Seminggu selepas kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, pasangan ini telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka di media sosial.
Anak kedua ini juga adik kepada kanak-kanak yang pernah diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Kecomelan Dhuhaa Sophea dengan matanya yang bulat, sama seperti anak patung!
Melalui posting terbaru dimuat turun oleh Siti Safuraa dia telah memperkenalkan adik Sophea yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Amiraa yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat pada waktu Subuh dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Menurut Safuraa, sebagai ibu dia harapkan yang baik-baik sahaja untuk bayinya ini dan dapat membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekertinya serta sentiasa dalam jagaan Allah.
Ads
Selepas mendedahkan gambar Amiraa, pengikut ibu dan kakaknya memberikan ucapan tahniah. Ramai yang tertunggu-tunggu adakah Amiraa juga akan menjadi viral seperti kakaknya.
Ads
Sebelum ini kelahiran Sophea menjadi viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia kerana ibunya berasal dari Terengganu dan bapanya warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini kita sedia maklum sudah ada sedikit kelonggaran untuk keluar rumah, namun kerajaan masih menyarankan agar rakyat kekal berada di rumah jika tidak perlu keluar.
Akur dengan PKPB yang dilaksanakan, Hafiz Suip meraikan hari jadi isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah serta ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada hari yang sama beberapa hari lalu hanya di hadapan kediaman mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun isteri dan perkahwinan mereka untuk tatapan umum.
“Saya nak mengucapkan selamat hari jadi dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada ratu hati saya, @nureffyj.
“Terima kasih kerana memahami, menyayangi dan sudi bersama mengharungi suka duka kehidupan dari pertama kita jumpa sampai sekarang.
“Saya doakan awak semoga awak menjadi isteri yang solehah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga hubungan kita akan berkekalan hingga ke Jannah,” tulis Hafiz sebagai kapsyen.
Malah, meraikan dua hari istimewa ini yang jatuh di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka sekeluarga hanya mengadakan sambutan di hadapan rumah sahaja.
“Kita celebrate depan rumah pun okay. Adik tidur, abang merajuk nak air merah aduhh! Lagi sekali, happy birthday my love,” ucap Hafiz lagi.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Happy birthday Fifi dan selamat ulang tahun perkahwinan buat Hafiz dan Fifi. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,” tulis seorang wargamaya.
“Comel je dah ada dua anak. Selamat menyambut ulang tahun buat Fifi dan Hafiz,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah guys! Happy anniberseri-seri!” kata seorang wargamaya lagi.
Untuk rekod, Hafiz dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri, 3, dan Alkaf Zayne yang baru berusia dua bulan.
Tahniah buat Hafiz Suip dan isteri atas sambutan hari ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina terus bahagia dengan kehadiran anak-anak. Semoga bahagia sampai syurga!
Ramai ibu bapa terkejut apabila anak kecil mereka mengalami ekzema sejak bayi, sedangkan mereka merasakan penjagaan sudah dilakukan sebaik mungkin. Hakikatnya, anak kena ekzema bukan sekadar masalah kulit biasa. Ia boleh menjadi petanda awal kepada satu keadaan genetik yang dikenali sebagai Atopic March atau Langkah Atopik.
Jadi, jangan pelik sekiranya ibu mempunyai asma dan ayah pula ada masalah resdung, kemudian anak pula mengalami ekzema. Berdasarkan perkongsian Public Health Malaysia, keadaan ini bukan berpunca daripada “terkenan” atau kesilapan pemakanan ketika mengandung, sebaliknya melibatkan faktor genetik dan sistem imun.
Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa ekzema, asma (lelah) dan resdung (allergic rhinitis) sebenarnya berada dalam satu kumpulan penyakit yang sama, iaitu penyakit atopik. Ketiga-tiganya sering digelar sebagai “tiga beradik” kerana berkongsi punca yang sama.
Punca utama kepada keadaan ini ialah sistem imun yang terlalu sensitif terhadap persekitaran seperti habuk, alergen, perubahan cuaca dan jangkitan virus. Sensitiviti ini pula boleh diwarisi secara genetik daripada ibu bapa. Sebab itu, apabila mak asma dan ayah resdung, risiko anak kena ekzema menjadi lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Atopic March merujuk kepada perkembangan penyakit atopik yang berlaku secara berperingkat mengikut usia. Ia tidak berlaku serentak, tetapi “bergerak” dari satu organ ke organ lain seiring dengan tumbesaran anak.
Fenomena ini penting untuk difahami supaya ibu bapa boleh mengambil langkah pencegahan lebih awal dan tidak hanya merawat simptom semata-mata.
Pada peringkat awal, bayi mula menunjukkan tanda-tanda seperti kulit kering, kemerahan dan gatal. Ini menandakan benteng pertahanan kulit atau skin barrier anak lemah. Keadaan inilah yang menyebabkan anak kena ekzema.
Ekzema ini sebenarnya menjadi “pintu masuk” kepada alergen dan kuman dari persekitaran, sekali gus mencetuskan tindak balas imun yang berlebihan.
Apabila ekzema mula berkurang, masalah atopik boleh “naik” ke bahagian hidung. Anak mungkin kerap bersin pada waktu pagi, hidung tersumbat, gatal atau berair. Inilah fasa resdung atau allergic rhinitis.
Pada peringkat ini, ramai ibu bapa menyangka anak hanya selesema biasa, sedangkan ia sebenarnya berkait rapat dengan sejarah ekzema sebelum ini.
Fasa terakhir Atopic March melibatkan paru-paru. Anak mungkin mula mengalami batuk pada waktu malam, nafas berbunyi atau sesak dada, dan ada yang memerlukan penggunaan inhaler. Ini adalah fasa asma.
Walaupun tidak semua anak kena ekzema akan menghidap asma, kajian menunjukkan risikonya jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak tanpa sejarah ekzema.
Kunci utama dalam mencegah Atopic March daripada menjadi lebih teruk ialah dengan “mengawal pintu masuk”, iaitu kulit anak. Kulit merupakan benteng pertama sistem imun.
Kajian mendapati bahawa jika ekzema bayi dikawal dengan baik sejak awal, terutamanya melalui penggunaan pelembab secara konsisten, benteng kulit dapat diperkuatkan. Ini membantu mengurangkan risiko alergen menembusi kulit dan mencetuskan rantaian Atopic March.
Kesimpulannya, jika mak asma dan ayah resdung, jangan terkejut jika anak kena ekzema. Yang penting, ibu bapa peka, bertindak awal dan konsisten dalam penjagaan kulit anak demi mencegah komplikasi di masa hadapan.
Sumber: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah menjadi seorang ibu, sisi keibuan penyanyi nombor 1 negara ini terus menyerlah. Kelahiran Aafiyah menceriakan lagi kehidupan, setelah sekian lama dinantikan.
Apa sahaja tentang anak akan membuatkan ibu berasa amat bahagia, walau pun hanya melihatnya sedang tidur. Setiap detik terindah akan sentiasa diingati sepanjang pembesarannya.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam memuatnaik gambar dirinya yang sedang ‘ralit’ memerhatikan sesuatu. Foto dia yang sedang memakai telekung sembahyang disertakan dengan kapsyen seperti berikut;
ctdkRalit dok tengok apatu? Ce tengok gambaq kedua.. OK.. salam Asaq..
Gambar kedua pula memaparkan dirinya yang sedang memerhatikan Siti Aafiyah sedang lena tidur. Comel sangat gelagat ibu dan anak ini!
Netizen melihat artis kesayangan mereka teruja dengan kehadiran anak selepas 11 tahun berusaha untuk hamil dan mengalami keguguran. Bagi insan yang bergelar ibu, memang faham sangat bagaimana perasaan ibu yang boleh merasa sangat tenang tatkala melihat anaknya sedang tidur.
PERASAAN SYUKUR DARI RAUT WAJAH
MEMANG TIDAK AKAN JEMU MELIHAT BAYI YANG SEDANG MEMBESAR
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.