Tengok pelbagai resipi yang sedap boleh kecur air liur. Kadang yang jarang masak sebelum ini pun dah boleh masak dengan baik. Kira ada hikmahnya juga dalam keadaan sekarang ni.
Dari hidangan utama hinggalah kepada pencuci mulut, golongan ibu dah mula pandai menunjukkan skil. Bila satu keluarga makan dan siap bertambah itu lagi buat ibu rasa seronok nak masak.
RESIPI MENARIK [Resipi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup Viral Sampai 58k Share! Simple Je]
Seperti perkongsian oleh Irene Raihan, resepi Sotong Kukus Limau ini boleh jadi pembuka selera untuk makan dengan nasi panas-panas.
RESEPI SOTONG KUKUS LIMAU
Bahan-bahan yang perlu ada
– Sotong
– Cabai melaka merah, hijau
– Sos ikan
– Limau nipis
– Gula
– Bawang putih
– Daun pudina
– Lengkuas dan serai
CARA-CARA MEMASAK
1.Mula mula cuci sotong bersih-bersih
2.Potong sotong seperti dalam gambar tapi jangan sampai putus.
3.Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar, sedikit bawang putih. Letak atas sotong.
4.Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.
CARA-CARA MEMBUAT SOS
1. Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong, kacau hingga hancur.
RESIPI WAJIB CUBA [Bukan Koci Tapi Kuih Permata Zamrud, Sedapnya Berlemak, Nak Buat Pun Senang!]
2. Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis nipis dan letak atas.
Itu dia resepi yang mudah dan ringkas untuk dimasak. Sesuai buat menu makan tengah hari anda! Selamat mencuba!
Sumber : Irene Raihan