Sebelum ini Ashraf Muslim ada berkongsi di media sosial tentang dirinya yang disahkan positif Covid-19 dan sehingga kini dia masih dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Memandangkan pada hari Jumaat 24 April umat Islam di Malaysia mula berpuasa, pada malam Khamis suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Subari ini sempat menunaikan solat sunat terawih berjemaah di dalam wad pesakit Covid.

“Stay Strong Ayah, Get Well Soon, I Love You.” Video Ucapan Anak-anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad

Menurut Ashraf Muslim malam itu adalah paling bersejarah dalam hidupnya apabila dia melakukan solat terawih berjemaah di wad pesakit Covid. Namun apa yang lebih mengujakan hatinya apabila mendapat kejutan kiriman video dari isteri-isteri dan anak-anaknya.

Artikel berkaitan: Ashraf Muslim Positif Covid-19. Ungkap Rasa Rindu Pada Isteri & Anak-anak. Mohon Doakan Dirinya Dan Pesakit Lain Sembuh!

“Stay Strong Ayah, Get Well Soon, I Love You.” Video Ucapan Anak-anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad

Ads

Sempat menonton video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. Cukup membuatkan hati ayah kepada 4 orang cahaya mata ini meruntun hati tatkala ucapan ‘I Love You Ayah, “Stay Strong” dan “Get Well Soon Ayah” diungkapkan oleh anak-anaknya.

Dalam kapsyen video tersebut, Ashraf meminta isteri-isteri dan anak-anaknya untuk terus bersabar menunggunya pulang tak lama lagi.

“Stay Strong Ayah, Get Well Soon, I Love You.” Video Ucapan Anak-anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad

“Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM.

Ads

 “Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih…

 “Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message.

“Stay Strong Ayah, Get Well Soon, I Love You.” Video Ucapan Anak-anak Buat Ashraf Muslim Sebak Sambut Ramadan Di Wad

Ads

 “So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad.

 “Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u!,” kongsinya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Malam ini.. adalah malam paling bersejarah dalam hidup AM. Pertama Solat terawikh berjemaah di Wad Pesakit Covid dan kedua dapat surprise video dr mama dan ibu nih… Ni lah nak cerita skit. Lepas solat terawikh kul 10.30 mlm td.. AM nk makan malam yerlah tgh laparlah kn sbb tak mkn ptg td. So.. tgh makan nih tangan kiri pun capai handpone nak tgk message. So bila buka jer dpat video nih.. Allahuakbar.. sambil makan nih, AM tak sedar air mata dah mengalir.. Aduhai.. sedih aaarr.. tak baiklah buat mcm ni.. dah lah ayah kat wad. Makan pun tak habis terus basuh tgn… waaa 😭! Mama ibu dan anak-anak..Sabar yer.. tunggu ayah skit lagi.. insyAllah bila semua dah selesai ayah balik k.. love and miss all of u! . . @ashrafslegacy

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Moga Ashraf Muslim dan pesakit-pesakit lain yang sedang dirawat segera sembuh dan dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.

Sumber: Ashraf Muslim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI