Tak sangka dalam situasi yang kita sedang hadapi, ada pertambahan kes yang kita tak jangka pun akan meningkat. Ramai tak sangka angka kes penderaan ini salah satu punca kebanyakan ibu bapa stres bila berada di rumah ini.
Keadaan ini bukan omongan kosong tetapi ia memang realiti dan perlu diambil serius oleh masyarakat. Mungkin kita nampak remeh tapi hakikatnya ia sangat berbahaya dalam institusi masyarakat hari ini.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari keadaan ini perlu dapat kerjasama dari semua.
*BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MEMBANTU?*
Rasa sempit sangat-sangat dada ni bila dapat tahu makin banyak kes penderaan berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni berjalan.
Rupa-rupanya perkhidmatan Talian Kasih dah terima hampir 2000 panggilan berkait dengan isu kanak-kanak dan penderaan domestik sejak 2 minggu lalu.
*Peningkatan sebanyak 57% dalam masa 14 hari saja!*
Kalau ikutkan apa yang diberitahu oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), hampir semua kes tu berlaku berpunca dari perasaan panik dan tekanan yang berlaku dalam keluarga sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Bila satu keluarga banyak berkurung dalam rumah, mata pencarian terjejas, simpanan menyusut, memang akan beri effect yang teruk pada emosi emak dan ayah.
Ads
Tak pasal pasal anak kecil yang tak berdaya jadi tempat melepaskan tekanan.
Anak salah sikit, kena tengking!
Anak silap sikit, kena balun!
Rumah bersepah sikit, anak kena kurung!
Sekiranya berulang setiap hari, kita risau tamat tempoh PKP ni akan ada ramai anak-anak yang terjejas kesihatan fizikal dan rosak emosinya.
Ads
Mak ayah yang lemah kawalan emosi ditakuti mereka akan mengalami stres yang kronik kalau benda ni dibiarkan berterusan.
Anak yang selalu didera pulak biasanya hilang rasa selamat, rasa diri kurang disayangi, jadi terlampau rendah diri dan paling kita bimbang mereka nanti jadi sangat susah nak dibentuk dan dikawal.
Akhirnya mangsa keadaan ni semua berubah jadi makin pendiam dan kurang kreatif sebab trauma yang teruk.
Jika kita tak cegah segera, anak yang rosak emosinya suatu hari nanti berpotensi jadi perosak emosi adik beradik dan kawan-kawan di sekelilingnya!
Kawan-kawan,
Ads
Masalah kesihatan mental wajib ambil serius dan kita semua kena main peranan sama-sama.
*Perhatikan jiran-jiran sekeliling*
Duduk dekat rumah sekalipun bukan bermakna kita kena jadi orang yang pentingkan diri dan tak hirau langsung apa yang berlaku pada keluarga di sebelah.
Siapa tahu keprihatinan kita mampu menyelamatkan nyawa dan masa depan kanak kanak yang didera.
Sekiranya kalian sendiri memerlukan bantuan kaunseling atau nak laporkan mana mana kes penderaan, segeralah berhubung dengan nombor *Talian Kasih – 15999*
Tolong ya.
#Kongsikan info ni pada seramai mungkin yang berada dekat luar sana. Mudah-mudahan kes penderaan kanak kanak ni dapat kita banteras dan lebih banyak keluarga yang dapat diselamatkan.
Setiap orang ujiannya lain-lain. Tak kira dalam apa situasi sekalipun, hanya Allah yang tahu. Ada yang diberi ujian anak sakit, kehilangan anak selepas dilahirkan, atau macam-macam lagi.
Bagi kita yang masih bernasib baik dan diberikan kesenangan oleh Allah bersyukurlah. Mungkin kita rasa tak senang seperti orang lain tapi bila keperluan keluarga dan anak-anak masih mencukupi itu pun rezeki.
Kisah sedih pasangan suami isteri ini yang dikongsikan oleh Abam Botak melalui Facebooknya cukup meruntun hati. Mana tidaknya kegembiraan menantikan cahaya mata tidak kesampaian kerana bayi yang dilahirkan meninggal dunia dan tidak sempat menatap kedua ibu bapanya.
Melalui perkongsian Abam Botak, kejadian yang menimpa suami isteri ini berlaku di Sandakan, Sabah.
Bayar deposit sebelum masuk wad
Ibu dan ayah ini daripada Estet Sukau. Mereka bergegas ke hospital kerana ingin menyambut kelahiran anak yang mereka cintai dan kasihi. Laluan yang mereka lalui untuk ke hospital juga sangat jauh.
Seperti biasa mereka perlu membayar wang deposit sebanyak RM800 ringgit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam wad. Namun mungkin kerana ada sedikit masalah. Ibu yang sedang kesakitan melahirkan anak ini, terpaksa dipindahkan ke hospital lain pula dengan menaiki ambulan.
Meninggal ketika dalam perjalanan
Malangnya, semasa dalam perjalanan. Anak yang hendak dilahirkan itu telah pun meninggal dunia. Sampai di hospital, sebelum masuk wad. Seperti biasa perlu membayar wang deposit RM2000 lagi sebelum dibenarkan masuk wad.
Berkali-kali si ayah hubungi kami. Minta tolong sangat-sangat dan pastikan kami dapat membantu mereka. Minta uruskan jenazah anak mereka. Minta solatkan jenazah anak mereka. Minta carikan tanah kubur untuk anak mereka dan minta kebumikan serta bacakan doa untuk anak mereka.
Ketika itu pula, terdapat dua lagi jenazah di lokasi berbeza yang perlukan bantuan kami. Mujur Alhamdulillah, ketika itu di hospital ada seorang Ustazah yang dapat membantu. Mengkafankan dan memandikan anak kecil itu. Dan Alhamdulillah juga ada seorang Ustaz yang tolong menyembahyangkan jenazah anak kecil itu.
Tiada gelaran buat ibu bapa kehilangan anak
Allah permudahkan segala-galanya. Kami juga berkesempatan menolong mengebumikan anak kecil itu. Si ibu masih lagi kesakitan di dalam wad. Menanggung kesakitan melahirkan anak. Dan menanggung kesedihan perginya anak yang dicintai. Dalam masa yang sama pula tidak dapat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir.
Bagi anak yang kematian ibu dan ayah. Mereka akan digelar anak yatim. Namun bagi ibu dan ayah yang kematian anak. Tiada gelaran yang dapat diberikan kepada mereka. Semoga Allah merahmatimu nak! sambutlah tangan ibu dan bapamu nanti nak! Anak syurga. Amin.
Anak mana tak rindu ayahnya. Setelah ditinggalkan beberapa hari atas tuntutan untuk membantu memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan di beberapa buah negeri, akhirnya pendakwah yang disayangi ramai, Ustaz Ebit Lew kembali ke rumah untuk bersama anak dan isteri.
Melalui sebuah video yang dikongsikan di Instagram Ustaz Ebit Lew memaparkan anak-anaknya semua nak melepaskan rindu dan masing-masing nak minta dipeluk dan didukung dengan ayah.
Sayu rasa hati ini melihat anak-anak merindui pelukan ayah walaupun mereka tahu ayahnya keluar untuk melaksanakan amanah Allah dan membantu orang yang memerlukan.
Menurut Ebit, beliau merindui anak-anak dan isterinya selain menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari mengenai kehidupan.
“Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
“Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata.
“Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah. Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku,” katanya.
Isteri bagi kata semangat…Jangan bersedih
Tambah Ebit, beliau dipeluk isterinya dan berkata tidak perlu bersedih kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya.
“Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia,” ujar isterinya.
Sumber : IG Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Tya Arifin yang juga menantu kepada penyanyi nombor satu tanah air Dato Seri Siti Nurhaliza memuatnaik sebuah video di instagram. Video tersebut yang dimuatnaik di laman instagram anaknya, Arif Jiwa Asyraf mendapat tontonan sebanyak 250,000 tontonan.
Apa yang menariknya dalam video tersebut, Tya cuba untuk menghalang anak sulungnya itu dari terus bermain dengan koleksi jam tangan milik suaminya, Asyraf Dato Khalid. Namun tidak dihiraukan oleh Arif. Akhirnya Tya telah kantoikan perbuatan Arif dengan cara memanggil suaminya.
Tya melarang Arif menyentuh jam tangan milik suaminya, Asyraf.
Arif, itu jam ayah, put back sayang. Arif ibu kasi tahu ayahhh.
Arif, arif itu punya ayah sayang.. Ayahhhh.. Ayahhhh..
Okay Arif good boy, angkat tangan.
Ha yang part last tu, kantoi oleh Ibu, tak boleh dah nak try
Takut mendengar perkataan ‘Ayahhhh’ akhirnya Arif meletakkan kembali koleksi jam tangan tersebut.
Gelagat Arif mencuit hati peminatnya di Malaysia dan juga Indonesia. Rata-rata memuji kecomelan Arif dan juga terhibur melihatnya seakan-akan takut mendengar perkataan ‘Ayah’.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.