Memikirkan lauk apa nak masak untuk menu berbuka dan bersahur, ramai ibu dah mula buat senarai awal-awal. Apa saja resipi yang orang kongsi dan nampak mudah itu yang akan disimpan dengan harapan bila nak buat boleh terus rujuk.
Bagi ibu yang sekarang ini banyak masa di rumah, inilah peluang untuk anda sediakan pes untuk jimatkan masa memasak.
Ada 6 jenis pes yang boleh memudahkan anak memasak dalam masa singkat dan terkejar-kejar dah jika terlewat bangun sahur pun atau nak sediakan makanan waktu berbuka. Hari ini juga anda boleh buat stok ni siap-siap dan simpan dalam peti.
RESEPI PES MEMUDAHKAN ANDA MEMASAK
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
2. Pes Tom Yam
3. Pes Masak Kicap Berempah
4. Pes Asam Pedas
5. Pes Cili Padi
6. Pes Sambal Ikan/Ayam/Daging/Seafood/
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
πΆοΈ20 biji cabai hijau besar *
πΆοΈ10 biji cili api hijau *
πΆοΈ10 ulas bwg merah *
πΆοΈ8 ulas bwg putih *
πΆοΈ5 biji tomato hijau (yg muda) *
πΆοΈ1 kiub bilis
πΆοΈ3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
2. Pes Tom Yam
π
20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
π15 ulas bwg putih *
π10 ulas bwg merah *
π
10 batang serai *
π
8 helai daun limau purut *
π
2 inci lengkuas *
π
2 inci halia *
π
3 sudu besar udang kering *
π
3 cm belacan yg dibakar *
π
1/4 gula melaka (dari sekeping)
π
Air asam jawa
π3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
π
Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
ARTIKEL MENARIK [Kek Milo Dah Sudah, Cuba Puding Milo Lapis Oreo Pula Untuk Berbuka, Sedap!]
3. Pes Masak Kicap Berempah
π₯¬20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
π₯¬10 ulas bawang merah *
π₯¬8 ulas bawang putih *
π₯¬2 inci halia *
π₯¬2 sudu besar jintan manis β»
π₯¬2 sudu besar jintan kasar β»
π₯¬1 sudu besar lada hitam biji β»
π₯¬1 sudu besar ketumbar biji β»
Bahan bertanda β» kena goreng tanpa minyak
π₯¬Air asam jawa
π₯¬Minyak, garam, gula, kiub bilis
π₯¬4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda β» guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
π20 biji cili kering (rebus dulu) *
π10 biji cili merah (rebus dulu) *
π5 biji cili padi (rebus dulu) *
π15 ulas bwg merah *
π10 ulas bwg putih *
π2 inci lengkuas *
π2 inci halia *
π2 inci belacan bakar *
π1 sudu besar biji ketumbar *
π1 sudu besar jintan manis *
πAir asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula.Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
π°20 biji cili padi merah (rebus)
π°20 biji cili merah besar (rebus)
π°2 inci kunyit hidup & Garam
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
π20 biji cili kering (rebus) *
π20 biji cili merah (rebus) *
π4 biji tomato *
π15 ulas bawang merah *
π10 ulas bawang putih *
π2 inci halia *
π1/4 gula melaka (daripada sekeping)
π4 sb sos cili dan sos tiram
π1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
πGaram
πMinyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam.Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Resipi Tepung Pelita Tak Perlu Kukus, Guna Sukatan Cawan Je! Confirm Sedap & Wangi]
Ekstra tip:
1. Masak guna api yang perlahan ye
2. Guna air masak/air panas/air suam
3. Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer
4. Keluarkan pes awal 1jam sebelum digunakan bagi tujuan defrost
5. Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi siapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Selamat Mencuba
Kredit: Rarra Sakura