Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti menarik disusun buat semua pengunjung. Malah deretan kedai jualan yang terletak di Convention Hall, berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Antara tarikan utama terutama dalam kalangan kanak-kanak adalah Petting Zoo, Rumah Hantu, permainan video AR dan VR, Superkids Face Painting, Zon Doktor Gigi.

Selaku penaja utama Pa&Ma Superkids Fiesta 2019, SSPN juga menyediakan kemudahan kepada ibu bapa untuk terus membuka akaun simpanan anak mereka serta berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah tahunan.

SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak

 

Selain daripada itu pelbagai hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada semua yang membuka akaun simpanan SSPN sepanjang tiga hari pesta berlangsung. Ternyata booth SSPN mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dengan tawaran pembukaan akaun serendah RM20. SSPN juga memeriahkan pesta kali ini dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di pentas utama.

Selain itu SSPN juga turut menjadi penaja pertandingan Himpunan Cita-Cita Pa&Ma yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Seramai 60 orang peserta kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun bergaya dengan pakaian profesion idaman mereka serta mempersembahkan sketsa menarik berdasarkan cita-cita tersebut.

SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak

IKLAN

 

Pertandingan ini bukan hanya mencabar keberanian anak-anak kecil di pentas bahkan mencungkil bakat muda dalam mempamerkan cita-cita yang mereka ingini melalui persembahan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN,

Menariknya kali ini, Pa&Ma menganjurkan tiga acara berbeza khusus untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Ianya berjaya mencungkil bakat kanak-kanak selain daripada majlis ilmu khusus untuk ibu bapa mendidik anak-anak.

SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak

IKLAN

Bahkan di booth Pa&Ma sendiri, telah diadakan jualan lelong Kids Pre-loved yang menjual pelbagai barangan bayi, kanak-kanak dan ibu terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta kerjasama dengan butik Tateh seluruh Lembah Klang. Jumlah kutipan jualan tersebut akan disumbangkan kepada golongan asnaf terpilih kelak.

Seminar Keluarga Talk membuka tirai acara dengan membincangkan topik Ibu Bapa Excellent Anak Genius. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini berjaya memberikan input berguna kepada semua peserta yang terdiri daripada ibu bapa.

SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak

Malah perkongsian penceramah terkenal, Profesor Dr Nik Salida Suhaila, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama moderator selebriti yang juga ibu kepada dua cahayamata, Irma Hasmie mengupas persoalan yang cukup bermanfaat untuk semua peserta. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kupasan demi kupasan yang dikongsikan.

IKLAN

Pertandingan Bakat Pa&Ma Cilik pula menyaksikan 16 peserta akhir mempersembahkan bakat masing-masing di pentas utama. Kesemua peserta menunjukkan bakat nyanyian, lakonan dan tarian, bercerita pada acara berkenaan. Banyak bakat-bakat baru berjaya dicungkil menerusi pertandingan ini.

SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak

Mereka bukan sahaja menunjukkan pelbagai bakat bahkan turut mempamerkan keberanian dan keyakinan diri anak-anak kecil tersebut untuk membuat persembahn di pentas utama.

Bukan itu sahaja malah sepanjang tiga hari ini, pentas utama juga turut diisi dengan pelbagai aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna, VIP Princess Gathering, Superkids Beyblade Battle yang mencatatkan sejarah tersendiri yang pastinya memberi pengalaman bermakna buat anak-anak yang sedang membesar.

 

SSPN Jadi Penaja Bersama Kids Fiesta 2019, Berlangsung Meriah Raikan Kanak-Kanak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI