Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas.

Straw Boleh Rangsang Oral Motor & Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.

Straw Boleh Rangsang Oral Motor & Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam.

IKLAN

Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan  sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.

Straw Boleh Rangsang Oral Motor & Membantu Si Kecil Yang Cerewet Makan Atau Tiada Selera Makan

IKLAN

Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minuman menggunakan penyedut minuman ialah:

  1. Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.

2. Kawal lidah dan rahang semasa minum.

IKLAN

3. Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.

4. Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau
tiada selera makan

Sumber: Majalah Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI