Usahawan berjaya ini mudah tersentuh dengan kesusahan orang lain disekelilingnya. Tidak hanya membawa kesemua staffnya menunaikan umrah tidak lama dulu, kini Hafiz Mahamad rupanya turut memberikan elaun taska kepada staffnya ebagai tanda prihatin.
Hafiz sebelum ini pernah memaklumkan dia pernah mempunyai hasrat membuka nursery (pusat jagaan kanak-kanak) untuk anak-anak pekerjanya.
Namun suami kepada usahawan berjaya, Syafiqah Aina terpaksa melupakan hasratnya itu selepas memikirkan beberapa perkara.
Kongsi Hafiz menerusi Instagramnya, impian tersebut terpaksa dilupakan selepas mengambil kira risiko-risiko yang sedia ada berbanding kelebihan yang bakal dihadapinya.
“Saya pernah cakap sebelum ini untuk membuka nursery untuk staf saya supaya anak-anak mereka duduk di nursery tu kan, tapi tak jadi nak buka.
“Tapi saya tukarkan kos tu kepada kos elaun untuk staf-staf saya untuk membayar nursery kat luar sana. Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik.
“Sebagai contoh kalau seorang anak sakit, dia akan berjangkit sakit itu dan saya perlu bertanggungjawab. Seorang anak sakit, seorang mak kena bercuti. Jadi kalau 10 anak sakit, 10 staf akan bercuti,” katanya.
Ads
Namun tidak hanya janji kosong semata, bapa kepada dua cahaya mata ini menukar perancangan asalnya dengan memberikan elaun taska bernilai RM350 seorang kepada staffnya. Semuanya bagi meringankan beban perbelanjaan mereka setiap bulan.
Nilai RM350 pada setiap bulan untuk seorang anak sebagai perbelanjaan bagi menghantar ke pusat jagaan kanak-kanak yang lain sudah dikira cukup membantu seorang pekerja. Memang patut dipuji!
”Jadi, saya beri kebebasan kepada staf saya untuk mencari nursery kat luar sana dan saya beri elaun yang boleh meringankan beban mereka.
Ads
“Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar,” ujarnya lagi.
Perkongsian Hafiz itu sudah tentu dipuji malah ramai yang mendoakan agar anak muda ini terus sukses dalam kerjayanya disamping membantu golongan memerlukan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Tak sangka, 10 hadiah hari jadi anak pasangan pelakon aktres Rozita Che Wan dan Zain Saidin dibeli di Up Town sahaja!
Muat naik video durasi 7 minit menunjukkan Zain Saidi membawa anak anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Kelihatan Zain membawa Aaisyah berjalan berdua membeli 10 barang pilihan sempena hari jadi anak kesayangannya.
Antara barang pilihan Aaisyah adalah barang solek, casing telefon, topi dan baju jersey.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
Sumber: Tiktok Zain Saidin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Tipu dan fitnah”, itulah kata-kata tegas yang diluahkan oleh keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, pelajar berusia 13 tahun yang pemergiannya mengundang sebak seluruh negara. Ibu arwah, Noraidah Lamat, bersama seorang lagi waris tampil menafikan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri berhubung isu bedah siasat terhadap anak syurganya itu.
Sebelum ini, Datuk Seri Dr Saifuddin Nasution dalam satu perbahasan di Parlimen mendakwa bahawa ibu Zara telah menolak sebanyak dua kali cadangan untuk menjalankan prosedur bedah siasat. Menurut dakwaan tersebut, ibu arwah dikatakan mahu menyegerakan urusan pengebumian anak tercinta.
Namun, kenyataan itu disangkal keras oleh pihak keluarga. Melalui hantaran di media sosial, waris kedua arwah, Syira Leizel Janice Abdullah, menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar.
“Kenyataan bahawa ibu arwah menolak post-mortem dua kali adalah tidak benar. Saya saksi sendiri bahawa tiada sebarang penerangan diberikan kepada waris, hanya borang ditolak untuk ditandatangani. Malah, IO dan doktor tidak pernah menandatangani di hadapan waris sebagaimana sepatutnya. Maka kenyataan rasmi ini mengelirukan dan cuba menutup ketidakpatuhan prosedur yang berlaku,” jelas Syira.
Bagi keluarga Zara, tuduhan yang tidak tepat hanya menambah kesedihan mereka yang masih berduka. Apa yang diharapkan hanyalah agar arwah dikenang dengan penuh kasih sayang, bukan dijadikan bahan fitnah atau percaturan politik.
Dalam masa yang sama, Jabatan Peguam Negara (AGC) turut mengesahkan bahawa beberapa suspek telah dituduh dalam kes buli membabitkan Zara. Walaupun identiti mereka tidak didedahkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, menegaskan bahawa siasatan tetap diteruskan termasuk prosiding inkues bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kisah ini mengingatkan kita semua betapa besarnya ujian seorang ibu. Kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila berdepan tuduhan yang boleh mengguris hati keluarga. Sebagai masyarakat, marilah kita lebih berhati-hati, tidak cepat menyebarkan cerita yang belum sahih, dan sama-sama mendoakan agar keluarga arwah terus tabah.
Semoga Zara Qairina ditempatkan di kalangan anak syurga, dan semoga ibunya serta keluarga yang ditinggalkan terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam (28/4/2025) suasana di SMK Tinggi Setapak jadi kecoh apabila asrama sekolah tu tiba-tiba terbakar masa waktu solat berjemaah.
Syukur, alhamdulillah, semua pelajar dan warga sekolah berjaya diselamatkan tanpa ada sebarang kecederaan serius.
Solat Isyak berjemaah di surau menyelamatkan kira-kira 90 pelajar daripada terbabit kebakaran di asrama sekolaha berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian kesemua mereka yang berusia antara 13 hingga 17 tahun berada di surau sekolah.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Japari Tajuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.43 malam.
Menurutnya, empat jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Sentul, BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi bersama pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Operasi memadamkan kebakaran yang membabitkan kekuatan 40 anggota segera dijalankan dan api berjaya dikawal pada 9.40 malam,” katanya.
Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian dengan kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 80 peratus.
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang terbabit (cedera) kerana semasa kejadian kesemua pelajar sedang berada di surau,” katanya.
Menurutnya, Unit Forensik JBPM akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan asrama pelajar lelaki di sekolah berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.