Kehamilan

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja!

Share

Usaha untuk memiliki zuriat sendiri bukanlah mudah. Ada pasangan yang terpaksa berusaha lebih untuk punya anak sendiri.

Salah satu punca susah hamil adalah stress yang dilalui sepanjang hari. Jadi bakal ibu perlu elakkan stress ini. Perkongsian Dr. Afida Sohana Awang Soh, Senior O&G Registrar dari Metro IVF ini anda kena tahu.


Bersempena bulan April sebagai bulan kesedaran dalam menangani stress, jom kita teroka hubungkait antara stress dan kesuburan..

Menurut kajian, stress saling berhubungkait dengan ketidaksuburan. Hubungkait ini merupakan kitaran dimana ketidaksuburan boleh menyebabkan stress, dan stress sendiri boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil.

Wanita yang mengalami ketidaksuburan atau sukar hamil akan dirundung perasaan bimbang, resah, suka bersendirian atau mengasingkan diri, dan ini boleh menyebabkan kemurungan (depresi).

Dianggarkan 1 dalam 8 pasangan (10-15%) menghadapi kesukaran untuk hamil. Secara lazimnya, wanita yang sukar hamil kebanyakannya tidak suka berkongsi isu tersebut dengan keluarga mahupun rakan. Ini menyebabkan mereka rasa terasing dan seterusnya meningkatkan kesan psikologi yang negatif, dan juga memberi efek kepada fisioloji tubuh mereka.

Dalam situasi lain pula, stress atau tekanan boleh menjejaskan ketidaksuburan wanita. Contohnya, stress boleh menyebabkan kitaran haid wanita menjadi tidak teratur, lambat atau cepat hadir serta perubahan tempoh kitaran haid. Ini menyukarkan wanita untuk menentukan waktu subur untuk bersama suami.

Stress juga boleh mengurangkan keinginan seksual, dan ini boleh memberi impak kepada keupayaan pasangan untuk menimang cahayamata.

 

Bagaimana stres menyebabkan wanita sukar hamil?

Gambarajah di atas menunjukkan struktur wanita semasa normal dimana otak merembeskan 2 jenis hormon FSH dan LH. Dua hormon ini bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan pembebasan telur pada wanita.

Manakala hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan oleh ovari pula mengawal kitaran haid dan menyediakan endometrium (lapisan dalam rahim) untuk penerimaan embrio.

Stress, tekanan atau kebimbangan yang berterusan boleh mempengaruhi kawalan hormon yang berlaku di dalam otak. Ini kerana peningkatan kepekatan hormon stres yang dikenali sebagai kortisol boleh mengubah kekerapan pelepasan GnRH (FSH dan LH gonadotropin-releasing hormon) .

Rembesan nadi GnRH yang berkurangan boleh menyebabkan amenorhea (ketiadaan haid).Peningkatan kekerapan dan pendedahan berlebihan GnRH pula boleh membawa kepada ketiadaan pembebasan telur dari ovari. Ini bermakna tiada telur untuk disenyawakan dengan sperma,dan embrio tidak dapat dihasilkan.

Kortisol juga sangat penting dalam metabolisma dan sistem imun. Antara fungsi kortisol adalah mengawal keseimbangan garam dan air dalam tubuh, tekanan darah, melawan keradangan tubh dan lain-lain lagi.

Lelaki juga terkesan dengan stres

Lelaki turut mempunyai hormon FSH dan LH yang bertindak dengan mengawal rembesan testosteron dalam zakar lelaki. Testosteron adalah hormon yang menggalakkan penghasilan dan pengeluaran sperma.

Dalam keadaan sres dimana tahap kortisol yang tinggi terdapat dalam darah disebabkan ketakutan atau kerisauan yang berterusan, kepekatan hormon yang dikawal oleh otak berubah.

Ini meningkatkan tahap FSH dan LH dan mengurangkan pengeluaran testosteron dan pengeluaran sperma berkurang.  Amalan tangani stres Amat penting stres ditangani dengan sebaik mungkin kerana boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik.

Antara cadangan untuk menangani stres termasuklah:

1)    Amalkan work-life balance” atau keseimbangan antara kerja dengan kehidupan

2)    Kenal pasti sistem sokongan. Ia boleh jadi pasangan, rakan atau pun ahli keluarga. Mereka adalah tempat untuk menyalurkan tekanan yang dialami. Selain daripada meluahkan masalah, kita dapat berkongsi pendapat serta belajar dari pengalaman orang lain

3)    Meningkatkan ketahanan diri dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti beriadah, makan makanan seimbang dan tidur secukupnya

4)    Rancang masa untuk hobi yang digemari   

Rawatan untuk wanita sukar hamil 

1)    Sekiranya pasangan telah berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi belum berjaya, rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) atau bayi tabung uji adalah antara rawatan yang boleh pasangan lakukan dengan berjumpa Pakar Kesuburan. Saringan kesihatan untuk kesuburan akan dilakukan kepada kedua-dua pasangan untuk memberikan rawatan yang bersesuaian oleh pakar.

2)    Selain IVF, pasangan juga boleh mencuba untuk rawatan Intrauterine Insemination (IUI) di mana kualiti sperma suami yang baik akan dimasukkan ke dalam rahim isteri yang dilakukan oleh Pakar Kesuburan. Pakar akan memberikan khidmat perundingan untuk mementukan kesesuaian pakar

3)    Andai pasangan belum mencecah 35 tahun dan baru berkahwin kurang daripada setahun, berikan ruang untuk ikhtiar secara natural. Doktor juga dapat memantau dengan memberikan ubat-ubatan tertentu, tetapi tidak semua pasangan sesuai dengan ubat yang diberikan. Justeru, perlu berjumpa doktor dan dapatkan khidmat nasihat untuk isu kesihatan yang dihadapi.

Pengurusan stres yang baik bukan sahaja dapat membantu wanita tersebut mempunyai kesihatan yang baik tetapi juga memberi impak kepada sistem kekeluargaan serta hubungan dengan ahli keluarga dan rakan.

Jika masih tidak mampu untuk menganangi stres, berjumpa dengan pakar seperti kaunselor mahupun doktor pakar agar stress dapat dikawal selia dengan lebih baik.

Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM