Step By Step Buat Tauhu Telur. Tak Perlu Nak Susah Cari Keluaran Muslim Lagi!

Share

Jika anda seisi keluarga peminat tauhu telur, ini antara salah satu alternatifnya. Mungkin sebelum ini tak terlintas pun boleh buat sendiri kan, tapi bila cuba resipi ini, hasilnya sama seperti beli sebelum ini.

Sebenarnya tauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Berbeza dengan tauhu biasa, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras.

Tauhu telur sedap dimasak dengan pelbagai resipi. Ada yang menggunakan tauhu telur untuk dicampurkan dalam sayur goreng, masak sambal, masak sos tiram atau masak sup. Semua itu terpulang pada selera masing-masing.

Bila buat sendiri, kita tahu penggunaan bahan asasnya. Jadi kita pun tak rasa ragu-ragu lagi. Berikut resipi tauhu telur yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria.

TAUHU TELUR HOMEMADE

Bahan-bahan:

5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim

** Untuk air soya boleh guna apa-apa brand, air soya yang tak ada gula pun boleh.

Cara membuatnya:

Pecahkan telur

Masukkan garam

Masukkan air soya

Kacau sebati semua bahan

Tapis supaya tiada bubble

Masukkan ke dalam plastik aiskrim

Ikat kemas-kemas

Panaskan air, tak perlu sampai mendidih. Masukkan tauhu telur..masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.

Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.

Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk baru potong

Nak goreng tabur sedikit tepung jagung

Siap digoreng

Boleh dimasak dan dihidangkan mengikut citarasa masing-masing.

Kredit: Zaimah Zakaria

BACA [Rebus Nasi Impit Versi Jimat Gas & Elektrik. Lagi Cepat Kembang, Mudah Masak!]

BACA JUGA [Terung Sambal Balado Bilis Goreng! Simple & Sedap, Bertambah Makan Nasi!]

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

 

Published by
Wan Amy