Stok ikan & stok ayam ialah dua jenis bahan yang sering digunakan dalam masakan khususnya sajian untuk bayi seperti bubur dan puri. Membuatnya sendiri lebih baik kerana ia real food, tanpa bahan pengawet.

Stok Ikan & Stok Ayam Buatan Sendiri Jadi Bahan Perasa Yang Sedap Kaya Khasiat. Real Food, Tiada Bahan Pengawet!
Puri labu ini boleh dihidangkan kepada bayi dengan serbuk ikan bilis.

Puan Aishah Mohd Yusof telah berkongsi tentang cara penyediaan dua jenis stok ini. Beliau menyediakan kedua-dua bahan untuk sajian anak lelakinya, Muhammad Kazeem yang ketika itu sedang berusia 6 hingga 7 bulan.

Berikut adalah resipi dan langkah penyediaan yang dikongsikan beliau;

SERBUK IKAN BILIS HOMEMADE

IKLAN

Stok Ikan & Stok Ayam Buatan Sendiri Jadi Bahan Perasa Yang Sedap Kaya Khasiat. Real Food, Tiada Bahan Pengawet!

Langkah penyediaan

IKLAN
  1. Cuci ikan bilis (saya gunakan yang sedia dibuang tulang. Lebih cepat dan mudah)
  2. Sangaikan tanpa minyak sehingga garing.
  3. Selepas itu, boleh kisarkan sehingga halus.
  4. Ayak bahan yang dikisar dan hanya ambil serbuknya sahaja. (Anda boleh menggunakannya untuk bahan perasa ketika menyediakan hidangan keluarha seperti rencah sayur goreng dan sebagainya)
  5. Simpan dalam bekas kedap udara dan kering.
  6. Anda boleh menggunakannya apabila perlu seperti memasukkannya ke dalam bubur atau puri sayuran.

STOK AYAM

Stok Ikan & Stok Ayam Buatan Sendiri Jadi Bahan Perasa Yang Sedap Kaya Khasiat. Real Food, Tiada Bahan Pengawet!

IKLAN

Bahan yang diperlukan

  • Kaki ayam (boleh juga menggunakan rangka ayam)
  • Sayur-sayuran. Saya menggunakan lobak merah, saderi dan bawang besar. Anda boleh menggunaka sayuran yang anda perlukan.
  • 2 liter air (atau secukupnya yang anda perlukan).

Langkah penyediaan

  1. Rebuskan semua bahan sehingga kaki ayam empuk dan luruh dari tulangnya.
  2. Tapiskan dan bekukan ke dalam dulang ais biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dibekukan di bahagian sejuk beku peti sejuk.
  3. Anda boleh keluarkan dan guna mengikut sukatan yang anda perlukan dalam masakan anak.

Sumber: Puan Aishah Yusuf

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI