
Ibu-ibu mesti faham, nak buat bubur bayi biasanya akan mengambil masa yang agak lama. Nak masak periuk kecil je, tapi nak tunggu beras betul-betul kembang yang ambil masa lama. Nak-nak kalau waktu pagi ibu bekerja terlewat bangun, lagilah kelam-kabut.
Bukan itu saja, dalam situasi lain pula, jika ibu nak masak untuk hidangan seisi keluarga, urus anak dan sebagainya dalam satu masa mesti akan rasa terkejar-kejar. Jadi bagi memudahkan kerja ibu di dapur, dikongsikan salah satu tip jimatkan masa untuk masak bubur bayi.
Janji anda dah siap frozen awal-awal beras yang nak dimasak. Ini tip dikongsikan Puan Izzah Kassim.
BERAS FROZEN
Cara saya buat beras frozen. Beras frozen sangat-sangat membantu dan menjimatkan masa untuk masak makanan baby. Dalam 15 minit dah siap masak semua.
Saya akan masak setiap hari setiap pagi sebelum pergi kerja.. Masak untuk 2x makan kemudian asingkan dalam 2 bekas.
Ini cara-caranya:
1. Basuh beras bersih-bersih macam biasa.
2. Toskan air
3. Masukkan 1 atau 2 sudu kecil dalam ice tray.
4. Penuhkan ice tray dengan air (saya guna air Cuckoo)
5. Rupa bila dah siap beku.
Saya guna beras frozen.. Nak pakai beras lain pun boleh.
Contoh untuk 2 kali makan (masa usia baby saya 6 bulan). Boleh tambah air dalam secawan untuk bagi semua bahan ‘mesra’ sebelum dikisar sekejap.
Haa mudah dan jimat masa! Lagi satu ibu pun dah boleh buat anggaran banyak mana anak makan dan masak ikut keperluan saja. Tak adalah membazir dan buang saja jika anak tak habis makan.
Kredit: Izzah Kassim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Sebab Mudah Sanggup Bagi Anak Bubur Dalam Botol. Kena Faham Risiko Tersedak Tinggi

Jangan sesekali campurkan nestum atau bubur nasi dalam botol susu bayi. BAHAYA! Memang ada ibu yang nak mudah dan tak mahu anak comot ketika makan tapi kena fikirkan kesannya. Malah ada juga pengasuh yang ambil jalan mudah buat seperti ini.
Kalau tak jadi apa-apa kira bernasib baik, tapi jika berlaku kejadian tak diingini menyesal tak sudah.
Perkongsian dari Pegawai Dietetik, Nur Hafizah Mahamad Sobri ini boleh dijadikan peringatan bersama buat ibu bapa agar jangan ambil mudah mengenai perkara tersebut.
Kecoh satu kes ibu masukkan bubur ke dalam botol dan diberi melalui puting yang telah dipotong.
Sebab Mudah, Tak Mahu Kotor Sanggup Bagi Bubur Dalam Botol. Risiko Tersedak Lebih Tinggi Dan Mungkin
JANGAN TERIKUT YE MOMMIES
Apabila dibaca..kata biarlah ini cara untuk bagi anaknya kenyang dan tidur lena.
Cara ini telah dibuat turun temurun oleh ayahnya kepada adik beradiknya dan semua besar dengan baik.
Mommies zaman dah makin maju, ilmu tentag praktis cara bagi makan anak makin berkembang.
Mengapa saya kata tak boleh?
1. Cara suapan ini meningkat risiko untuk tersedak
– sambil minum sambil bayi akan ambil nafas
Jika cecair seperti susu ibu/susu senang untuk ditelan tetapi bubur sudah tekstur lebih kasar dan mengambil masa untuk telan. Jika tak habis telan bayi nafas akan tingkat risiko untuk makanan masuk dalam peparu??
2. Tiada stimulasi oral langsung!!!
– semasa bagi susu perkembangan motor skills terhad kepada hisap dan telan
Waktu menyuap dengan sudu,kena ambil,kunyah,bergerak lidah dan telan. Nampak ada perkembangan di situ.
3. Confusion / baby keliru
– eh selalu bagi puting maksudnya susu..kali ni ada makanan pulak..
Kalau kena pada menu yang anak tak suka terus tolak botol? Naya mommies nak bagi anak minum susu lagi
4. Puting botol sangat senang kotor.
– bagi susu sepatutnya puting susu ditukar setiap 3 bulan kalau bubur lagi cepat kena tukar..dan makanan senang sgt nak tersumbat..kalau tak basih dengan teliti makanan basi boleh lekat dan menyebabkan anak sakit perut
5. Tatacara pengenalan makanan tidak tersusun
– pergh baru 6 bulan dah terus bagi macam macam..jika ada alergik reaction tak dapat kenalpasti mana dah sumbernya
Ni belum termasuk saya tegur tentang kalori boleh berlebihan .
Mohon mommies untuk tidak menggunakan cara macam ni ye. Jangan target waktu ini nak bagi anak kenyang sahaja. Target kita waktu ini adalah nak memperkenalkan tekstur, kategori makanan lain selain susu dan identify allergy.
Makan 1-3 sudu besar waktu 6-7bulan pun sudah memadai..tak perlu paksa habis satu bekas.
Sumber: Dietitian Fizah Sobri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alahan Susu Formula Pada Bayi, Ketahui Punca, Tanda & Cara Rawatan

Alahan susu formula pada bayi, ketahui punca, tanda dan cara rawatan. Susu formula merupakan alternatif yang biasa digunakan oleh ibu bapa apabila penyusuan badan tidak dapat dilakukan atau jika ibu memilih untuk menggunakan susu formula sebagai sumber nutrisi untuk bayi.
Alahan Susu Formula Pada Bayi, Ketahui Punca, Tanda & Cara Rawatan
Bagaimanapun, ada kalanya bayi mengalami alahan terhadap susu formula, yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.
Punca Alahan Susu Formula
Protein Susu Lembu
Sebahagian besar susu formula dihasilkan daripada protein susu lembu, yang merupakan alergen utama bagi sesetengah bayi. Sistem imun bayi yang alah kepada protein susu lembu menganggap protein ini sebagai ancaman dan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi, menyebabkan reaksi alergi.
Protein Soya
Bagi bayi yang alah kepada susu lembu, susu formula berasaskan soya sering digunakan sebagai alternatif. Namun, ada juga bayi yang mengalami alahan terhadap protein soya. Walaupun lebih jarang, ini boleh menyebabkan gejala alahan yang serupa dengan alahan terhadap susu lembu.
Keturunan
Jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai sejarah alahan, bayi tersebut berisiko lebih tinggi untuk mengalami alahan terhadap susu formula. Genetik memainkan peranan penting dalam perkembangan alahan.
Tanda-tanda Alahan Susu Formula
Bayi yang alah kepada susu formula biasanya akan menunjukkan beberapa tanda-tanda berikut:
Masalah Pencernaan
Bayi mungkin mengalami muntah, cirit-birit, atau perut kembung selepas mengambil susu formula. Kadangkala, najis bayi juga boleh mengandungi darah, menandakan iritasi usus yang serius.
Masalah Kulit
Bayi yang mengalami alahan sering kali menunjukkan tanda-tanda seperti ruam kulit, ekzema, atau gatal-gatal pada badan. Ini biasanya muncul di sekitar muka, leher, atau punggung.
Masalah Pernafasan
Sesetengah bayi yang alah mungkin mengalami kesukaran bernafas, hidung tersumbat, batuk, atau bunyi berdesis semasa bernafas. Ini merupakan tanda-tanda serius yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Tangisan Berterusan
Bayi yang merasa tidak selesa akibat alahan akan menangis secara berterusan, sering kali tanpa sebab yang jelas. Mereka mungkin kelihatan gelisah atau tidak selesa sepanjang masa.
Penyelesaian dan Rawatan
Jika bayi anda disyaki mengalami alahan terhadap susu formula, langkah-langkah berikut boleh diambil:
Berunding dengan Pakar Pediatrik
Langkah pertama adalah mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik. Mereka akan melakukan pemeriksaan dan, jika perlu, mencadangkan ujian alahan untuk mengenal pasti punca sebenar alahan.
Tukar kepada Susu Formula Hipoalergenik
Bagi bayi yang alah kepada protein susu lembu, doktor mungkin mencadangkan susu formula hipoalergenik. Formula ini menggunakan protein yang telah dihidrolisis, menjadikannya lebih mudah diterima oleh bayi yang mempunyai alahan.
Susu Formula Berasaskan Asid Amino
Dalam kes alahan yang lebih teruk, susu formula berasaskan asid amino mungkin disyorkan. Formula ini bebas daripada protein susu lembu dan soya, menjadikannya sesuai untuk bayi yang alah kepada kedua-dua jenis protein.
Penyusuan Badan
Jika masih boleh, ibu bapa boleh kembali kepada penyusuan badan. Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi, dan alahan terhadap susu ibu sangat jarang berlaku. Jika bayi alah kepada makanan yang diambil ibu, ibu boleh mengubah diet mereka untuk membantu mengelakkan alahan pada bayi.
Alahan terhadap susu formula adalah masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi dan kebimbangan kepada ibu bapa. Dengan pengesanan awal dan rawatan yang betul, bayi yang mengalami alahan ini boleh diberikan alternatif yang lebih selamat dan sesuai. Sentiasa berunding dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat terbaik mengenai penjagaan bayi yang mempunyai alahan.
Alahan Protein Susu Lembu
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).
Gejala-gejala CMPA
Kulit:
Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
Paru-paru
Sesak nafas, berdehit.
Usus
Cirit-birit.
Muntah.
Najis berdarah.
Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA
Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami “anaphylaxis shock”. Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.
Rawatan
Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.
Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.
Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.
Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.
Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.
Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Sumber: myhealth.gov.my
Baca artikel lain juga: Bagi Anak Selang Susu Ibu Susu & Susu Formula Punca Anak Sembelit? Ini Penjelasanya
Niat Nak Susukan Anak Hingga 2 Tahun Tanpa Campur Susu Formula, Cara Ni Membantu Ibu!
Tak Mahu Anak Minum Susu Formula, Dr Ezulia Gigih Buat Stok 3 Bulan Sebelum Ke Oversea
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jus Oren Dua Bahan Kurangkan Mual, Muntah & Perut Tak Selesa Sepanjang Hamil

Bagi wanita mengandung yang mempunyai alahan teruk, apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik. Betul tak?
Tak kisahlah selepas makan atau minum kalau yang jenis muntah memang akan fobia. Bila kerap muntah, badan akan menerima kesannya. Bayangkan semua makanan dan apa saja bendalir dalam perut akan dikeluarkan dari dalam badan kita. Sampaikan ada yang muntah kuning sebab dah tak ada benda yang boleh dikeluarkan dari perut.
Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Perkongsian dari Ezan Zulaika mengenai caranya meredakan rasa mual, muntah, perut tak selesa dan berangin ketika mengandung mungkin boleh dicuba oleh ibu yang turut mengalami situasi sama.
Ezan kongsi kepada ibu yang tengah morning sickness tu. Boleh cuba juicing untuk redakan alahan.
Redakan ye bukan hilangkan terus. Sebab alahan ini ada masa datang dan pergi. Kadang hari ini ok esok pula tak ok, jadi tu normal untuk ibu yang mengandung. Kalau tak tahan sangat pergilah hospital.
Pengalaman Ezan sejak kandungan masuk 12 minggu kerap rasa perut tak selesa, dua hari dah minum air suam halia tapi still rasa tak best kat bahagian perut. Berangin sebu kadang rasa nak muntah keluar angin sahaja.
Di sini saya kongsikan cara untuk hilangkan rasa mual dan perut tak selesa ketika mengandung.
Pertama guna buah oren 2 biji, Ezan beli oren yang tiada biji kalau ada biji buang biji buah tu kalau tak pahit nanti.
Gunakan halia muda sedikit, 3 sudu besar gula dan air 1 1/2 cawan..Ezan tak ada slow juicer jadi guna je blender biasa. Kisar sampai halus dan tapis..Kalau tak tapis pun tak apa. Boleh terus letak ais dan terus minum.
Kalau tak nak gula boleh gantikan madu atau stevia. Untuk ibu GDM sebaiknya jangan letak gula lagi bagus.
Lepas ni kalau rasa tak sedap badan boleh terus kisar dan simpan dalam peti, rasa tak sedap badan je boleh terus minum je. Rasa jus ni macam masam+mint sikit tapi sedapp..
Perut terus rasa lapang mual insya ALLAH akan hilang.
Sumber: Ezan Zulaika
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI