Stres Orang Bandingkan Anak Kita Dengan Anak Dia. Kalau Syak Anak Lewat Perkembangan Bawa Jumpa Doktor!

Share

Siapa tak stres bila orang asyik bandingkan anak kita dengan anak dia. Walaupun perkembangan setiap anak berbeza tapi kalau syak anak lewat perkembangan segera bawa jumpa doktor.

Anak-anak zaman sekarang tak bermain macam anak dulu-dulu. Jadi kalau nampak anak lewat perkembangan jangan hanya sedapkan hati dengar pujukan sesetengh cakap orang tua-tua yang akan cakap perkembangan kita waktu kecil dulu pun lambat.

Kanak-kanak dulu tak membesar dengan gajet 24 jam, mereka lebih banyak menghabiskan masa bermain di luar rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti melibatkan pergerakan fizikal. Berbanding anak-anak zaman sekarang lebih ramai yang bermain di dalam rumah dan hanya berinteraksi dengan gajet sahaja. Jadi, jika lewat perkembangan ibu ayah jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.

Perkongsian daripada seorang Terapis Cara Kerja, Liyana Raya seperti dikongsi dalam facebook patut dijadikan panduan oleh semua ibu bapa yang ada anak di zaman digital ini.

“Alah…biasa la tu, lambat sikit, nanti normal lah budak tu.. ”

Statement yang selalu kita dengar dari seorang ibu kepada anaknya berkaitan cucu mereka.

“Ko dulu pun lambat jugak,merangkak, berjalan pun lambat, tp normal je ko hari ini…”

Soalannya ialah: Sama ke zaman parents kita membesarkan kita dulu, dengan zaman sekarang ni??

Awak dulu-dulu mak bapak bagi gajet ke kalau nak suruh duduk diam?

Awak dulu main sorang-sorang ke dalam rumah masa mak memasak kat dapur?

Awak dulu duduk kat sofa@kerusi then slide-slide di screen ke selama 2 – 3 jam sehari?

Kemon lah…

Kalaun dibandingkan dulu dan sekarang, almost 90% cara bermain kanak-kanak tu dah berbeza, baik dari segi jenis aktiviti @ pergerakan, baik dari segi bermain secara individu @ berkumpulan, baik dari segi jenis kawasan persekitaran dan macam-macam lagi.

Bermain sekarang lebih pasif dari dulu-dulu.

Dulu-dulu

Bila sebut je main, yang pastinya outdoor, means dia melibatkan pergerakan motor kasar (gross motor). Main apa? Main kejor, main panjat-panjat, main sembunyi-sembunyi, main baling selipar pun boleh (sekarang banyak main indoor je)

Bila sebut je main, mesti main dalam kumpulan (social group play). Jaranglah main sorang-sorang. Baik kanak-kanak lelaki atau perempuan. Si kanak-kanak lelaki lebih kepada kepada aktiviti lasak, si kanak-kanak perempuan bermain masak-masak dalam kumpulan.

Adakalanya aktiviti bermain mix lelaki dan perempuan.. Normal je kanak-kanak lelaki main masak-masak, role dia sebagai ayah, gi kerja dan cari duit, tak pun role sebagai abang, tolong mak dan kakak pergi kedai untuk beli apa-apa barang yang nak dimasak tu.

(Indah sungguh “bermain” dulu-dulu)

STOP jap, tu cerita dulu-dulu!

Hari ini punya cerita macam mana pulak dengan anak-anak atau cucu kita?

Hari ni, kanak-kanak duduk di sofa, slide-slide jari je 3 – 4 jam (sel-sel otak kurang berhubung sebab pasif dan duduk je)

Parents sendiri pun dah tahu apa bezanya kan?

Disebabkan bezanya cara bermain dulu dan hari ini, statistik pun membuktikan makin ramai kanak-kanak yang didiagnoskan dengan “developmental delay” @ lewat perkembangan.

Apa yang pelu dibuat sekiranya anak-anak anda mengalami kelewatan perkembangan ini? Ada rawatan ke tidak?

Rawatan awal kepada kanak-kanak yang kurang rangsangan atau ada terlihat sedikit kelewatan dalam perkembangan mereka adalah sangat penting.

Buang perasaan “denial” dengan mengatakan :

“Ah, anak masih kecil lagi. Tak perlu risaulah walaupun perkembangan tak sama dengan rakan sebaya yang lain. Nanti dia membesar, akan elok la tu.”

Buang semua tu zaman kini tak sama macam zaman dulu lagi dah.

Apa parents perlu buat:

  1. Bawa anak berjumpa dengan dengan doktor bahagian kanak-kanak(untuk pengesahan dan diagnostik)
  2. Mulakan sesi terapi seawal yang mungkin.

Coretan dari Occupational Therapist.

Sumber: Adik Edutoys

Published by
Hasnita Sawal