Stok Sayur Tahan Lama, Lapik & Balut Guna Tisu Sebelum Simpan. Confirm Segar!

Share

Bab pengurusan bahan mentah musim sekarang ni ibu-ibu kena bijak. Maklumlah bila PKP nak keluar rumah kerap kali pun risau. Jadi nak tak nak beli stok untuk seminggu atau dua minggu terus.

Cuma yang buatkan kita risau, beli banyak-banyak stok sayur-sayuran akan cepat layu dan rosak. Namun jika ikut kaedah penyimpanan ni, pasti boleh bertahan berminggu-minggu. Mana yang dah pernah buat, pasti tahu macam mana. Cuma yang baru nak cuba elok sangat.

Bagi yang kata takut ruang peti ais tak muat, kreativiti anda nak simpan tu terpulang. Sama ada dalam bekas atau plastik. Asalkan ada tisu kering dalam setiap stok sayuran kita tu.

TIPS SAYUR TAHAN LAMA DALAM PETI

Sebelum ni ada yang tanya mummy macam mana cara mummy simpan stok sayur dalam peti. Untuk stok frozen mummy dah pernah tunjukkan.

Mummy akan lapik tisu pada setiap bekas.

So bahagian sayuran pulak. Ni cara mummy simpan. So far untuk taugeh, dan sawi hijau paling lama pernah tahan lebih seminggu. Tak pernah sampai berbulan sebab selalu memang akan terus masak je. Macam halia, lengkuas, sebulan lebih masih segar. Rasa 2 bulan pun pernah simpan dan masih elok.

Untuk taugeh wajib letak air

Nanti boleh tengok kat setiap gambar ya. Ada yang kena balut dengan tisu lembap. Ada yang kena letak air. Ada yang kena letak tisu untuk serap wap air.

Daun sup ni dah seminggu mummy simpan. Just balut dengan tisu basah di akarnya.

Macam cili, berbulan pun masih tahan. Sayur daun bawang dalam gambar ni, usianya dah lebih seminggu. Tapi masih segar kan.

Sama dengan sayur hijau. Balut tisu basah juga di akar.

Cara simpan kobis, brokoli dan yg seangkatan dengannya, nak tahan lama, kene lapik dengan tisu basah pada ‘akar’ dia. Lepas tu, baru wrap dengan plastik wrap. Insyaallah sebulan lebih pun masih elok.

Kobis, brokoli, bunga kobis dan yang seangkatannya balut macam ni. Letak tisu basah di akarnya tu ya. Baru wrap.
Halia ni, yg atas tu dah 2 bulan. Yg bawah baru beli n top up. Lengkuas yg dah hitam tu pun usianya dah 2 bulan mcm tu.

Yang penting, semua sayur ni jangan biar terdedah atau just sumbat dari plastik masa beli kat pasar tu. Kalau buat macam ni, tak smpai 3 hari pun salad atau sayur hijau boleh layu.

Pastu, tutup la smua bekas tadi. Mummy mmg prefer bekas lutsinar. Senang nak tengok.

Kalau kata peti sejuk kecil, x muat letak dalam bekas, its ok, boleh guna kaedah simpan dalam plastik putih.

Balut surat khabar atau tisu je pada setiap sayur sebelum masukkan dalam plastik. Pastu, susun la dalam peti ikut kreativiti masing-masing.

Susun ikut ruang peti masing-masing
Laci bawah ni smua geng belacan dan ikan masin.
Bahagian atas freezer

#ceritamummy
#MisiBantuSuriRumah
Sumber : Khairiyah Hamzah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy