Selepas isu dakwaan kekurangan bekalan ubat Tamiflu di klinik-klinik swasta untuk merawat influenza, timbul pula masalah bekalan vaksin yang terhad.

Tinjauan di lakukan di beberapa klinik sekitar ibu negara mendapati berlaku ketiadaan stok vaksin untuk pencegahan influenza sekurang-kurangnya sejak seminggu lalu.

“Stock Vaksin Habis” Bekalan Vaksin Influenza Di Klinik Swasta Terhad

Permintaan Tinggi

Ia susulan permintaan tinggi masyarakat yang mahu mengambil langkah pencegahan disebabkan panik dengan gejala influenza.

Salah seorang pembantu klinik di Wangsa Maju, Yasmin Amer, 32, berkata, bekalan baharu hanya akan diperoleh selepas Tahun Baru Cina.

Sejak Ramai Terkena Jangkitan, Ramai Datang Dapatkan Vaksin

Katanya, disebabkan permintaan tidak terlalu tinggi sebelum ini, klinik hanya mengambil bekalan yang terhad yang dipesan pada November tahun lalu.

IKLAN

“Tetapi sejak ramai yang terkena jangkitan, ramai yang datang ke klinik untuk dapatkan vaksin sehingga tiada lagi stok yang tinggal.

“Itu pun masih ramai yang datang bertanya kerana mereka telah pergi ke kebanyakan klinik lain tetapi hampa,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Caj untuk suntikan vaksin influenza melonjak sehingga RM120 bagi satu suntikan disebabkan bekalan vaksin tersebut yang semakin terhad.

“Stock Vaksin Habis” Bekalan Vaksin Influenza Di Klinik Swasta Terhad
Sumber gambar: Freemalaysiatoday

Stok Vaksin Habis Sejak Seminggu Lalu

IKLAN

Seorang lagi pembantu klinik di Setapak dikenali sebagai Raihan berkata, bekalan vaksin influenza di klinik berkenaan tiada sejak seminggu lalu.

Katanya pesanan telah dibuat dan sepatutnya bekalan diterima pada hari ini namun pihak pembekal masih belum dapat menyediakannya.

“Tidak tahu bila boleh dapat bekalan. Harga ambil vaksin influenza di sini biasanya RM97,” katanya.

Sinar Harian Melaporkan Ada Peningkatan Harga

IKLAN

Terdahulu Sinar Harian melaporkan harga vaksin influenza didapati mengalami peningkatan sehingga 30 peratus di pasaran.

Difahamkan caj untuk suntikan vaksin influenza melonjak sehingga RM120 bagi satu suntikan disebabkan bekalan vaksin tersebut yang semakin terhad di klinik sekitar Lembah Klang.

KKM Ambil Inisiatif Dapatkan Bekalan Tambahan

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum itu menyangkal dakwaan dan khabar angin yang menyatakan stok ubat-ubatan bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti KKM tidak mencukupi atau sudah kehabisan stok.

KKM dilaporkan mengambil inisiatif untuk mendapatkan bekalan tambahan daripada pembekal alternatif dalam memastikan stok ubat-ubatan mencukupi dan memenuhi permintaan.

Buat masa ini, kedudukan stok Oseltamivir 75mg Capsule dan Oseltamivir 60mg/5ml Oral Suspension adalah mencukupi bagi menampung keperluan rawatan influenza di fasiliti KKM.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI