‘Struggle Is Real’, Alif Satar Kongsi Tip Bergambar Dengan Isteri Walaupun Anak Menangis Bagai Nak Rak

Share

Alif Satar, pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal sering mendapat perhatian peminatnya kerana gaya lakonan yang bikin hati penonton cair.

Dia yang telah mendirikan rumah tangga dengan Shadila Halid telah dikurniakan dua orang anak perempuan Alisha Anugerah dan Ariana Mecca yang sangat comel.

Pelakon drama popular Pengantin Musim Salju ini telah memuat naik gambar posing raya dia bersama isteri tercinta di laman Instagramnya baru-baru ini.

Apa yang menarik dan lucunya bila melihat aksi pasangan serasi ini yang tetap ‘maintain’ pose walaupun kedua anak mereka sedang menangis bagai nak rak mahukan mummy dan daddy.

Sometimes you just gotta ignore the yelling and the crying.. focus on the lens, and your next pose. Just focus.

Bila baca kapsyen yang ditulis Alif memang ramai ibu ayah lain akan bersetuju dengannya. Nampak macam kejam sangat ibu bapa ini tapi itulah hakikat yang dilalui oleh kebanyakan pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak kecil.

Mengambil gambar berdua dengan suami atau isteri bukan satu perkara mudah bila anda mempunyai anak kecil yang enggan berenggang dengan ibu ayah.

Nampaknya Alif pun menghadapi masalah yang sama macam ibu ayah lain dan caranya berkongsi tip mendapatkan gambar berdua iaitu terus fokus berposing dengan membiarkan suara tangisan si kecil bolehlah digunakan oleh ibu ayah lain.

Ramai Netizen Faham & Terhibur

Selain daripada ramai netizen yang faham dengan situasi Alif, mereka juga terhibur melihat wajah serius pasangan ini yang kononnya betul-betul sedang fokus bergambar.

Bila lihat gelagat artis popular yang ada anak kecil pun sama macam ibu ayah lain, maka berjaya atau tidak anda dapatkan pose gambar berdua terbaik di hari raya ini?

Sumber: Instagram alifsatar

 

Published by
Hasnita Sawal