“Stop Paksa Anak Peluk Semua Orang!” Ibu Bapa Perlu Tukar Mentaliti Walaupun Anak Masih Kecil

Share

Walaupun anak masih kecil, sudah tiba masanya ibu bapa sekarang berfikiran lebih jauh. Pelbagai isu dan kes yang berlaku melibatkan kanak-kanak kecil. Kes-kes Pedophilia kerap berlaku di negara ini tanpa kita sedar.

Dari kecil lah anak-anak perlu diasuh dan di didik tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Pendidikan awal ini sangat penting untuk perlindungan diri mereka. Ikuti perkongsian daripada Puan Adlil Rajiah

Seorang lelaki muda (21 tahun) DM saya–

“Kak, tolong la pesan kat followers akak. STOP PAKSA ANAK SALAM SEMUA ORANG. STOP PAKSA ANAK PELUK SEMUA ORANG. STOP BIARKAN ANAK DIPANGKU tanpa kerelaan dia.”

When i asked him why,

ini jawapan dia–

“Saya mangsa raba adik mak saya (bapa saudara) sejak kecik. Semuanya sebab mak saya terlalu percayakan dan hormatkan semua orang, kecuali saya. Mak ayah kat luar sana, hati2 lah bila memaksa anak2 salam cium tangan saudara mara bila balik kampung. Hati2 lah bila mengizinkan saudara mara pangku/dukung/layan anak kita. Kita takkan percaya sesuatu perkara, sampai lah ia benar2 terjadi.”

Saya perasan benda ni dah lama. SEX EDUCATION–adalah topik yg paling susah dihadam oleh masyarakat kita. Selalu disalaherti dan di-takpenting-kan.

Hari tu masa buat Q&A di IG story, saya cakap–“jangan paksa anak salam semua orang.”

Selang berapa saat, terus viral dikecam teruk. Siap cakap saya wahabi nak sesatkan umat.
Padahal itu lah permulaan untuk dedahkan sex awareness & self-respect pada anak2.

Tapi tu lah. Macam mana nak fahamkan lebih mendalam kalau cakap pasal isu surface pun dah menggelupur sampai aku dilabel wahabi.

Parents, tolonglah. Mistake yg selalu kita buat setiap kali balik kampung, setiap kali jumpa saudara mara ialah–

Paksa anak salam cium tangan SEMUA ORANG. Paksa anak hug & kiss SEMUA ORANG. Paksa anak “okay” bila didukung atau diriba oleh SEMUA ORANG.

Konon2 kita open-minded. Konon2 anak kita sporting. Tergamak kita paksa anak hormat orang lain, sebelum ajar dia hormat dirinya sendiri dulu.

“Alahhh. Apa salahnya. Anak aku tu comel kot. Tu sebab semua orang sayang. Tu sebab semua orang geram. Jumpa pun sekali sekala. Apa salahnya…”

Maka mentaliti tahik “apa salahnya” inilah yang indirectly mengajar anak2 untuk TERPAKSA SERAH DIRI walau apa pun yang diperlakukan pada dia–SAMPAI BILA2.

Berapa ramai di kalangan kita yg dah dewasa hari ni rasa awkward bila balik kampung, bila TERPAKSA SALAM CIUM TANGAN saudara mara yg bukan mahram sebab dah dibiasakan begitu sejak kecik?

Dah besor, dah tahu hukum, baru nak rasa awkward. Nak betulkan keadaan, tak tahu pulak camane. Tak salam, kang kata tak hormat.

Sebab tu– sex education ni macam benih. Kena tanam slowly dari kecik, untuk dihadamkan lumat2 hingga dewasa. Benih ini lah yg akan bercambah dalam diri anak, yang membentuk sikap, personality dan akan affect banyak benda lain.

Dan hati2 lah bila bercakap– “Alahh sepupu duapupu ni kan macam adik beradik. Tak rasa apa pun bila bersentuhan.”

Wah, hebat kita. Sampai ‘tak rasa apa’ jugak mempertikai hukum Allah. Kan?

Ada juga yg cakap– “Kenapa takut sangat nak bagi anak2 salam pak saudara, mak saudara? Takut kena rogol ke?”

Fuh. Kot ye pun kompiden anak takkan dirogol– ambik tahu dulu tentang berpuluh jenis sexual harassment ‘ringan’ yg dah bunuh masa depan ramai anak2 di Malaysia ni.
Salah satunya, tu mamat yg DM kat atas tadi tuh.

Masih berani jamin benda ni takkan berlaku pada anak sendiri?

Ini bukan soal mahram ke bukan mahram tau. Ini soal peranan kita dalam memupuk awareness dalam diri anak2 supaya mereka tahu hormat dan pelihara diri sendiri, TERUTAMA di waktu ketiadaan kita.

Pergi baca case study atau statistik– betapa ramai anak2 di Malaysia,
seusia 8 tahun ke bawah, ada masalah ketagihan sex, low self esteem, depression, insecurities, anger management, self-blame, anxiety, etc– yang jika digali-selidik memang pernah sexually harassed by family members sendiri.

Kamonnn. Cukup2 lah mempertikai. Ini bukan pasal agama ke adab ke apa.

Ini masalah mentaliti kita sebagai ibu bapa. Kita yg BODOH SOMBONG taknak ambik tahu tentang sexual education. Kita yg taknak ambik langkah ajar anak untuk hormat diri sendiri, sebelum hormat orang lain.

Siapa lagi nak ajar, kalau bukan kita ibu bapa? Tunggu ustazah ajar bila anak masuk sekolah? Sex education bermula seawal anak berusia 2 tahun ye, tuan puan.

Ini 6 basic rules yang ibu bapa boleh buat untuk slowly jadi contoh dan beripendedahan awal pada anak2 tentang sex education:

1. Jaga aurat depan anak (pusat ke lutut). Seeloknya dedahkan anggota wudhu sahaja (lengan, kaki, kepala). Yg lain, tutup. Dan elak pakaikan anak pakaian yang dedahkan terlalu banyak kulit badan. Biar dia biasa pakai sopan dari kecil.

2. Setiap kali bawa anak pergi toilet– TUTUP PINTU. Walaupun kita mandikan atau teman dia membuang, always remember to close the door. WALAUPUN TAKDE ORANG LAIN DALAM RUMAH.

3. Minta izin anak sebelum peluk cium dia. Simply ask, “Mama nak peluk sekejap, boleh?” Dan sila hormat pendirian anak jika dia TAK MAHU. This will teach the child to respect themselves and to respect other people’s privacy.

4. Izinkan anak salam cium tangan HANYA DENGAN ORANG YANG DIA SELESA. Dan kalau ada orang yang dia pilih untuk tak bersalam, tanya anak, find out why, hormat keputusan dia, and never paksa.

5. Never bogelkan anak depan orang. NEVER. Budaya bogelkan anak utk pakaikan diapers/seluar di depan mata orang lain, dengan alasan anak masih kecik dan bontot masih hijau  PATUT DIHENTIKAN. Apatah lagi membiarkan orang lain memegang kemaluan anak yg kononnya comel. HELL NO!

6. Ajar anak untuk menjaga 4 bahagian ini: kemaluan, punggung, dada, mulut. Dan ajar mereka untuk beritahu ibu bapa secepat mungkin jika mana2 bahagian itu disentuh oleh orang lain.

Saya harap apa yang saya kongsikan hari ni dapat memperbetul mentaliti kita dan menyediakan suasana yang lebih selamat dan terpelihara untuk anak2. Let’s have a peaceful raya, InsyaAllah.

Sumber: Adlil Rajiah

Published by
NuFa