Perasan tak ibu-ibu, pada buku rekod kesihatan ibu (buku pink) ada pelekat yang ditampalkan? Apa maknanya? Yang penting ia bukan ditampal saja-saja, mesti dengan tujuan penting. Ikuti penerangan daripada doktor ini.
Jika anda mendapatkan pemeriksaan pranatal di klinik kesihatan ibu dan anak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, anda tentu akan melihat ada pelekat (sticker) yang ditampalkan pada bucu kiri bahagian atas muka depan buku pink ini.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, tag warna ini menunjukkan bagaimana pengendalian kes kehamilan pemilik buku itu. Ada 4 tag berwarna iaitu merah, kuning, hijau dan putih. Berikut ialah perkongsian beliau;
PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH
Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING
Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU
Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.
TAG PUTIH
Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
DOKTOR BOLEH MENUKAR WARNA PELEKAT BERDASARKAN PENILAIAN TAHAP RISIKO IBU
Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod warna yang telah diberikan sebelumnya.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag colour apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak? Kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
Jangan ingat sticker tu tampal saja saja.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan
Artikel berkaitan:[Kalau Panas Mandilah. Tak Ada Kaitan Mandi Malam Dengan Air Ketuban Banyak]