Stimulasi sensori amat penting untuk membantu anak mencapai potensi dirinya sejak awal lagi. Ia juga peluang untuk anda dan si kecil mengukuhkan hubungan (bonding). Ikuti panduan yang disediakan ini.

Stimulasi Sensori Penting Untuk Anak! Ibu Bapa Jangan Pandang Ringan

Stimulasi sensori pada ketika ini akan membantu untuk menguasai pelbagai kemahiran pada masa akan datang. Kalau dilakukan dengan konsisten dan berterusan, anda mungkin boleh menjimatkan wang untuk yuran tuisyen untuknya kelak! Bonding boleh dikuatkan dengan aktiviti sensori yang bersifat attachment antara anda dan si manja.

5 aktiviti attachment ibu bapa dan anak

  1. Tiru aksi anak

Aktiviti ini tidak semestinya memerlukan sebarang barangan atau mainan. Apa yang diperlukan ialah ibu atau bapa dan si manja dan bersedia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Idea asas untuk aktiviti ini adalah agar ibu bapa bermain dengan meniru apa yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti dengan memulakan anak dengan bertepuk tangan bersama-sama dan mempunyai ibu bapa bertepuk tangan dengan pantas yang sama seperti si anak.

IKLAN

Apabila kanak-kanak mengubah gaya bertepuk tangan (seperti lebih kuat atau semakin perlahan), ibu bapa harus menirunya. Interaksi mata, senyuman, dan ketawa juga membantu menggalakkan hubungan yang sihat dan memperbaiki atau meningkatkan ikatan. Boleh juga dipelbagaikan aktivitinya seperti melompat, bermain dengan mainan atau ekspresi wajah.

  1. Beg kacang

Anda boleh menggunakan beg berisi kacang atau mainan lembut yang lain sebagai objek. Minta anak meletakkan beg kacang atau mainan lembut di atas kepalanya. Kemudian anda duduk di hadapannya dan letakkan tangan di hadapannya. Biarkan anak menanduk beg tersebut ke dalam di tangan anda.

Si manja perlu menerima isyarat kerdipkan mata anda sebelum menanduk beg tersebut (Ini akan menggalakkan hubungan mata.) Perbanyakan hubungan mata sebanyak mungkin). Anda dan si manja tentunya akan seronok dengan aktiviti ini. Ketawa  penyembuhan dan dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hubungan.

IKLAN
  1. Tunggang kuda!

Aktiviti menunggang belakang mama atau papa boleh membantu mengukuhkan hubungan ibu bapa dan anak. Pada fasa usia ini, anak-anak memerlukan banyak hubungan fizikal dengan anda. Si kecil bukan sahaja perlu dibelai secara fizikalnya, rasa disayangi, selesa dan selamat bila berada dekat dengan anda.

Aktiviti fizikal seperti ini bukan sahaja boleh mengikat ikatan anda dan anak, ia juga rangsangan vestibular di mana memberikan diri mereka pergerakan dan tarikan graviti. Selain itu, ia mengurangkan ketakutan si manja. Dia semakin berani menaiki belakang anda dan mengimbangi diri semasa anda bergerak.

  1. Urutan

Gunakan losen, minyak kelapa dara atau minyak zaitun untuk mengurut tangan atau kaki si manja. Cara ini boleh meningkatkan daya tarikan dan menguatkan hubungan ibu bapa dan kanak-kanak. Efeknya sama seperti urutan bayi.

IKLAN

Urutan boleh melegakan dan memberikan ketenangan serta mengurangkan ketegangan. Amat sesuai jika anak yang suka bertindak agresif agar otak mereka kurang defensif.

  1. Menyikat rambut

Biarkan si manja menyikat rambut anda sebagai aktiviti sensori yang berkesan merapatkan hubungan antara kalian berdua. Kemudian anda pula menyikat rambutnya. Aktiviti ini selain dapat memahirkan motor halus tangan si manja, ia juga merapatkan hubungan anda berdua.

8 faedah sensori dengan aktiviti attachment kepada si kecil

Aktiviti sensori bukan sahaja baik untuk jalinan hubungan antara ibu bapa dan anak, ia juga turut membantu perkembangan. Lima manfaat aktiviti sensori kepada anak ialah seperti berikut:

  1. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
  2. Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
  3. Membangun dan meningkatkan memorinya.
  4. Sangat bagus untuk menenangkan anak.
  5. Membantu anak belajar sifat deria (panas, sejuk, melekit, kering dan sebagainya).
  6. Cara yang bagus melatihnya mengendalikan emosi dan stres.
  7. Membina hubungan yang erat antara ibu bapa dan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI