Dua kejadian yang tular melibatkan dua kanak-kanak di negara kita mula membuka mata ramai. Keadaan cuaca yang panas terik melampau yang melanda negara jangan dipandang ringan oleh mak ayah.
Ada baiknya memastikan agar anak minum air yang mencukupi setiap hari dan paling penting tahu akan akibat dan gelaja ini yang mengancam nyawa.
Dr Arisman, MD kongsikan beberapa panduan untuk mak ayah sepanjang musim panas yang melanda negara. Kita pantau dan kawal anak kita.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Berita kelmarin telah mengejutkan kita rakyat Malaysia bahawa strok haba ini bukan satu hal yang boleh diremehkan.
Kematian dua kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan bayi 1 tahun di Kelantan ini membuka mata kita untuk lebih peka dan berjaga-jaga.
Post mortem bagi kedua-dua kematian membuktikan disebabkan strok haba dan komplikasinya.
Baik. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan strok haba yang boleh membahayakan nyawa ini dan meminjam masa anda 5-10 minit untuk membaca.
Ada tiga keadaan yang dipanggil โ๐๐๐๐ญ-๐ซ๐๐ฅ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ฅ๐ฅ๐ง๐๐ฌ๐ฌ๐๐ฌโ iaitu penyakit disebabkan kepanasan melampau, iaitu yang pertama dan paling ringan adalah ๐๐๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ฆ๐ฉ๐ฌ). Kedua ialah ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ ๐๐ฑ๐ก๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ข๐จ๐ง). Ketiga dan paling teruk dan bahaya adalah ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค๐).
Pendedahan kepada matahari pada suhu melebihi 32 darjah Celsius secara berterusan untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit-penyakit akibat haba tersebut.
๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค๐) adalah pemanasan tubuh berlebihan pada keadaan suhu badan kita meningkat sehingga 40 darjah atau lebih disebabkan pendedahan berpanjangan atau senaman fizikal dalam cuaca yang ekstrim panas.
Jika seseorang mengalami strok haba, ianya adalah satu kondisi kecemasan dan perlu segera dapatkan rawatan. Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan fatal hanya beberapa jam sahaja!
Strok haba boleh mengakibatkan kerosakan pada beberapa organ penting atau vital dalam tubuh iaitu otak, jantung, buah pinggang dan kerosakan atau kecederaan otot-ototโ.
Sebelum terjadinya strok haba, individu tersebut akan mengalami gejala dan tanda kelesuan haba (Heat Exhaustion).
Gejala dan tanda kelesuan haba seperti:
* Suhu badan 37 hingga 39
* Denyutan jantung laju
* Pening atau sakit kepala
* Loya atau muntah
* Letih teramat
* Lemah
* Berpeluh yang banyak
Jika ada tanda-tanda ini, segera berikan pertolongan pertama iaitu ;
* Longgarkan atau tanggalkan pakaian.
* Mandi dengan air sejuk. Basahkan kulit badan pada kepala, leher, ketiak dan badan.
* Anginkan dengan kipas atau berada dalam ruang berhawa dingin.
* Berikan air minuman sejuk segera.
* Rehat dalam ruangan terbuka.
Jika pertolongan pertama ini tidak dilakukan, maka risiko terjadinya ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค๐) adalah sangat tinggi โผ๏ธ
Individu akan menjadi semakin lesu dan sedikit demi sedikit organ penting dalam tubuh akan terjejas.
Gejala dan tanda strok haba adalah seperti berikut:
* Suhu badan melebihi 40
* Fungsi otak terjejas misalnya tidak dapat berfikir dengan normal, celaru, atau hampir pengsan.
* Percakapan terjejas.
* Mental terganggu atau delirium
* Pengsan atau koma
* Sawan.
Beza ๐๐ญ๐ซ๐จ๐ค ๐๐๐๐ dengan kelesuan haba ialah pada strok haba individu tersebut tidak akan mengeluarkan peluh lagi kerana telah mengalami dehidrasi sangat teruk.
* Kulit atau skin turgor pada strok haba juga kering dan berkurang.
* Air kencing pada mereka yang mengalami kelesuan haba dan strok haba juga sudah berkurang atau hampir tiada kerana dehidrasi yang teruk akibat tiada pertolongan pertama diberikan. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggangโ๏ธ
* Otak dan jantung juga mula bengkak dan fungsi boleh berhenti pada bila-bila masa.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di ๐๐ผ SINI