Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi bagaimana cara dia dan isteri memupuk minat suka subjek matematik dalam kalangan anak-anak seawal usia bayi lagi.
Dr Sheikh turut berkongsi video anak lelaki kembarnya sedang membuat latih tubi matematik bersama-sama.
Tambah usahawan ini lagi, dia mula mengajar anak-anak matematik sejak lahir menggunakan kaedah yang sesuai dengan usia anak-anak.
“Buat latihan kira-kira”
“Kami mula ajar matematik pada anak-anak sejak lahir lagi dengan menggunakan FlashCards. Sebagai contoh umur 0-3 bulan: Red dots, black & white dan pictures. Ini sesuai untuk bayi.”
“Sama macam kakak-kakak, Adam & Noah perlu selesaikan tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum mula tahun satu. Senang nanti bila start sekolah.”
Bapa kepada enam cahaya mata ini turut berkongsi ‘rahsia’ untuk membuatkan anak sentiasa minat untuk belajar dan tidak cepat bosan dengan subjek matematik ini.
“Teruskan latih mereka buat matematik tahap yang sukar di rumah. Mereka akan jawab mudah je bila nak buat kerja sekolah”
Rata-rata warga maya teruja melihat anak-anak Datuk Dr Sheikh yang sangat aktif membuat latihan matematik tanpa jemu. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi buat kita semua.
Kredit: Dr Sheikh Muszaphar
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI