Step By Step Buat Beras Frozen. Dalam 15 Minit Boleh Siap Masak Bubur Bayi!

Share

Ibu-ibu mesti faham, nak buat bubur bayi biasanya akan mengambil masa yang agak lama. Nak masak periuk kecil je, tapi nak tunggu beras betul-betul kembang yang ambil masa lama. Nak-nak kalau waktu pagi ibu bekerja terlewat bangun, lagilah kelam-kabut.

Bukan itu saja, dalam situasi lain pula, jika ibu nak masak untuk hidangan seisi keluarga, urus anak dan sebagainya dalam satu masa mesti akan rasa terkejar-kejar. Jadi bagi memudahkan kerja ibu di dapur, dikongsikan salah satu tip jimatkan masa untuk masak bubur bayi.

Janji anda dah siap frozen awal-awal beras yang nak dimasak. Ini tip dikongsikan Puan Izzah Kassim.

BERAS FROZEN

Cara saya buat beras frozen. Beras frozen sangat-sangat membantu dan menjimatkan masa untuk masak makanan baby. Dalam 15 minit dah siap masak semua.

Saya akan masak setiap hari setiap pagi sebelum pergi kerja.. Masak untuk 2x makan kemudian asingkan dalam 2 bekas.

Ini cara-caranya:

1. Basuh beras bersih-bersih macam biasa.

2. Toskan air

3. Masukkan 1 atau 2 sudu kecil dalam ice tray.

4. Penuhkan ice tray dengan air (saya guna air Cuckoo)

5. Rupa bila dah siap beku.

Saya guna beras frozen.. Nak pakai beras lain pun boleh.

Contoh untuk 2 kali makan (masa usia baby saya 6 bulan). Boleh tambah air dalam secawan untuk bagi semua bahan ‘mesra’ sebelum dikisar sekejap.

Haa mudah dan jimat masa! Lagi satu ibu pun dah boleh buat anggaran banyak mana anak makan dan masak ikut keperluan saja. Tak adalah membazir dan buang saja jika anak tak habis makan.

Kredit: Izzah Kassim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy