Kehamilan

Sticker Pada Buku Pink Bukan Sekadar Hiasan, Setiap Warna Ada Maksudnya

Share

Setiap wanita yang hamil di Malaysia diwajibkan untuk membuka buku pink. Buku ini diperlukan untuk menjadi rujukan para doktor atau juru rawat untuk memantau tahap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.

Jika diperhatikan pada kulit muka hadapan buku ini, doktor akan menampal pelekat mengikut kategori ibu hamil tersebut. Setiap pelekat ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita dan kehamilan ada menerangkan tentang hal ini di laman Facebooknya.

PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA

Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.

Artikel Menarik: [Normal Mengandung Ada Stretch Mark, Itulah Bukti Pengorbanan Ibu!]

TAG MERAH 💄- Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga

TAG KUNING 🐥- Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan

TAG HIJAU ☘️- Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan

TAG PUTIH 🍚 – Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)

Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.

Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod
warna yang telah diberikan sebelumnya.

Artikel Menarik: [Kehamilan mengejut, Mampukah Ia Mengejutkan Anda?]

Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. Ada tak?

Kalau ada, kaji /tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?

Bukan hobi tu main tampal sticker saja saja.

Untuk ibu yang sedang hamil terutamanya anak pertama, semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penerangan kepada anda. Ambil tahu tentang pelekat di buku pink anda dan jangans egan silu untuk selalu bertanya tentang kesihatan anda dan bayi semaja temu janji bersama juru rawat atau doktor.

 

Published by
Emy H