Bila kita terlalu sibuk dengan urusan lain, ada masanya kita terlupa rupa-rupanya kita kurang masa dengan anak. Ketika mereka perlukan perhatian, kita tak dapat beri sepenuh komitmen kepada anak. Waktu itu, kita dahulukan perkara lain yang dirasakan lebih penting dari sedikit masa untuk bersama mereka.

Bukan tak sayang, tapi susah rasanya untuk kita mencipta masa dan ruang supaya dapat dihabiskan bersama anak-anak. Sibuk sentiasa, sampai masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada. Begitulah perumpamaannya, betapa sibuk kita menguruskan kehidupan seharian.

Baca Juga:

Tak Sangka Boleh Ajar Anak Guna Mainan Rosak, Speech Therapist Ini Kongsi Caranya

Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!

Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’

‘Special Time’ Dengan Anak, Buat Dia Rasa Disayangi. Doktor Kongsi Apa Patut Buat
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi

Bercakap tentang masa dengan anak, Dr. Redza Zainol ada berkongsi tentang hal ini di laman Facebook;

Ads

“Papa, can I play with you?”
Anak bongsu datang sambil peluk saya dari belakang. Saya pula tengah ajar anak sulung mengaji.

“I can play with you after I finish teaching abang. Can Anas wait?”
Panjang muncung mulut anak saya. Kesian juga. Lepas tu, ada lagi perkara yang nak diuruskan untuk anak-anak yang lain.

Dah sampai lewat malam barulah saya boleh pergi main dengan dia. Tapi dia pun dah mengantuk dan minta nak tidur.

Malam tu saya tanya pada isteri saya,
“Macam mana awak boleh selit masa untuk bermain dengan anak?”

Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa. Tapi dia pula akan “Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.

Ads

Aduh, macam ada batu besar jatuh atas kepala.
Barulah saya faham beza “If I have time, I will play” dengan “I will make time to play”.

Ya Allah, dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Tambahan, saya kerap berada di tempat kerja. Memang kurang masa nak bersama dengan anak. Tau-tau je anak dah besar. Dia cerita lagi yang dia panggil ni sebagai “Special Time” bersama anak.

‘Special Time’ Dengan Anak, Buat Dia Rasa Disayangi. Doktor Kongsi Apa Patut Buat
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi

Syarat-syarat “Special Time” ni ialah :
✅ Kita cuma perlu luang minima 15 minit saja sehari untuk “Special Time” dengan anak.
✅ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✅ Masa ni kita luang hanya untuk diri kita dan anak.
✅ Aktiviti pula biarlah ditentukan oleh anak.

Semasa Special Time, tugas mak ayah ialah fokus pada 5 perkara ni. Jom saya kongsikan:

1) Pujian
Contoh :
“Papa suka tengok kakak main anak patung tu, kakak jaga elok-elok ye”.
Anak terus tahu yang kita sedang perhatikan mereka dan anak dapat rasa diri mereka dihargai bila mereka bermain dengan elok.

Ads

2) Beri respon segera
Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa”, kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.
Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.

3) Ajuk perlakuan anak
Bila anak mula susun blok, mak ayah pun boleh bina blok binaan sendiri.
Anak-anak akan tahu kita tengah beri perhatian.

4) Perhati dan huraikan perbuatan anak.
Contoh:
“Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”

5) Bersemangat
Penting ni, mak ayah jangan lemau pula.
Contoh :
“Wow! Cantiknya abang mewarna! Ibu sukalah mewarna dengan abang!”

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai mak ayah boleh luang masa berkualiti dengan anak. Moga lagi ramai mak ayah yang rapat dengan anak.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI