Stim 10-15 Minit Bantu Hidung Anak Tersumbat. Hingus Keluar Sendiri Tanpa Hembus

Share

Ramai ibu yang risau bila anak dah mula batuk-batuk atau selesema. Tu belum pakej demam lagi. Sampaikan anak tengok ubat pun dah menangis, belum lagi nak suap.

Bila tengok anak macam ni ibu bapa pun jadi susah hati. Sampai satu ketika, tahap kesabaran pun boleh bertukar jadi nak marah anak kan.

Ok kali ni perkongsian dari seorang ibu, Layla Rara mengenai rawatan selesema yang dibuat untuk anaknya selain makan ubat. Bahan yang digunakan senang nak dapat dan mungkin membantu anda.

————————————————————-

Khas untuk ibu-ibu yang dah buntu tak tahu nak buat macam mana since sekarang musim batuk dan selsema dengan cuaca yang tak menentu.

Tapi yang jenis penggeli tu tak payah lah tengok yer sebab kan nanti ada yang kondem gitu gini.

Alternatif lain selain dari ambil ubat syrup yang klinik bekalkan.
Guna BALM VICKS VAPORUB untuk steam kasi keluar hingus anak anda.
Memang 2 ways, boleh sapu macam biasa kat badan dan jugak boleh guna untuk kaedah steam.

Cara cara dia (actually dah tertulis kat kotak tapi saya inform lah terus alang alang dah update

1. Cari mangkuk/bekas yang dah tak pakai masukkan 2 sudu teh (sy guna sudu plastik kecik hijau tu) balm vicks tu ke dalam mangkuk. Saya advice cari mangkuk/bekas yang dah tak guna sebab bau dia melekat dan balm tu susah nak hilang sebab melekit2.

2. Masukkan air panas,saya letak separuh mangkuk dan kacau balm tu sampai larut.3. Kemudian mintak anak anda tundukkan muka ke dalam mangkuk sambil hidu wap tersebut. Make sure tutup mata sebab balm ni berangin masuk mata kang menangis budak tu. Saya yang kacau-kacau balm tu dalam air panas pun dah menangis. Haha. Dan BEWARE PLEASE sebab air dalam mangkuk tadi air panas yang baru lepas dijerang. Kan tak pasal-pasal lain pulak cerita tumpah/terkena muka.

4. Buat 10-15 minit. Saya buat 15 minit, pastikan kipas/aircond off biarkan dalam keadaan suhu bilik untuk kesan lebih efektif. Nasib baik Qisya bagi kerjasama. Dan memang “loose” habis bunyi hingus yang blocked2 tu. Terbukak habis mana-mana yang tersumbat. Meleleh keluar sendiri. Banyak sangat.

5. Dah keluar tu lap pakai tisu xpayah guna kain. Nak elak contaminate, lagi satu bila pakai kain ni merata pulak kain tu letaknya. Better pakai tisu sekali guna terus buang.

Dah siap dia pun nampak segar sikit,bercakap pun tak ada “dengung”. Terus masuk main mainan dalam bilik. Tak sampai 5 minit dia jerit lagi, “Mama cepat mama hingus Qisya panjang ni.”

Memang keluar lagi even dah siap dan Qisya kata dia tak hembus pun.
Keluar sendiri masa tengah main. (REFER LAST PIC)

Kena ulang banyak-banyak kali jugalah untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Selain ambil ubat syrup yang dibekalkan klinik dan balm ni memang elok sapu jer lepas mandi dan nak tidur malam.
Lenaaa.

Yang VICKS VAPORUB ni budak start 2 years sehingga dewasa boleh guna.

Baby punya bukan yang ni. Tapi ada jugak yang tu baby start 3 months-2 years boleh guna sebab katanya tak panas sangat sesuai untuk kulit baby. Tapi untuk baby xsure lah boleh buat method steam atau tak. Refer pada instruction ok.

Cari kat farmasi confirm ada semua ni.

Sumber: Layla Rara

Published by
Wan Amy