlu minum lebih banyak air kosong dan sebaik-baiknya elakkan minuman mahupun makanan yang manis.
Anda tidak perlu melakukan senaman yang berat. Boleh lakukan apa sahaja jenis senaman asalkan badan sentiasa fit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diibaratkan hadiah yang penuh bermakna instafamous, Dr Say Shazril akhirnya menyambut kelahiran bayi lelaki pada 5 Mei 2019.
Sebelum ini Dr Say pernah berkongsi mengenai masalah kesuburan & usahanya untuk mendapatkan zuriat dengan mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat, mengamalkan pemakanan lebih sihat, mengurangkan pemakaian pakaian dalam di rumah dan mengambil suplemen kesuburan isterinya membuahkan hasil apabila isterinya, Dr Azura Abas akhirnya hamil.
Perkongsian yang menjadi tular itu memberikan semangat kepada pasangan yang berusaha hamil untuk terus meningkatkan tahap kesihatan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
SEBELUM INI ALAMI PENDARAHAN, URI LEKANG & PANGKAL RAHIM MEMENDEK
Sebelum ini, Dr Say juga turut berkongsi yang isterinya mengalami komplikasi pendarahan. Pendarahan yang berlaku sejak dari kandungan 27 minggu mujurlah ditangani dari awal. Ia adalah berpunca daripada masalah uri lekang yang ringan (mild abruptio placentae) dan pangkal rahim memendek bawah 2.5cm yang boleh mendedahkan 20% kelahiran pramatang.
Berita gembira kelahiran bayinya pada usia ini dikongsikan Dr Say menerusi Instagram.
“Alhamdulillah, I Am Now A Father
‘POP’, AIR KETUBAN PECAH
“Mase gi ANC semalam, pakar sakit puan sy btau baby akan keluar Kamis atau Jumaat ni. Sy pun ok lah, maka sy gi shooting iklan arini thinking everything is gonna be fine. Sejam lepas sy sampai location shooting, bini call ckp “ubby td i buang air pastu i dgr bunyi “Pop” pastu kaki i basah”.
DR SAY BERADA DI LOKASI PENGGAMBARAN
Air ketuban bini pecah, shooting about to start, sy watak utama maka xleh nk ciao. Sy tenangkan diri sb berdasarkan pengalaman kedoktoran, salu 1st baby akan keluar lmbt. Tp hati masih resah & nasib baik bini ade kt umah mak die, maka mak mertua & adik bradik ipar saya bawak bini ke hospital.
DENYUTAN JANTUNG BAYI LEMAH, KENA CAESAR
“Tiba2 bini call balik, kali ni die cakap “ubby CTG baby ade deceleration deep gile (denyutan jantung baby lemah) & mcm nk kne push tuk cesar” terduduk sy dibuatnye bang. Kali ni mmg sy xsimpan, sy btau director yg “i gotta go”. Memandangkan part sy nk habis, kami proceed lelaju & trus sy pecut ke hospital.
JANTUNG LEMAH (FETAL DISTRESS), TALI PUSAT KETAT DI SEKELILING LEHER
“Sesampainya di hospital, bini masih dlm operation theater maka sy masuk je ke OT ingin bertanye status bini. Muncul pakar sakit puan sy menerangkan sgale ape yg berlaku. Rupe2ny denyutan jantung baby jd lemah disebabkan tali pusat teramat ketat di sekeliling lehernya. Nasib baik bini akur tuk cesar secepat mungkin cz jika dibiarkan, xtau ape yg akan terjadi kpd baby kami.
SYUKUR AKHIRNYA BERGELAR DADDY
“Alhamdulillah 1.19pm 5.5.19 bini sy selamat melahirkan our 1st baby boy seberat 3.3kg. No words can describe how im feeling right now peeps. We are so blessed & so lucky with this miraculous gift from Ilahi. Thank u sooo much for all of ur warm wishes & du’a peeps. I am now a DADDY!
Dr Say turut berkongsi mengenai kelahiran bayinya ini melalui Instastory. Beberapa kemaskini Instastorry sempat dirakamkan Pa&Ma.
“I wanna be there when the baby comes out tapi shooting is about to start…”
“Bayi berjaya dikeluarkan, misi ulang kali sebut ‘nice nose‘. Ikut daddy lah kut”
Ibu bapanya menjadi pelawat pertama.
FOLLOWER TERUJA UCAP TAHNIAH
Para follower memberikan ucapan tahniah kepada doktor selebriti ini dan mendoakan agar ibu dan anak sihat.
@sitirohayamohsin Tahniah Dr. Same case macam kes anak sulung saya..berat baby pun lebih kurang sama ?
@ronellaeo_selangor Congratulations doc and wife. Selamat berpantang untuk wife dan welcome to parenthood journey
@nisabatrisya27 Alhamdulilah, tahniah doc n wife. Welcome baby boy ? @say_shazril
@rroslita Congratulations dear. I know how you feel. I have 5 babies and I love every single experience of becoming a mom over again. Salam to your wife. Ramadhan Kareem
@wawadanishh Alhamdulillah congrates for both of u.. Im happy for u…Bby ramadhan membawa keberkatan…
@hiszul_hisyam Alhamdulillah doc @say_shazril tahniah moga sgalanya dipermudahkan..amiin…slm ramadhan jugak?..baby nk puasa jugak tuuu tu sebab nk keluar awal..kihkihkih
Kalau awak seorang isteri dan ibu, mesti faham perasaan ni. Kerja di pejabat belum habis, balik rumah sambung pula kerja rumah yang tak pernah surut. Kadang-kadang kita tarik nafas panjang, kadang-kadang sampai mengeluh penat. Semua nak kena jaga — suami, anak-anak dan rumah. Boleh dikatakan, semua atas bahu kita.
Penat Bukan Sebab Kita Lemah Beban kerja memang berat. Tapi itu bukan bermakna kita lemah. Kita cuma manusia biasa yang ada batas tenaga dan emosi. Ada masa kita lari sekejap, recharge diri — pergi spa, berurut, short vacation, atau keluar lepak dengan kawan.
Sebenarnya dalam Islam, Allah dah bagi kita satu “penawar rahsia” yang sangat power untuk tenangkan hati dan ringankan badan.
Zikir Fatimah, Hadiah Istimewa dari Rasulullah Dulu, Saidatina Fatimah r.a, puteri Rasulullah s.a.w sendiri pun rasa penat uruskan kerja rumah. Sampai tangan pun sakit sebab terlalu banyak buat kerja. Bila dia minta bantuan dari Rasulullah s.a.w, Baginda tak bagi pembantu, tapi ajar sesuatu yang lagi hebat — Zikir Fatimah.
Sebelum tidur, bacalah:
Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w kata amalan ni lebih baik daripada seorang pembantu!
Ajar Anak-Anak, Tenangkan Jiwa Sama-Sama Bestnya, kita boleh buat zikir ni bersama anak-anak sebelum tidur. Kumpulkan mereka, baca Zikir Fatimah sama-sama, tambah lagi baca 3 Qul dan Ayat Kursi. Jangan lupa, minta maaf dan bersalaman — lelapkan mata dengan hati yang ringan dan penuh kasih sayang.
Penat Tu Normal, Tapi Jangan Biarkan Hati Kusut Ya, jadi ibu memang tak mudah. Tapi daripada kita simpan stres dan marah-marah, lebih baik kita isi jiwa dengan zikir. Bila hati tenang, kerja rumah terasa lebih ringan. Kita bukan ibu yang sempurna, tapi kita boleh jadi ibu yang tenang — dan itu lebih bermakna untuk keluarga kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!