Ramai ibu yang risau bila anak dah mula batuk-batuk atau selesema. Tu belum pakej demam lagi. Sampaikan anak tengok ubat pun dah menangis, belum lagi nak suap.
Bila tengok anak macam ni ibu bapa pun jadi susah hati. Sampai satu ketika, tahap kesabaran pun boleh bertukar jadi nak marah anak kan.
Ok kali ni perkongsian dari seorang ibu, Layla Rara mengenai rawatan selesema yang dibuat untuk anaknya selain makan ubat. Bahan yang digunakan senang nak dapat dan mungkin membantu anda.
————————————————————-
Khas untuk ibu-ibu yang dah buntu tak tahu nak buat macam mana since sekarang musim batuk dan selsema dengan cuaca yang tak menentu.
Tapi yang jenis penggeli tu tak payah lah tengok yer sebab kan nanti ada yang kondem gitu gini.
Alternatif lain selain dari ambil ubat syrup yang klinik bekalkan.
Guna BALM VICKS VAPORUB untuk steam kasi keluar hingus anak anda.
Memang 2 ways, boleh sapu macam biasa kat badan dan jugak boleh guna untuk kaedah steam.
Ads
Cara cara dia (actually dah tertulis kat kotak tapi saya inform lah terus alang alang dah update
1. Cari mangkuk/bekas yang dah tak pakai masukkan 2 sudu teh (sy guna sudu plastik kecik hijau tu) balm vicks tu ke dalam mangkuk. Saya advice cari mangkuk/bekas yang dah tak guna sebab bau dia melekat dan balm tu susah nak hilang sebab melekit2.
2. Masukkan air panas,saya letak separuh mangkuk dan kacau balm tu sampai larut.3. Kemudian mintak anak anda tundukkan muka ke dalam mangkuk sambil hidu wap tersebut. Make sure tutup mata sebab balm ni berangin masuk mata kang menangis budak tu. Saya yang kacau-kacau balm tu dalam air panas pun dah menangis. Haha. Dan BEWARE PLEASE sebab air dalam mangkuk tadi air panas yang baru lepas dijerang. Kan tak pasal-pasal lain pulak cerita tumpah/terkena muka.
Ads
4. Buat 10-15 minit. Saya buat 15 minit, pastikan kipas/aircond off biarkan dalam keadaan suhu bilik untuk kesan lebih efektif. Nasib baik Qisya bagi kerjasama. Dan memang “loose” habis bunyi hingus yang blocked2 tu. Terbukak habis mana-mana yang tersumbat. Meleleh keluar sendiri. Banyak sangat.
5. Dah keluar tu lap pakai tisu xpayah guna kain. Nak elak contaminate, lagi satu bila pakai kain ni merata pulak kain tu letaknya. Better pakai tisu sekali guna terus buang.
Dah siap dia pun nampak segar sikit,bercakap pun tak ada “dengung”. Terus masuk main mainan dalam bilik. Tak sampai 5 minit dia jerit lagi, “Mama cepat mama hingus Qisya panjang ni.”
Ads
Memang keluar lagi even dah siap dan Qisya kata dia tak hembus pun.
Keluar sendiri masa tengah main. (REFER LAST PIC)
Kena ulang banyak-banyak kali jugalah untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Selain ambil ubat syrup yang dibekalkan klinik dan balm ni memang elok sapu jer lepas mandi dan nak tidur malam.
Lenaaa.
Yang VICKS VAPORUB ni budak start 2 years sehingga dewasa boleh guna.
Baby punya bukan yang ni. Tapi ada jugak yang tu baby start 3 months-2 years boleh guna sebab katanya tak panas sangat sesuai untuk kulit baby. Tapi untuk baby xsure lah boleh buat method steam atau tak. Refer pada instruction ok.
Anak yang sihat dan aktif sebelum ini tiba-tiba hanya terlantar dan sesekali merengek cukup membuatkan sesiapa melihatnya mengair air mata.
Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 6, yang kini hanya terlantar dan mampu mengelipkan mata selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Pendarahan Dalam Kepala
Selepas setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan selepas beberapa kali menjalani pembedahan.
Menerusi perkongsian pengacara televisyen iaitu Fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz ketika melawat kanak-kanak itu bagi mengetahui perkembangan terkininya.
Keadaan adik Fawwaz cukup membuatkan sesiapa melihatnya menitik air mata.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai.
Dalam pada itu Fedtri memohon jika sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dan meringankan beban adik keluarga Fawwaz boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya 5622-6354-7454 (Maybank-Mohd Bukhari).
Tak Boleh Bangun & Bercakap
Sementara itu, melalui perkongsian Mohd Bukhari melalui Metro, mereka sekeluarga sentiasa berikhtiar untuk melakukan pelbagai rawatan untuk lihat Fawwaz kembali tersenyum.
“Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki anaknya juga bengkok selepas demam sawan seminggu selepas kejadian.
Katanya, doktor menjangkakan keadaan anaknya kekal, tetapi dia masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Terpaksa Berhenti Kerja
Mohd Bukhari berkata, buat masa ini, dia tidak dapat bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Fawwaz di wad.
“Saya berniaga air balang di taman perumahan sekitar Nilai, Negeri Sembilan, tetapi tidak lagi bekerja sejak Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya yang menjaga Fawwaz di wad manakala isteri, Siti Khadijah Daud menetap di rumah mentua di Taman Gedung Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bersama dua anak,” katanya.
Kuasa mendengar suami apabila isteri meluah dan mengadu sesuatu memberi impak besar menyelamatkannya dari kemungkinan dilanda penyakit depresi.
Begitu juga dengan halnya apabila anak-anak mengadu sesuatu. Sebagai ibu bapa, kita wajib memberi perhatian dan mendengar terlebih dahulu. Mungkin aduan anak kita itu betul dan dapat menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kejahatan manusia lain.
Perkongsian bermakna daripada Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan untuk semua yang bergelar ibu bapa.
Apabila anak-anak mengadu, bercerita, kita sebagai ibu bapa, belajarlah untuk mendengar.
Apabila isteri mengadu, bercerita, meluahkan. Sebagai suami, tolonglah dengar.
“Mak, harini cikgu pukul kakak,” kata anak sambil menunjukkan tangannya yang lebam.
“Ibu, abang usik pung**ng adik,” beritahu anak merujuk pada anak pengasuh yang mencabul.
Dengar. Cuba untuk percaya anak. Kemudian, jangan blur. Bincang dengan pasangan, siasat. Jangan nanti anak kita rasa rendah diri apabila dijerkah, “tengoklah, mak ayah kau pun tak buat apa-apa bila kau mengadu!”
Mungkin atas cepatnya tindakan kita akan menyelamatkan anak-anak dari terus didera guru/pengasuh, mahupun dicabul anak pengasuh/rakan/jiran.
“Abang, tolong bawa anak-anak keluar sekejap. Saya nak bersendirian,” ikutkanlah permintaannya.
“Harini boleh balik awal tak? Tolong saya tengokkan anak, saya rasa terlalu serabut sangat sampaikan hampir nak pukul budak-budak ni,” Just come back home early, while your wife still sane.
Kadang kita terlalu sibuk dengan kerjaya kita sampai kita bebankan kepala, emosi, fizikal isteri melayan anak-anak seharian suntuk, langsung tiada masa untuk diri sendiri. Mungkin apabila kita cakna perubahan emosi isteri akan menyelamatkannya dari dilanda penyakit depresi.
Begitu juga dengan suami. Isteri kena cakna, mungkin lelaki yang kita lihat selama ini tenang, sado, matang menghadapi stress di tempat kerja & segala mehnah rumahtangga, tiba juga waktu dia ‘meltdown’.
Ya, sekuat mana pun seseorang lelaki sebagai suami & ketua keluarga, kadangkala ada waktu ‘inner peace’nya terganggu juga.
Caknalah.
Dengarlah.
Lihatlah.
Jangan asyik sibukkan diri dengan hal yang lain-lain hingga terabai intan permata di depan mata.
Serta,
Buatlah sesuatu.
Don’t ever let our beloved person ‘drowning’, ALONE.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Karies botol susu terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.
Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.
Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.
APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?
1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
7. Bawa anak untuk pereriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.