Kesan regangan atau stretch mark dan wanita hamil memang sinonim antara satu sama lain. Keadaan itu terjadi apabila kulit meregang kesan tekanan berlebihan apabila anda mengalami pertambahan berat badan secara drastik sewaktu hamil.

Biasanya stretch mark kelihatan lebih ketara selepas bersalin. Ketika iti, akan timbul garisan kecil berwarna putih di bahagian perut, punggung, payu dara dan beberapa bahagian tubuh yang lainnya.

Apabila bahagian tubuh mengalami stretch mark, ia akan menjadi kekal tetapi ada beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk mengurangkan penampakan kesan itu.

Amalkan suplemen vitamin B6, C dan magnesium

Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan hal Ini terjadi.  Oleh sebab itulah, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kerana kebanyakan sumber makanan ini kaya dengan kesemua zat yang dinyatakan.

Selain daripada makanan segar, anda boleh ambil suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6. Hal ini kerana ia boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Pengambilan vitamin C pula boleh menolong anda mengembalikan keanjalan kulit.

IKLAN

Buat urutan

Setiap hari, urut bahagian berparut penggunaannya minyak zaitun atau pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.

Selain daripada itu, anda juga sangat disarankan untuk menggunakan minyak kelapa atau minyak kelapa dara kerana ia berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama.

Sapuan gel aloe vera

Aoe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula kulit berparut. Di pasaran, terdapat banyak gel aloe vera yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan stretch mark yang ada ini

IKLAN

Namun, yang demikian, adalah lebih baik jika anda gunakan bahan semula jadi. Gel aloe vera ini boleh anda peroleh daripada batang lidah buaya itu sendiri.

Minyak vitamin E

Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak.

Untuk itu dapatkan suplemen vitamin pilihan. Oleh yang demikian, anda boleh gunakan minyak vitamin E dengan kerap untuk membantu diri memudarkan kesa parut stretch mark yang ada.

IKLAN

Bersenam

Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini kerana, peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.

Sapuan jus lemon

Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Ia boleh membantu anda membuang sel kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.

Jadi, sapu jus lemon pada kawasan parut untuk seketika agar ia menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia beberapa minit dan kemudian bilas bersih.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI