Siapa tak risau tengok kesan stretch mark di perut masa mengandung. Betul tak? Lepas bersalin kebanyakan ibu yang mengalami masalah ini akan berasa tertekan setiap kali melihat keadaan perut mereka.
Stretch mark adalah kesan regangan yang kelihatan di kulit pada bahagian badan yang terdapat lebihan lemak seperti di payudara, perut atas, lengan atas, punggung, dan paha. Kesan regangan yang mulanya berwarna merah, merah muda, atau ungu ini lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit.
Tidak semua ibu hamil mengalami stretch mark. Keadaan ini hanya dialami wanita yang kulitnya mengandungi sedikit kolagen atau protein yang membuat kulit kendur. Stretch mark biasanya terjadi kerana badan anda berkembang lebih cepat dari perkembangan dan keanjalan kulit.
Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang atau pertambahan berat badan, lapisan tengah kulit (dermis) akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang disebut stretch mark.
Jangan putus asa untuk mencuba pelbagai cara menghilangkan kesan ‘menggerikan’ ibu lepas bersalin. Cuba petua orang lama ini. Mana tahu salah satu petua ini sesuai dengan anda.
1. Amalkan menyapu minyak zaitun setiap malam sebelum tidur.
Limau nipis dan kapur sirih
2. Perah air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh hingga sebati dan sapu ke perut. Balut dengan bengkung. Amalkan setiap kali selepas mandi.
3. Ramas sedikit air asam dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul hingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.
Asam gelugor
4. Rebus secupak asam gelugor bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugor hancur tadi, pupukkan ke perut kemudian balut dengan bengkung. Amal selama tempoh 44 hari berpantang.
5. Masak santan kelapa hingga pecah minyak. Sapukan di perut sejak awal kehamilan lagi.
6. Campur 1 sudu besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapu pada perut setiap kali selepas mandi sepanjang waktu berpantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Scha Alyahya akui sudah lama menyimpan hasrat untuk menambah bilangan anak. Namun begitu, sehingga kini belum ada rezeki kepadanya dan suami, pengacara Awal Ashaari.
“Saya sudah merancang lama untuk menambah bilangan anak namun belum mempunyai rezeki.
“Saya dengan Awal kalau diberi keizinan untuk mempunyai anak lebih daripada seorang.
“Sebelum ini ketika ingin mendapat Lara ia memakan masa selama satu tahun setengah.
“Sekarang Lara sudah berusia empat tahun dan kami masih mencuba. Setakat ini saya dan Awal belum terfikir untuk mencuba alternatif lain.
“Namun kalau tahun ini masih tidak hamil, dengan umur yang tidak mengizinkan ini kami akan fikir untuk menggunakan cara lain,” katanya.
Kasihan Lara tiada teman bermain
Tambah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean akui berasa sedih melihat anaknya, Lara Alana bermain dengan orang yang bukan sebaya umurnya.
“Kadang-kadang sedih tengok Lara duduk bermain bersama saya dgn Awal kerana hakikatnya lagi menyeronokkan kalau bersama orang yang sebaya dengannya.
“Sekarang ini Awal sudah nampak yang Lara memerlukan seorang kawan di rumah.
“Pada bulan depan, kami akan memasuki ulang tahun perkahwinan yang ketujuh jadi kena berusaha lebih,” katanya lagi.
Kelahiran secara indius adalah salah satu jalan yang boleh diambil bagi mengatasi komplikasi yang berlaku. Ia selalunya digeruni para ibu.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan atau cara mekanikal.
Doktor anda akan menyarankan induksi jika didapati risiko menunggu proses kelahiran secara semulajadi melebihi risiko prosedur indius itu sendiri.
SEBAB PERLU INDIUS
Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:
#1 Overdue
Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas. Overdue boleh menyebabkan uri menjadi kurang berkesan atau kurang efektif dalam menyampaikan nutrisi kepada bayi dan dengan itu menambahkan risiko kepada bayi termasuk lemas dan kematian .
#2 Pecah air ketuban
Jika air ketuban anda pecah dan proses bersalin tidak bermula dengan sendiri anda mungkin perlu diinduis.
Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu. Walaubagaimanapun jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius mungkin tidak akan dilakukan kecuali ada masaalah obstetrik lain ( misalnya infeksi atau masaalah bayi atau masaalah ibu). Dalam keadaan ini ibu akan diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan dan steroid untuk mematangkan paru-paru bayi.
#3 Ibu berpenyakit
Preeklampsia adalah keadaan serius yang boleh membahayakan ibu dan bayi. Ia memerlukan pesakit diindius awal bergantung pada tahap keseriusan. Selain praeklampsia, penyakit kronik misalnya darah tinggi ,diabetes dan penyakit buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
#4 Masalah bayi
Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.Walaubagaimanapun jika keadaan bayi terlalu terencat dan berkemungkinan lemas indius tidak disarankan. Sebaliknya pembedahan caesarean adalah cara paling selamat untuk bayi.
#5 Pendarahan
Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
#6 Logistik
Indius kelahiran tidak sepatutnya digalakkan atas permintaan sosial. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu misalnya permintaan daripada pasangan disebabkan pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya induis mungkin boleh dipertimbangkan dengan syarat pasangan memahami risiko induis.
PROSES KELAHIRAN INDIUS
Anda perlu tahu kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara cepat dan tidak berperingkat. Kekerapan, ketegangan dan ritma kontraksi meningkat dengan pantas.
Ia berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah boleh anak yang berumur 3 – 4tahun menyusu badan lagi? Tentu ramai ibu bapa yang tertanya-tanya berkenaan soalan ini. Pasti ramai yang inginkan penjelasan adakah dibolehkan anak yang melebihi 2 tahun menyusu badan? ikuti jawapan penuh daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(Surah al-Talaq, 65:6)
Ayat di atas merupakan dalil bahawa penyusuan anak sehingga 2 tahun genap adalah hak bagi ibu dan bukan kewajipannya. Wajib bagi si bapa untuk memberikan upah kepada isterinya, atau bekas isterinya yang melahirkan anaknya, bagi penyusuan tersebut jika dia meminta. Namun wajib ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan al-liba’, yakni susu yang turun pada awal-awal kelahiran (kolostrum). Ini kerana anak itu kebiasaannya tidak hidup tanpanya, dan bahan lain tidak mampu menggantikannya. Bahan lain juga tidak menguatkan anak dan memberikan kekuatan pada perkembangan bayi.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.
Berkata Imam al-Qurtubi Rahimahullah: “Dan penambahan atas kadar dua tahun atau berkurangnya adalah dibolehkan dengan syarat tanpa kemudaratan kepada bayi dan berlaku dengan keredhaan kedua ibu bapa.”
Rujuk Tafsir al-Qurtubi (3/162)
Manakala menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Dan harus bagi ibu untuk meneruskan penyusuan selepas dua tahun sehingga separuh tahun ketiga atau lebih daripada itu.”
Rujuk Tuhfah al-Maudud (hal. 235)
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahulah menyebut dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (10/7288): “Jika berterusan penyusuan selepas dua tahun kerana lemahnya bayi maka tiada halangan untuk itu kerana keperluan. Akan tetapi tidak sabit lagi hukum mahram kerana penyusuan atau tidak boleh lagi bagi ibunya yang ditalak meminta upah.”
Justeru kami berpendapat bahawa harus hukumnya bagi ibu bapa untuk meneruskan penyusuan badan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 2 tahun dengan syarat:
-tidak memudaratkan anak tersebut,
-tidak mengkhususkan dengan susu badan sahaja sebaliknya ditambah makanan yang memiliki gizi seimbang untuk tumbesaran yang sihat,
-dilakukan atas hajat keperluan. Sebaiknya dirujuk kepada pakar pediatrik untuk nasihat mereka tentang kesan kesihatan akibat penyusuan selepas 2 tahun.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, kini lebih selesa dikenali sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki...