Stim Dan Tepuk Percussion Legakan Selesema, Batuk Anak. Hingus Pekat Boleh Keluar

Share

Bab batuk, selesema bukan orang dewasa je yang tak tahan tapi bayi dan kanak-kanak lagi la terasa peritnya. Lagi susah hati bila anak sepanjang masa merengek. Masa tidur pun tak boleh nak tidur lena.

Kalau anak dah usia dua tahun ke atas bolehlah nak bagi ubat tapi yang umur dua tahun ke bawah mana boleh bagi sembarangan ubat. Lagi berbahaya. Ok tak perlu nak risau. Cuba teknik stim dan tepukan percussian yang dikongsikan oleh Puan Siti Nurain Mohd Amin pada anaknya sendiri berusia 7 bulan.

Anak bongsu saya, Ameer Zuhayr selsema dan batuk berkahak. Minggu lepas, beliau demam. Pakej nak masuk 7 bulan dan tumbuh 2 batang gigi baru; menjadikan jumlah “senjata” dia cukup 4 batang.

Memang padu dan perit. Ibu menyusu mungkin faham. Haha

Tak tahan melihat dia susah nak bernafas dan batuknya berbunyi, saya ambil pendekatan untuk buat stim dan tepuk percussion.

Kaedah ini saya belajar daripada Dr Nadir Khan dari Klinik Wangsa dan juga bahagian fisioterapi KPJ Ampang Puteri sebelum ini.

Tujuannya untuk melonggarkan kahak pada paru-paru dan mengeluarkan mukus (hingus), jika ada.

Kanak-kanak bawah 2 tahun, mana ada ubat khas untuk batuk selsema, kan. Jadi doktor saran guna kaedah ini.

Diingatkan, ini hanya kaedah alternatif menggunakan natural remedi. Mohon rujuk doktor bagi mendapat rawatan sewajarnya ya.

Bahan yang diperlukan ialah,
1. Periuk nasi
2. 1 labu bawang putih (8-10 ulas)
3. Air 
4. Lemon (tiada di rumah, saya tak guna bagi sesi ini)
5. Hati yang kering. Kahkah

Bawang putih amat bagus kerana ianya natural anti-virus dan antibiotik.

Kaedah penyediaan air stim.
1. Tuang air dalam periuk nasi.

2. Tumbuk bawang putih secara kasar. Tak perlu lumat. Saya tumbuk sekali dengan kulitnya. Dasar malas. Haha

3. Masukkan ke dalam periuk. Tekan butang Cook/ON.

4. Tutup periuknya dan tunggu sehingga air mendidih.

Kaedah stim dan tepuk percussion.
1. Tutup suis periuk. Letakkan di lantai.

2. Letakkan kerusi bersebelahan periuk. Untuk kita duduk.

3. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta. Saya hanya peluk Ameer dan tundukkan kepalanya ke arah periuk.

4. Buka penutup dan halakan kepala anak pada stim. Pastikan jaraknya tidak terlalu dekat. Stim amat panas dan boleh mencederakan anak. Sudahlah selsema dan batuk, tambah melecur pula nanti. Naya. Haha

5. Tepuk secara ‘cupping’ pada bahagian belakang dadanya. Caranya seperti di atas.

5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini.

Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.

  1. Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 4.

7. Anak bakal melalak, kau steady sahaja. Itu pentingnya ada bekalan hati kering. Haha    Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka. Stim banyak masuk, maka cairlah kahak itu semua. Gitu.

8. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Saya akan pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih.

9. Selesai, angkat balik periuk tadi ke tempat asal. Pantang anak-anak saya tengok benda pelik atas lantai. Ada saja yang gatal tangan nak sentuh.

Saya rasa macam menang anugerah bila tengok hingusnya yang berwarna hijau pekat berjuraian keluar dari hidung. Puas hati weh.

Kahak/hingus ini mungkin keluar dari hidung dan mulut. Kalau takde, kool sahaja. Dia keluar kat bawah. Hat dalam pampers. Hehe

Doktor saran untuk ulang 1-2 kali sehari. Siaplah, kita repeat petang ini ya Ameer. Sambil buat stim, Ummi pun buat facial sauna. Haha

Lepas stim dan percussion tadi, saya mandikan dia. Tak sampai 10 minit lepas menyusu, terus tidur.

Sumber: Siti Nurain Mohd Amin

Published by
Wan Amy