Kerajaan akan memulakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula esok, 12 Ogos 2025, melibatkan peruntukan besar sebanyak RM2 bilion. Inisiatif di bawah kerangka Kerajaan MADANI ini dilaksanakan sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup yang semakin menekan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah di seluruh negara.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kenyataan rasmi hari ini memaklumkan bahawa seramai 8.6 juta penerima bakal menerima bantuan tunai sehingga RM650 setiap seorang bagi fasa ini.

STR Fasa 3 Mula Dibayar Esok, Ramai Lega!

Menurut beliau, pertambahan jumlah penerima ini adalah hasil pelaksanaan inisiatif permohonan baharu serta rayuan yang dibuka sepanjang tahun oleh Kerajaan MADANI.

Ads

Langkah ini diambil bagi memastikan tiada golongan yang layak tercicir daripada menerima bantuan, selaras dengan prinsip keprihatinan dan keadilan sosial yang menjadi tunjang pentadbiran.

“Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan MADANI tidak mengambil enteng amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak, agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ads

STR Fasa 3 Mula Dibayar Esok, Ramai Lega!

Ads

Beliau menegaskan bahawa STR bukan sekadar sebuah program bantuan tunai jangka pendek, tetapi merupakan satu suntikan kewangan yang mampu memberi ruang kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan. Melalui sokongan ini, kerajaan berharap rakyat, terutamanya golongan B40, dapat keluar daripada tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar, seterusnya menggapai kesaksamaan yang menjadi matlamat dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Selain itu, pembayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads