Penyanyi, Dr. Fitri Haris mengumumkan berita gembira atas kehamilan isterinya baru-baru ini. Dalam pada itu, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini turut luahkan rasa syukur yang tidak terhingganya kepada rezeki pemberian Allah SWT ini.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi instagram miliknya, Fitri turut memuat naik video kejutan yang dilakukan isteri ketika memberitahu mengenai kehamilan itu.
“Speechless! Alhamdulillah ya Allah! Tak sangka…
“Kalau sakit jantung mahu tercabut.
“Terima kasih atas doa dan mohon doa dari semua. Alhamdulilah! Alhamdulillah!” tulisnya ringkas.
Tahniah diucapkan kepada Dr Fitri dan isteri. Kehamilan yang begitu dinantikan pasangan ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen pula, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas khabar gembira itu. Tidak kurang juga pengikut-pengikut Dr Fitri yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Khabarnya, sekitar Januari lalu, hasrat Fitri untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya tidak kesampaian setelah mengalami keguguran pada awal tahun lalu. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan serta dilindungi Allah SWT hendaknya.
Terdahulu, Dr. Fitri Haris mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Fazilah Omar pada Disember tahun lalu.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ujian Kehamilan Positif Tapi Tidak Hamil? Ini 7 Puncanya!
Kenapa bila tengok gambar pregnant test positif tetapi tidak mengandung pun, ya? Jom fahami punca mengapa keadaan itu terjadi dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Gambar pregnant test positif tapi tidak hamil, kenapa ya?
Apabila melakukan ujian kehamilan (UPT) dan mendapat keputusan positif palsu, ia boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan – khususnya buat mereka yang mengalami kesukaran untuk hamil atau sedang merancang kehamilan.
Harapan yang menggunung apabila melihat tanda positif boleh hancur berderai jika mengetahui ia adalah keputusan positif palsu. Pastinya ia boleh menyebabkan wujudnya kekecewaan yang mendalam.
Berita baiknya, pakar menjelaskan situasi untuk mengalami UPT positif palsu adalah jarang untuk terjadi.
Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil
Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:
1. Membiarkan kit ujian terlalu lama
Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.
Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.
2. Tamat tempoh punca gambar pregnant test positif tapi tidak hamil
Sebab kedua paling biasa anda akan mendapat keputusan positif palsu adalah kerana kit ujian kehamilan telah tamat tempoh.
Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.
3. Sedang mengambil ubat kesuburan
Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.
4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran
Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil.
Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.
5. Mengalami kehamilan ektopik
Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.
Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:
- Sakit yang teruk di perut atau pelvis semasa hamil
- Pendarahan faraj
- Pening yang teruk, sakit kepala atau pengsan
- Sakit bahu
- Dorongan untuk buang air besar
- Sebarang gejala lain yang membuat anda berasa bimbang
6. Kehamilan kimia, penyebab gambar pregnant test positif tapi tidak hamil
Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.
Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.
Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:
- Fibroid
- Parut tisu
- Jumlah hormon tertentu yang rendah seperti progesteron
- Kelainan pada bentuk rahim
7. Keadaan perubatan, antara contoh pregnant test positif tetapi tidak mengandung
Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:
- Sista ovari
- Penyakit buah pinggang
- Jangkitan saluran kencing
- Masalah pituitari
Dalam beberapa kes, kanser ovari dan penyakit serius lain
Jika anda mendapat keputusan ujian positif palsu dan telah menolak sebab-sebab lain, berunding dengan profesional perubatan untuk menguji keadaan kesihatan di atas.
Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.
Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat
Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Masa yang betul
Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.
Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif
Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.
Ulangi ujian kehamilan
Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.
Tetapi anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan dan jika hasilnya masih positif!
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Recycle Baju Dalam Lama Untuk Dipakai Waktu Hamil. Tak Sesuai!
Semasa hamil, payudara ibu akan membesar seiring dengan usia kandungan. Coli lama ketika dipakai sebelum mengandung mungkin sudah tidak sesuai dan mulai ketat kerana ukur lilit dada ibu ketika hamil akan berubah. Ibu perlu bijak mencari coli yang sesuai sewaktu hamil dan mengandung bukanlah alasan untuk tidak memakai coli. Pemilihan coli yang elok sangat penting untuk mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin dan menyusukan bayi.
Coli ketika hamil dan menyusukan sangat berbeza dengan coli biasa. Dari segi bentuk, jenis material dan rekaannya juga tidak sama kerana ia dibuat khas untuk keselesaan ibu mengandung. Kalau dahulu, mungkin rekaannya kurang menarik, tetapi sudah banyak pilihan coli hamil dan menyusu yang cantik-cantik sekarang. Coli untuk wanita hamil dan menyusu lebih mudah dilaraskan mengikut kesesuaian payudara. Pada usia kehamilan 20 minggu, sangat sesuai untuk ibu menukar coli mereka.
Sekiranya anda sedang hamil dan sedang mencari coli yang sesuai, pastikan anda memfokuskan ciri-ciri ini untuk keselesaan:
- Sesuai dengan saiz
Beli coli di kedai yang mempunyai jurujual bertauliah yang dapat membuat ukuran tepat payudara anda. Ini bagi memastikan coli yang dibeli sesuai dan muat pada payudara. Setelah mencuba, gerakkan badan dan angkat lengan. Biarkan seketika supaya anda dapat mengenal pasti jika anda tekanan atau lebihan ruang pada coli berkenaan. Ciri ini sangat penting supaya coli tersebut dapat menyokong payudara dengan baik sepanjang tempoh kehamilan.
- Boleh laras
Dapatkan coli yang boleh dilaraskan. Selain saiz cup yang berubah dan perut yang membesar, postur tubuh mungkin akan ‘lari’ sedikit. Sepanjang kehamilan, anda mungkin perlu melaraskan tali payudara mengikut keselesaan.
- Fabrik
Pilihlah coli yang diperbuat daripada material kapas. Fabrik ini dapat meresap peluh dan ringan, jadi payudara akan terasa selesa. Elakkan membeli coli yang mempunyai renda atau jenis sintetik kerana ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
- Sokongan maksimum
Ketika hamil, carilah coli dengan sokongan yang baik. Payudara perlu ditampung sepenuhnya dan dilindungi untuk keselesaan maksimum.
- Tiada wayar
Payudara memerlukan sokongan, tetapi ketika hamil elakkan penggunaan bra berwayar. Coli dengan wayar boleh menekan payudara dan menyebabkan ketidakselesaan.
- Pilihlah XIXILI PANSY NURSING BRA!
Coli ini memenuhi setiap ciri yang perlu dititikberatkan ketika memilih bra hamil. Ia diperbuat daripada fabrik jahitan kait ultra lembut serta elastik yang menjamin keselesaan si ibu. Selain itu, ia juga tidak mempunya wayar dan didatangkan dengan underband yang lebar dan tidak mudah terlipat. Lebih menarik lagi, coli XIXILI Pansy Nursing Bra ini juga mempunyai kain mesh pada bahagian tengah coli untuk memberi keselesaan bernafas. Bukan sahaja boleh digunakan ketika hamil, coli ini juga boleh digunakan ketika menyusukan bayi kerana mempunyai klip mudah laras bagi memudahkan proses penyusuan.
Jika rasa tidak selesa mengenakan coli dengan pad, jangan risau. Pad pada coli XIXILI Pansy Nursing Bra ini boleh dikeluarkan mengikut keselesaan si ibu. Ukur lilit tubuh yang mungkin berubah sepanjang tempoh kehamilan bukan masalah. Coli ini turut didatangkan dengan cangkuk tiga baris untuk menampung perubahan saiz payudara. Rekaan belakangnya berbentuk U untuk memberi sokongan padu pada payudara.
Coli ini boleh dibeli bersama seluar dalam khas ibu hamil Pansy Nursing Panty. Ia mempunyai efek regangan yang lembut untuk melindungi perut yang semakin membesar. Satu lagi kelebihan seluar dalam ini adalah ia jahitan tanpa kelim yang membalut 360 darjah dengan perlindungan perut 3D.
Sempena pelancaran Pansy Nursing Bra, XIXILI menawarkan promosi istimewa untuk masa terhad. Mama boleh dapatkan 2 helai Pansy Nursing Bra dengan harga RM150.00 (harga asal RM109.90/sehelai) sahaja! Untuk Mama yang berminat untuk mendapatkan koleksi Pansy ini, klik XIXILI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kali Keguguran, Kali Ke-6 Hadiah Hari Jadi Suami Tapi Akhirnya Anak Meninggal Atas Riba
Bukan mudah untuk mendapatkan zuriat. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi demi mendapatkan cahaya mata yang diimpikan.
Ujian demi ujian terpaksa ditangung oleh Puan Hasika semasa kehamilanya. Kerap kali berhadapan dengan keguguran menyebabkan dia fobia dengan keadaan. Namun dia tidak berputus asa demi zuriat. Ikuti perkongsian dan pengorbanan ibu ini.
Hai semua para ibu dan bakal ibu…hari ni ika nak cerita tentang kisah ika dalam menjadi ibu
Tahun 2007
Selepas 2 bulan berkahwin, Ika dikurniakan zuriat sulung. Anak sulung ika lahir pada Mac 2008 masa kandungan 38week. Baby 3kg dan bersalin normal.
Tahun 2010
Lahir zuriat kedua Ika iaitu pada usia kandungan 36week. Baby seberat 2.6kg dan bersalin normal.
Tahun 2014
Ika dikurniakan lagi rezeki untuk hamil. Ika selamat melahirkan zuriat ketiga pada usia kandungan 30week secara normal, berat baby 1.78kg. Tapi baby survive dengan ventilator di NICU selama 2 bulan.
Tahun 2015
Pada bulan 1, Ika disahkan mengandung luar Rahim, masa tu sakit sangat! tiub fallopio dah pecah di zon merah dan terpaksa emergncy czer dan buang tiub sebelah kiri.
Pada bulan 4, tahun yang sama ika disahkan pregnant lagi, tapi time tu cyst pecah dan terpaksa buat laparoscop untuk cuci cyst yang pecah sebesar 2cm.
Bulan 8 tahun yang sama, air ketuban Ika pecah, tapi jalan tak buka, asyik 1cm. Baby hampir lemas dan terpaksa emergncy czer pada usia kandungan 29week. Baby on ventilantor seberat 710gm. Baby tak dapat bertahan dan hanya hidup 3 hari sahaja.
Tahun 2016
Sekali lagi Ika mengalami keguguran.
Tahun 2017
Ika disahkan mengandung anak kembar pada awal tahun tapi Ika masih taka da rezeki sebab sekali lagi Ika mengalami keguguran.
Tahun 2018
Ika disahkan mengandung lagi. Seronok sangat takt ahu nak cakap macam mana. Tapi dalam masa yang sama Ika masih fobia sebab takut kandungan Ektopik dan takut kalua keguguran lagi. Bila pergi scan, Alhamdulillah semua okay.
Tahun 2019
Pada bulan 4, Ika tiba-tiba pening dan sakit kepala dan jadi hilang ingatan. Ika terus tak sedarkan diri. Ika duduk di ICU selama 2 hari dan BP tinggi, esoknya scan MRI Ika disahkan pecah pembuluh darah dalam kepala tapi doktor sempat stopkan pendarahan.
Darah Beku Dalam Kepala
Ada darah beku dalam kepala sebelah kanan. Ika di admit selama 2 minggu. Selepas semuanya ok, ika dibenarkan pulang tapi doktor siap tulis surat merah “highrisk discharge”
Ika kena selalu jumpa pakar untuk check perut. Pada bulan 6, Ika kena jumpa pakar, terus rasa tak sedap hati ,rasa gelisah nak jumpa pakar.
Esoknya jumpa pakar tiba-tiba bp high 197/155, Ika kena admit CMR selama 3 hari. Masa admit CMR, peliknya sampai berjenis-jenis ubat doktor bagi tapi bp tak juga stabil.
Kontraksi tiba-tiba datang
Hari ketiga bp Ika turun sedikit. Ika boleh admit di wad biasa dan dengan harapan esok boleh balik ke rumah. Malam tu tiba-tiba ada contractions, ingatkan sembelit. Ika cuba cakap dekat baby, “Baby, mama letih, tidur ye sayang” Nasib boleh tidur dan esok pagi pukul 7 turun lender darah.
Emergency Czer
Contractions pun bermula makin kerap. Doc datang dan terus ambil keputusan untuk emergncy czer. Ika terkjut sebab baru 27week 4days.
Sebelum nak czer tu doc panggil husband, doc cakap wife terpaksa bius penuh sebab bp pun naik blik dan dia ada darah beku kat kepala. Doc mintak sign dan andai lepas czer ika xsdr dia trpksa observe ke icu.
Alhmdulilah slpas czer ika sdr, bby berat 970gm, tpi ika msuk ke cmr. Selpas tu tnya bby, suami ckp bby shat n trpka pkai ventilor. Rasa best sgt, itula hdiah birthday untk suami Ika. Dia lahir sma trikh dgn ayahnya 14/6.
Nadi Anak Terhenti
Malamnya Ika admit wad biasa, diorang ade mntk ika perahkan susu ,esknya pgi mntk suami bwkkan pam susu ,tiba2 fon wad brbunyi mntk ika sgera ke nicu. Hati dh xsdp, smpai kat sna doc bg thu tdi tiba2 nadi ank awk trhnti, tpi ada blik, tpi sngt lemah.
Anak Ada Pendarahan Paru-Paru
Ika brdoa dan nangis mntk doc tlong slmtkan ank ika, doc bg thu dia prlukan drh, sbb ada pndarahan pru2, tpi doc ckp mata ank dh mula brkembang, doc mntk ika pgg ank, diorang msukkan drh, tpi drh tiba memancut keluar, dan ika usap kpla ank2 tiba2 nadi terhnti!
Anak Akhirnya Pergi Jua
Doc ckp ank awk sudah tiada, suami pn tiba. Anak Ika mnggal ats riba Ika sndri, allahu menangis ni xthu nk ckp…skrg Ika dlm pantang.
Jaga lah Anak Baik-Baik, Anak Anugerah Tak Ternilai
Wahai ibu2 jga la ank baik2,ank adalah anugerah allah yg tidak trnilai…sekian dri kisah ika…klu ada trkurang atau salah hrp dimaafkan…
#perjuanganseorangibu
Sumber: Hasika Fazana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI