Stres juga mama papa terutamanya yang baru kali pertama. Anak kuat mengamuk & menangis, tak tahu apa yang tak kena. Mulalah perkenalkan anak rutin.
Bagi bayi, setiap hari ialah penuh dengan perkara baru yang menyeronokkan dan perlu diteroka. Tahukah anda, menetapkan rutin berjadual rutin kepada bayi akan menjadikan mereka anak yang lebih tenang dan mudah diurus?
utin juga membantu bayi untuk melalui perubahan-perubahan besar dalam hidup mereka. Teruskan rutin bayi walau pun dalam situasi yang berlainan seperti dalam pertukaran pengasuh, perpindahan rumah dan sebagainya.
MENETAPKAN JADUAL RUTIN
Bagi bayi baru lahir, mereka masih belum tahu tentang siang dan malam. Maka rutin akan membantu mereka menetapkan circadian rhythm iaitu jam biologi yang terdapat pada bayi baru lahir yang membantu mereka mengenal pasti siang dan malam.
Namun ia tidak bermakna anda perlu menyusukan mengikut masa yang tetap walau pun dia sudah menangis kelaparan atau mengelakkan dia tidur di luar waktu tidur yang dijadualkan. Bayi terlalu kecil untuk mengikuti jadual seperti remaja yang tinggal di asrama!
Jangan mulakan terlalu awal. Susukan dan tidurkan mereka mengikut keperluan. Mulakan sedikit demi sedikit. Apa yang boleh anda lakukan pada sebulan pertama ialah dedahkan bayi kepada cahaya matahari selepas dia bangun dan gelapkan bilik apabila tiba waktu tidur pada waktu malam supaya dia boleh mengenal siang dan malam.
USIA 4-6 MINGGU
Ads
Pada usia empat hingga enam minggu, mama dan papa boleh mula perkenalkan rutin tidur kepada si manja. Caranya ialah dengan memandikan, memberikan susu dan malapkan pencahayaan dalam bilik dan biarkan bayi tidur. Jangan bimbang bila bayi bangun tiga jam kemudia kerana ia mengambil masa dan bayi masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka belajar tentang rutin atau cue yang berkaitan dengan waktu tidur mereka.
USIA 3 BULAN-5 BULAN
Pada usia ini, bayi sudah mula bermain dengan permainan dan masih menyusu. Jadi, untuk membantu anda menetapkan masa tidur, menyusu dan bermain. Misalnya selepas mandi pagi, bayi disusukan dan tertidur seketika sebelum bangun semula selepas satu jam untuk bermain. Anda boleh membuat catatan waktu dan mood bayi ketika melakukan aktiviti ini. Ini membantu anda menetapkan rutin jika bayi kelihatan selesa dan mempunyai mood yang baik.
USIA 7 BULAN
Apabila rutin semakin tetap, menguruskan bayi menjadi lebih mudah. Anda juga tidak perlu berteka-teki. Rutin menyusu, makan dan tidur hampir tetap. Keadaan seperti susah tidur malam/ berjaga, bangun semula selepas tidur malam boleh dielakkan kecuali untuk menyusu. Adakalanya bayi yang sudah dibiasakan dengan rutin juga tidak bangun untuk menyusu sehingga ke pagi!
Apabila anda memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, anda bolehlah mencipta rutin makan dengan memperkenalkannya pada waktu yang sama setiap hari dan duduk pada kerusi yang sama.
5 KEBAIKAN RUTIN KEPADA ANAK
Ads
#1: Membantu mengikuti jadual
Dengan rutin, bayi lebih mudah untuk memahami tentang had masa yang perlu diikutinya. Jadi dia tahu, ini waktu tidur dan dia tidak akan bermain.
#2: Tahu urutan
Apabila dia terbiasa dengan rutin, bayi yang mencecah usia setahun akan tahu apa yang perlu dilakukan. Misalnya selepas memakai stoking, mereka perlu memakai kasut atau selepas mandi, mereka akan makan malam sebelum bed time story.
#3: Berdikari
Ads
Apabila bayi membesar menjadi kanak-kanak prasekolah, rutinnya menjadi semakin kukuh. Dia menjadi lebih berdikari dalam struktur rutin yang telah diciptakan sejak bayi lagi.
#4: Lebih konsisten
Anak akan lebih konsisten dalam melakukan sesuatu perkara atau rutin yang perlu dilakukan setiap hari.
#5: Tenang dan Mudah Menyesuaikan Diri
Si manja juga lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dia menjadi tenang dan kurang meragam.
PERUBAHAN RUTIN SUPAYA LEBIH FLEKSIBEL
Walau pun rutin sudah kukuh, berikan ruang supaya ia fleksibel. Tetapi bab penyusuan, tidur dan makan, ia adalah beberapa rutin penting yang tidak patut berubah dan perlu diusahakan seboleh-bolehnya pada masa yang sama untuk mengelakkan bayi tidak selesa atau menangis.
Jangan terlalu tegas dengan bayi kecil, penyesuaian dan sedikit perubahan memberikan keselesaan kepada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa macam baru je isteri kepada Youtuber terkenal dan juga pengarah muda, Syahmi Sazli melahirkan anak kedua. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan lebih usia Khabib Umar.
Anissa Faizul yang bersalin 3 Julai lalu telah berkongsi gambar anak lelakinya ketika sesi photoshoot mereka sekeluarga.
Dengan hanya menulis kapsyen ringkas, ‘Keluargaku, Syurgaku’ dah dianggap lengkap kehidupan keluarga kecil ini dengan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Dalam pada itu, Anissa juga menitipkan doa buat anak lelakinya supaya membesar menjadi anak yang soleh serta adik yang baik untuk kakaknya.
“Assalamualaikum aunties & uncles. Doakan Khabib Umar sentiasa diberikan kesihatan yang baik & menjadi anak yang soleh untuk ibu & baba.
“Termasuklah menjadi adik yang tersangat baik untuk kakak, Ainul Mardhiah.
“Semoga Allah SWT merahmati & taburkan kebahagiaan dalam keluarga kami selamanya,” kongsi Anissa.
Menerusi ruangan komen, masing-masing menyatakan, Khabib Umar sebiji ikut muka Syahmi. Mungkin lepas ni, kalau Anissa bersalin lagi baru ikut mukanya.
“Comeynyaaaa❤️ Kembar baba sangat ni hehehhe cumeyy🥰🥰”
“Muka Syahmi ni semua eii tapi comel 😍 Moga sihat selalu semua”
Setelah setahun selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), siapa sangka dengan kuasa Allah kini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilihat semakin membesar dengan baik.
Walaupun diusia yang bakal mencecah dua tahun sepatutnya Ainul dah boleh buat macam-macam namun disebabkan kekangan penyakitnya itu ketika lahir, pencapaian yang ditunjukkan hari ini sangat membanggakan kedua ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia.
Boleh dikatakan apa saja perkembangan terbaru Ainul ibu bapanya akan berkongsi dengan orang ramai. Ini kerana semua nak tahu apa yang Ainul boleh buat. Bukan itu saja doa orang ramai pun tak putus untuk si comel ini.
Terbaru, Ainul yang akan mencecah usia dua tahun pada Ogos depan telah kembali menjalani rawatan fisioterapi di GymCademy, Melaka. Sebelum ini aktiviti fisioterapinya banyak dilakukan dirumah. Kini setelah perkembangan makin bagus, Ainul mula ke kelas mengikuti siri fisioterapi secara berjadual.
Menurut Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi dia turut gembira apabila melihat Ainul yang menunjukkan perkembangan positif dimana sekarang ini sudah pandai duduk dan berdiri.
“Yeayy Ainul dah start fisioterapi semula. Alhamdulillah bila Ainul dah pandai duduk dan berdiri ni, macam-macam Ainul boleh buat.
“Terima kasih @gymcademy ajar Ainul macam-macam aktiviti. Terima kasih pada guru yang ajar Ainul juga,” katanya.
Semakin hari nampaknya Ainul dah makin aktif, mula nak meneroka dan banyak belajar. Semuanya berkat doa orang ramai yang tak putus untuknya.
Mula belajar keluarkan suara
Bukan itu sahaja, Ainul nampaknya dah mula belajar mengeluarkan suara sendiri dan dia makin seronok bila mendengar suaranya itu. Keletahnya itu cukup mencuit hati dan perkembangan ini cukup dinanti-nantikan untuk dia menyebut Walid dan Mama pula.
Melalui apa yang dikongsikan oleh walidnya di facebook, sebelum ini Ainul hanya mengeluarkan suara satu tone je sekarang dah pandai buat bunyi menggunakan lidahnya.
Kata walidnya lagi, Ainul banyak sangat tengok Omar & Hana yang ada lagu Lazz Susu Kambing.
Sebelum ni dia keluarkan suara satu tone je. Sekarang dah reti buat bunyi gunakan lidah dia.
Ni dia tengah nyanyi lalalalalala
Sumber : IG Nurul Erwani Zaidi & FB Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Elyana mengakui telah mengambil seorang anak angkat lelaki Sindrom Down yang diberikan nama Tulus sejak sebulan yang lalu.
Elyana, 31, yang sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu memberitahu berita tersebut menerusi laman Instagram semalam.
“Ya, ini anak saya cuma saya tidak melahirkannya.
“Kini umurnya genap sebulan 24 hari. Terima kasih atas doa-doa anda buat saya sekeluarga,” tulisnya menjawab soalan-soalan peminat di Insta Story.
Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah berusia tujuh tahun.
Sebelum ini, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini mengakui pernah hamil anak kedua namun terpaksa digugurkan kerana komplikasi penyakit kanser yang dihadapinya dikhuatiri akan membahayakan diri dan bayi yang dikandung.
Sumber: ig elyana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor), Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia selepas rebah di hadapan khemah pasukannya.Selepas menerima rawatan...