Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
#HealthDrZubaidi
#adrenalfatiguedrzubaidi
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad